Monday, March 24, 2008

Eksperimen

Hari ini aku buat eksperimen. Bukan eksperimen sains. Tapi eksperimen 'sosial-politik' yang telah berjaya menyurutkan kadar fulus kredit di telepon bimbit aku.

Aku telah mengutuskan sms ucapan tahniah kepada beberapa orang ahli majlis kerajaan negeri Selangor yang baru. Mereka-mereka tu dulunya sentiasa mencari orang2 seperti aku untuk mendapatkan liputan agar suara dan pendapat mereka didengar khalayak.

Ya. Sungguh. Aku nak nengok samada depa balas tak sms aku lepas dah jadi orang 'besar'.

Rasa-rasa depa balas ke idak ek?

Kemas-kini:

Thank You. Please continue to support our state government's efforts to make a difference - Eli @ Elizabeth Wong (aku tak berapa nak hafal portfolio dia tapi dia yang set-upkan appointment aku untuk interview lawyer family Altantuya)

Yang lain masih lagi tiada apa-apa ....hehehhehe

9 comments:

khairyn said...

sebenarnya pekerjaan kita dulu yang banyak tolong bukakan pintu.

bila sudah tidak bekerja itu, semua pintu tertutup dan tidak dilayan.

tapi kita lihat saja nanti

izinni said...

ya ya. aku pun tengah tunggu dan lihat.

btw ... last week aku dapat panggilan mengejutkan dari pakwe tak jadi ko si fadzallah. dia kat penang sekarang rupanya. dok risik2 aku pasal keje kat alternative media. nak resign katanya sebab makin tak berkenan dengan politik puak2 pembangkang kat penang. rupanya orang alternative jugak dia tu. ehhehehe .. patutlah masa aku gi BH jumpa diva time aku keje last year, banyak dia tanya pasal tempat keje aku. nampak sangat interested ...

pB said...

salam


moga yang baru ini tidak mengikut jejak yang lama tu ...

khairyn said...

Hehehe

dia call no korporat aku yg zurd pegang tu. Terperanjat zurd. mesti dia kompius antara aku dengan kau. Sebab dia zurd sama ada aku ke yg kerja kat TVPas dulu hehe. Aku sms dia balik tapi tak jawab. Dia plak kot yg terperanjat sebab no tel sapa la ni yg pjg sangat hahaha.

erk dia memang penyokong kerajaan selangor yg sekarang ni. Macam aku ler - hipokrit. Lalalala

Pa'chik said...

kalau deme tu tak balas mesej ko.. bagi kat aku lah budak kecik tu ye? buleh? buleh? ekekkee....

akuatik said...

kita tengok sapa yang jadi kacang yang terpelanting jauh dan sireh yg tabiatnya ke junjung dan sapa yang jadi ular yang merayap kat bawah akar, tungguuuuuu

khairyn,
wahai jiwa yang mudah dibeli :)

Rynn Cowbra said...

adehhla!

ape la reaksi kak has lau diorang xbalas eyh.

pikir positif. busy kot :p

izinni said...

pb,
harap2 gitulah.

khairyn,
lorrrr iya ke? sampai sekarang dia tak leh nak beza ko ngan aku. apa daaaaa

pa'chik,
hehehe iyo la tuuu ...

akuatik,
ya .. tungguuuu ...

ryn,
reaksi tak terkejut kot .. hehehehe

Azhar Ahmad said...

Saya pun tengah tunggu progressnya...