Thursday, April 03, 2008

Antara si pintar UK dan si pintar Malaya ...

Gadis kacukan Pakistan-Melayu bernama Sufiah Yusof menjadi topik hangat di Malaya sekarang. Macam dia perempuan 'Melayu' pertama yang menjadi pelacur. Kalau diikutkan dia bukan orang Malaysia dan bukan orang Melayu pun. Bapak dia yang sekarang kena penjara sebab mencabul pelajar perempuan tu orang Pakistan. Kenapa kalau ada campur Melayu sikit diangkat seolah-olah Melayu penuh? Mak dia pun sudah mencampakkan jauh-jauh kerakyatan Malaya dia. Tapi bila fikir balik ... ada sorang Eurasian pun diiktiraf Melayu sebab masuk Islam dan jadi isteri ketua kumpulan Melayu tersohor kat Malaya ni. Dah jadi ahli pun ... kat Kepala Batas lagi!

Sekarang yang paling sibuk nak jadi superhero ... si Zahid Hamidi. Dia kesian kat budak tu sebab budak tu genius. Abih kalau yang jadi pelacur tu tak genius, maka tak perlu 'dikesian?' Pada aku orang yang dah akil baligh, selayaknya dah tau buruk baik setiap tingkah dan laku... jadi tak perlu kesian-kesian. Elok diketuk kepala je. Kalau ikut hukum Islam ... rejam dengan batu. Oppsss .. tak bolehhhh ... 'kejam' tu ... nanti abih plak batu kat Malaya ni .. takde plak lagi batu nak buat jalan. :-P

Dari dok sibuk nak 'selamatkan' orang yang mungkin tak nak diselamatkan ... baik tumpukan perhatian pada apa yang ada kat depan mata.

Masa mula-mula Malaya tau akan kewujudan budak genius ni, fuh!!! kecoh jugaklah satu malaya. Semua suratkhabar buat liputan besar-besar. Semua pak-pak menteri nak jumpa. Nak tengok sendiri kepintaran budak tu. Sampai ada sorang bekas pak menteri-yang-derhaka-kat- Sultan-semata-mata-nak-jadi-Menteri-Besar-balik, menangis dia terharu dengan kepintaran budak tu. Aku yang menaip ni hampir meleleh air hidung ... errr aku kan selsema .. hehehehe

Biarpun budak tu dengan keluarga dia semua duduk kat Perak, tapi sebab kagum sangat dan nak jadikan budak tu ikon 'Ulul Albab' negeri dia, bantai dia jadikan budak tu anak angkat negeri dan janji akan biayai segala perbelanjaan pendidikan budak tu.

Apa jadi dengan budak tu sekarang?? Apa jadi dengan bantuan kewangan tu??

Sekarang Adi Putra dah tak sekolah. Sebabnya dia "berfikir macam Ferrari tapi cikgu mengajar macam Kancil". Itu ayat yang diucapkan Adi sendiri. Sekolah terakhir Adi di International Islamic School di Gombak, dekat UIAM.

Apa yang kementerian pelajaran buat? Kenapa tak bekerjasama dengan Adi dan parents dia untuk jadikan formula-formula Maths Adi sebagai sebahagian cara pembelajaran di sekolah-sekolah. Ni dok pakai formula lama, pastu dalam English ... sampai bila pun budak-budak Melayu tak pandai Maths.

Apa yang kerajaan negeri Terengganu buat? Tak ada apa-apa .... Isyy .. lagipun tak lah boleh nak salahkan kerajaan negeri kan kan kan .. sebab Menteri Besar dah orang baru. Menteri Besar yang dok menitis air mata sebab cerdik sangat budak tu .. dah kena tendang balik Besut.

Depa dok biar budak tu. Last sekali aku dengar Unisel kononnya nak amik budak tu masuk universiti depa ... tapi setakat statement kat suratkhabar je la .. takde surat tawaran pun bagi kat mak pak budak tu.

Nak Adi jadi macam Sufiah baru nak diselamatkan? Itulah mentaliti orang Melayu ... lagi suka berubat dari mencegah.

Tak nak ambil iktibar dari apa jadi dengan budak yang pandai membaca masa dia umur 4 tahun masa tahun 80-an dulu? Yang sorang Jin sampai amik jadi pelakon sat. Yang Ungku Aziz canang sebagai ikon nasional dulu tu? Akhirnya terus kena 'sihir' jadi penagih dadah. Awat tak suruh mana-mana ustaz gi ubat dia?

Tak paham aku. Semua yang genius kat Malaya ni tak tau jadi apa. Takde satu pun yang betul2 outstanding. Last-last yang jadi PM .. dapat yang terpaksa belajar Pengajian Islam sebab tak pass subjek Statistik. Errr kalau macam tu aku pun buleh jadi PM la kot .. hahahahha
Sekarang dia dok sibuk tido sebab penat kalah perang ...

Nota kecik-kenot:
Bila menulis secara agak emosi ni ... terus lapar la plak ... dok terbayang-bayang kuetoew kari kat dapur nun.

8 comments:

Anonymous said...

hakhak...

ko jangan main.. kat negeri tu, dua ribu budak bawah tujuh taun khatam quran tuh... ekekeke... sesenang je meleyisiyal buk of rikod kena tipu... ekekeke...

cara adi tu cakap pun dah tunjuk besar kepala, tak reti bersupan...

khairyn said...

aku suka! aku suka!
Aku dengan akuatik bercita2 nak join delegasi yang teringin pi Manchester. Depa nak ubatkan budak tu biar aku ngan akuatik ubatkan semua shopping complex kat sana haha.

ini semua gimmick nak tunjuk kononnya dorang prihatin la.kang nampak sangat tak peduli plak (yg padahal sebenarnya tak peduli pun!). sistem pendidikan mesia memang patut kena ubah dari dulu lagi. Dari IPT hinggalah ke nursery (guna sistem botol tonggeng ye). tak guna ubah yang bawah kalau yang atas tak betul.
Anyway, kami berpendapat cik sufiah dan encik adi sebenarnya bukan genius tapi hasil latih tubi dalam usia muda.
oh untuk komen seterusnya, aku tak rasa adi kurang supan, aku kata dia jujur. Kalau aku jadi cikgu dia mesti aku malu giler la. Dan sepatutnya aku kalau mengajar budak2 'genius' ni aku kena one step more than them. Barulah challenging

p/s - ops hari tu aku pi portobello market, aku makan kuew teow goreng pedas lit lit at Cafe makan. Harga? huwaaaa! Tapi sedap...

Kemat said...

Kena ambil pengajaran kes Sufiah ini, ada yang tak kena dan perlu diperbetulkan segera..tak kan kita nak lihat kisah ini berulang..cerita yang sama watak yang berbeza

Anonymous said...

Salam…

Genius? Para ilmuan Islam silam, mereka hafaz Al Quran di usia muda lagi. Pelbagai bidang ilmu mereka kuasai. Dalam apa keadaan pun, pegangan agama amat penting. Ilmu (rezeki) itu milik Allah, bila-bila masa jer ilmu tu boleh ditarik semula. Apakah Adi Putra telah dibekalkan dengan ilmu agama yang secukupnya (sambil mengingatkan diri sendiri). Langit tak selalunya cerah, ada ketika hujun turun, mungkin diiringi dengan angin kuat & sebagainya. Sama ada mereka ni sememangnya genius @ kerana latihan yang diterima, pegangan agama yang kuat tu penting.

Ada pengalaman ketika di daerah, pernah bertemu dgn seorang yang berkelakuan seperti kanak-kanak. Dari sembang bual yang saya dengar antara saudara saya dengan kakaknya, pemuda tersebut seorang yang bijak, keputusan examnya cukup cemerlang. Tak tahu apa silapnya, tamat belajar dia terus berubah sebegitu sekali. Kesian gak tengok keadaannya. Dalam kepala dah mula terfikir, kot dia ni tak puas alami zaman kanak-kanaknya, dah dari kecik dok belajar jer.

Kes si Sufiah lak, agaknya MP2 kita ni dah kurang kerja kot, tu yang mula meracau jer. Yang si ahli perubatan tu lak, apa kat M’sia ni dah tak der yang boleh nak diubatkan lagi ke sampai nak ke sana, dah tu siap minta sumbangan lagi. Bila saya luahkan ketidakpuasan pada Kak Az tentang ini semua, dia boleh cakap, ‘ko bersangka baik jerlah dgn usaha dia org tu (dalam nada gelak2)’. Biasalah, bila sorang mula ‘panas’ yang sorang lain mesti ‘sejuk’.

2, 3 hari ni rasa letih jer…. Sibuk closing period utk 3rd quarter.

izinni said...

dah jadi pak anon ler pulak ...
kat dunia buleh ler tipoo ...
pada aku dia jujur.

khairyn,
suka ek? aku nak ikot gi manchester buleh? hehehhe
nak overhaul sistem pendidikan kita? hahahaha .. hishamudin dah start projek nak lobi unesco untuk iktiraf sistem pendidikan mesia.

pada aku genius adalah manusia yang mampu menggunakan IQ dan EQ depa dengan betul. kalau setakat IQ je canggih tapi EQ haprak, tak jalan jugak. jadi macam sufiah tu la .. EQ hancus.

kemat,
itulah kita ... tak pernah nak amik iktibar dari sejarah. selalu lepas pandang dan tak ambil kesah. bila dah terhantuk baru nak terngadah.
sebab tu saya cadangkan tumpuan diberi kat anak2 kat mesia ni dari dok nak perbaiki orang kat luar mesia. kat UK bukan takde orang Islam yang boleh bantu sufiah tu. saya yakin ramai yang sanggup bantu dia kat sana.

aini,
kan aku dah cakap kamu ni banyak benda dalam kepala nak dikongsi. hehehhe .. bukak je la blog tu. bukan susah mana pun. anak2 aku pun dah ada blog depa sendiri.

kita tunggu je la siaran langsung sesi soal jawab parlimen kat rtm nanti. MP2 tu kuat gaduh ke idak. hehehhe

Anonymous said...

Ahahaks!
Memang saya tak boleh sangkal lagi..
Kos ekonomi memang sangat pening kepala sampai boleh botak [bagi orang yang terpaksa amek macam saya ni la]..
Hahak!
Hmmm.. PM tu entah kenapa sekarang senyap jek..
Yang banyak cakap sekarang ni saya tengok si Muhyiddin..
Apakah?

MakcikMuda said...

hoh ! kat mesia neh agik ramai manusia yg jd felashoq utk teruskan hidup.
sebok nak selamatkan manusia yg x ngaku diri malaysian and mmg pilih nak jd itu.

agik ryn tikijut bile ustazah masyitah kuarkan statement jd felashoq kalau darurat xpe.

apekah?!

WhatEver said...

ala...sbg student UNISEL ni la kan...UNISEL pom tgh pertimbangkan mengenai Adi...sy malas nk msok + hal org2 pandi nih...sbb sy jeles...hehehehee...tak la...gvrmnt cam takder inisiatif nk tolong...just gempak2 kan cter....bkn setakat jadi cam Sufiah...dlu pom ada gak dak melayu pandai skunk jadi apa....? penagih x silap la kan...kita fikir2kan la....