Monday, April 07, 2008

Mak ...

Mak masuk hospital pagi tadi. Sesak nafas seawal jam 3 pagi.
Doktor kata jantung mak lemah.
Doktor bilang ada cecair dalam paru-paru mak.

"Ya Allah ... ampunilah dosa ibuku. Berikan dia kekuatan dan kesihatan, Ya Rabbi. Aku sayang mak. Aku mau menangis, Ya Rahman tapi melihat wajah mak siang tadi membuat aku paksa diri ini untuk senyum. Ya Allah ... panjangkan usia mak ... "

Dapat tidurkah mak malam ni?
Lenakah tidurnya nanti?

I feel soooo helpless ...

13 comments:

Anonymous said...

Aku doakan emak kamu diberikan kesihatan oleh Allah. Amin.

Anonymous said...

Salam.....

Didoakan semoga beliau kembali sembuh dan sentiasa dilindungi Allah.

Teringat kat awrah, saya sorang tak sempat berjumpa dengannya, masa tu kat Perak. Dikira dari hari terakhir saya bersama dengannya hingga dia di jemput Allah, cukup 40 hari. Abang-abang & kakak-kakak ipar asyik minta maaf sebab tak dpt tunggu saya sampai, saya redha, tak kan kerana saya nak lambat-lambat urusannya kan. Antara doa arwah yang kerap saya dengar, andai tiba masanya dia minta janganlah dia diberikan sakit yang berpanjangan yang memerlukan penjagaan dr anak-anaknya, terlebih lagi kerana anak perempunanya masih kecik lagi. Pada arwah saya sentiasa kecik wpun ketika itu dah di tahun pertama di IPTA. Al Faatihah buat arwah.

Pa'chik said...

Ya Allah! Tuhan sekelian manusia, hilangkanlah bahaya, sembuhkanlah; Engkaulah Penyembuh tiada kesembuhan kecuali dari Engkau kesembuhan yang tidak diikuti penyakit. amiin.

MakcikMuda said...

salam,kak has.

jadilah kuat untuk mak kak has.

Abu Sa'id Al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda," Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya sekalipun, melainkan Allah s.w.t hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

so'od said...

pd saat2 begini, hanya doa yg dpt membantu Mak & Kak Has sdiri..

CikguZue said...

sama2 kita doakan yang terbaik untuknye...semoga Rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa mengiringinya dalam apa jua takdir-Nya...

Azhar Ahmad said...

Saya doakan mak buk izzi sembuh....

khairyn said...

InsyaAllah.

Jangan tunjuk kau sedih, nanti dia lagi sedih. Aku doakan kesejahteraan dia dan kau.

minta dia banyakkan zikir juga.

Kuatkan semangat Has.

Anonymous said...

Salam...

Apa perkembangan beliau hari ini? Semoga beransur pulih, insya Allah. Kuatkan semangat & tabahkan hati. Moga dilimpahi rahmat dari Nya, insya Allah.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

allahumma yasyfiha... moga-moga Allah menyembuhkannya.

Anonymous said...

Salam Izinni,

Our prayers are forever with you during your times of need...

achik said...

mudah2an emak kak izinni cepat sembuh..

Unknown said...

azah doakan semoga segalanya selamat sejahtera.. tabahkan hati ekk kak has!