Thursday, October 30, 2008

A lost memory

Her fingers were busy typing. Once in a while, she changed the scanned document with a new one. The printer was working at full force. Scanning one paper after another. Things must get done before end of next week, she thought. That's the goal.


Suddenly, she stopped. So abrupt. She looked at the watch. The one at the bottom left of the computer screen. It's 10.45pm. Tired eyes went all alert. Her body stiffed.


She saved her work, grabbed the tudung and ran down the stairs. Two stairs at a go. She took the car keys, opened the door, locked it and ran to the car. She pressed on the gas pedal till it reached the bottom. She went real fast.


Within the longest 5 minutes of her life, she arrived. The premise on the first floor below the bank was dark. The grilled door was pad locked. Her heart sinked. She was terrified. She was really afraid. She cried. She searched along the shoplots. At the parking lots. Nothing. No where to be seen.


She went back to the car, shaking. Shaking hard. She was almost histerical. The only thing she could think was the police. She took one deep breath. Two. Three. Astafirrullah ....


Then, something snapped. She started to laugh. At the same time, tears came running on her cheeks. She started the ignition and drove back home with a lighted heart. This time, it took her the usual 15 minutes to arrive home.


She climbed the stairs and went straight to her son's room. There he was. Sound asleep. Snoring. Saliva on the pillow. The son, whom she had fetched at 9.30pm. The son, whom she had kissed good night and said a du'a during her solat. The son, whom she thought she had lost. Lost in her memory. A lost memory. A memory lost somewhere for a moment.

Tuesday, October 28, 2008

Curiosity of the darndest thing ...

Curiousity killed the cat = Inquisitiveness can lead one into dangerous situations (See here for the origin of the phrase)

Is being curious bad? How could being curious lead to dangerous situations?

Well, it is not bad to be curious. Curiousity is good. Good for the mind. It's part of learning process. A child who is curious is deemed smart. It's always good to ask questions. When one ask questions, one'll get answers. People build knowledge from being curious. It should be one of the criterias needed to be a good or perhaps excellent police, scientist or even journalist. As simple as that. Being curious.

BUT, there's always a thin line in everything. A thin line from being good to bad. When curiousity might lead into something dangerous or plain rudeness, it should STOP!

It was just a simple act. An act of a child. A curious child. Naive. Forgiveable.

It started with one naive curiousity. But it lead to another unthinkable one. An act that should be punished so that it would never ever happened again. A punishment not too harsh but enough to remind the child the importance of respect to another human being.

This morning:

"Kenapa Syabil buat macam tu?"
"Syabil nak tengok Lala pakai pampers ke tidak."
"Ok. Good enough reason. Tapi kenapa buat lagi sekali?"
"Errrrr ....."
"Syabil kena bagitau. Ibu nak tau kenapa Syabil buat benda tak bagus."
"Errrrr ..... Syabil nak ... Syabil nak tengok bunga Lala."
"Kenapa?"
"Nak tengok sama ke tak bunga Lala dengan Nisaa'."

Yesterday 6pm :
A neighbour's daughter Navella, who we fondly called Lala came over to the house to play with Nisaa'. She's only 3. A sweet, petite and happy girl. I was cooking in the kitchen. I heard them laughing, giggling. Nothing crossed my mind. Only happy children playing with each other.

Along came Irfan, running with a 'little' news. "Ibu ... Syabil bukak seluar Lala .. 2 kali."

At 6.30pm :
The rotan landed once on both Syabil's palms. It's either that or telling his ayah, which he begged not to tell. He cried .. hard. He went to bath and continue crying in bed till he fell asleep without eating dinner.

Well ... curiousity did kill the cat .. my own kitten ... anak kucing jantan aku. Pening kepala aku!

Nota kecik-kenot:
Cartoon was taken without permission from http://www.cartoonstock.com/lowres/mly0926l.jpg
Zinnirah has an update ;)

Saturday, October 25, 2008

40 tahun sudah ...



25 Oktober 1968.
Tarikh itu di hari ini. 40 tahun sudah berlalu.
Mak sudah dipanggil mengadapNya.
Tinggal ayah sendiri meniti usia tua hingga ke akhir usia.

"Nahh ... tunggu abang kat sana ya ..."
Ungkapan akhir ayah dalam sebak menahan tangis sebelum kain putih meliputi wajah mak.
Usia pernikahan mereka .. aku tidak pasti bisakah aku mencontohi.
Bercerai mati ... bertemu semula di sana, insyaAllah.

Nota kecik-kenot:
Gambar diambil ketika hari pertama Syawal 2004. Mak - Rokiah Mohd Amin dan ayah - Shaari Mohd Yunus, bergambar bersama Muhammad Irfan, Zinnirah dan Syabil Iman.

Ahhhh .. rindunya pada mak ...

Wednesday, October 22, 2008

Zombie ...

Kepala otak aku sudah naik sesak dek kerana diterjah ayat-ayat teknikal. Sungguh. Aku rasa kepala aku sudah penuh dengan ultrabunyi yang melampau. Begitu akrabnya aku dengan segala ayat-ayat teknikal itu. Hinggakan sentiasa ada dalam minda sedar dan separuh sedar. Sungguh. Hingga termimpi-mimpi kesemua graf dan formula berkaitan ultrasonik.


Aku kini mengejar tarikh akhir. Hujung November. Tapi aku tekad mahu menghabiskannya lebih awal kerana aku tidak mahu lagi dibayangi ultrasonic. Sungguh menyesakkan.

Jadi, aku bakal kekurangan waktu tidur. Mungkin hanya sejam dua di malam hari, dan lelap yang sejenak di tengahari waktu menidurkan anak-anak. Sekarang pun hanya 2,3 jam semalam.
Kepala ku terus teringatkan muka-muka gomak dalam Zombie Kampung Pisang. Cuma aku mungkin ada lilitan hitam yang lebih nyata dibawah mata.

Lepas selesai tanggungjawab ini, aku mahu mulakan sesuatu yang lebih mencabar minda. Dari ayat-ayat teknikal, ke ayat-ayat sastera. Mampukah aku? Aku masih tertanya-tanya ...

Tuesday, October 21, 2008

Kamu yang 5 ...





Ya. Anak-anak adalah ubat segala penyakit hati. Kata Tok mudin , Alya penyembuh penyakit hatinya. Aku yakin Adam juga memberi kesan yang sama.
Aku ada 5. Mereka hartaku yang paling amat berharga. Tapi mereka bukan patung. Mereka manusia yang mempunyai perasaan dan karenah. Adakalanya karenah mereka bisa membuat aku sedikit gila. Ya Ya. Rumah ini bak taska yang penuh dengan aksi. Ada yang gelak, menangis, meragam, menjerit, menyanyi, bergaduh, bertengkar, berbual mesra, usik-mengusik, sakat-menyakat.
Aku adakalanya turut tertawa dan senyum bersama mereka. Ya. Aku turut menangis jika sikap dan tingkah mereka mengguris hati. Ada masa menangis gembira. Itu lumrah menjadi seorang ibu. Aku sendiri akui, aku pernah buat mak menangis ketika aku sedang membesar.
Tapi aku tidak mahu menafikan yang sebagai seorang ibu rumahtangga, aku kadang-kadang perlukan masa sejenak untuk diri sendiri. Aku perlukan 'distraction' lain seperti 'hadiah' kecil berharga RM3. Hadiah untuk diri sendiri setelah berusaha sedaya upaya menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak biarpun sangat banyak kekurangan dan kelemahan.
Ya. Aku mungkin bukan seperti ibu atau ayah yang lain yang tidak memerlukan RM3 sebagai sebahagian ubat untuk merawat penyakit di hati.

Adakah itu aku bermaksud anak-anak membebankan dan tidak menggembirakan? Jadilah ibu atau ayah sepenuh masa dahulu ... untuk lebih tau ... ;)

Jadi ... anak-anak ibu yang 5 :
Muhammad Irfan, Zinnirah, Syabil Iman, Nisaa' Az-Zahraa, Ali Qa'id. Ibu terlalu sayang awak, awak, awak, awak, awak. Ibu bukan yang terbaik tapi cuba menjadi sebaik yang ibu mampu. Maafkan ibu jika ibu tidak menjaga dan mendidik kamu, kamu, kamu, kamu, kamu sesempurna mungkin seperti yang telah diamanahkanNya.
Ingat! Jaga solat, jaga sesama sendiri, jaga diri .. jika satu hari nanti ibu tiada lagi.

Monday, October 20, 2008

Ubat penyakit hatiku ...

RM3 sahaja. Itu sahaja harga yang aku perlu untuk mengubati aku yang berpenyakit hati ini, (Tok Mudin yang kata ... 3 kali pula tu ... jadi betullah gamaknya apa kata 'orang tua' ;)) Murah sahaja.

RM3 yang aku keluarkan itu cukup untuk membuat aku tersenyum seminggu tiap kali aku menatapnya.

Memang murah. Tidak susah mahu menggembirakan hati sendiri. Apatah lagi kalau hati orang lain. Mungkin sama kesannya. Hanya RM3, tahan seminggu. Mungkin lebih murah ditempat lain. Walaupun tidaklah secanggih mana kuntumannya, tapi cukup memekarkan hati.


Adakalanya RM1 sahaja sudah berkesan mencairkan hati yang sedang sedih, marah atau tertekan.

Dengan bermodalkan sedikit, hati berbunga sepanjang hari. Kuntuman senyum mekar di bibir.

Jadi kalau kamu, kamu, kamu berpenyakit hati seperti aku, mudah sahaja ubatnya. Manjakan diri dengan apa yang kamu suka. Tidak perlu mahal-mahal seperti sepasang kasut atau tas tangan berjenama. Hati memang ceria tapi poket menderita dan aku sangat tidak suka perasaan begitu.

Aku .. kuntuman bunga kekwa dan aiskrim sudah memadai .... sungguh. Murah sahaja kan kan kan ... tidak perlu tunggu orang yang belikan .. hehhehehe

Siang nanti kuntuman warna jingga pula menjadi dambaan ... ohhh ... sungguh tidak sabar dibuatnya.

Sunday, October 19, 2008

Ya .. Aku tahu ...

Ya Ya. Sebelum dicop cuai ... biar aku cop diri aku sendiri sebesar-besarnya. YA! AKU CUAI! Aku 'pandang rendah' akan kebolehan anak sendiri hingga mengundang kecelakaan. Kelewatan hanya beberapa saat telah mengundang penyesalan tak sudah :(

Ya Ya. Lepas ni aku akan letak pagar kat tangga tu.






:'(



Saturday, October 18, 2008

Sembunyi ...

Updated:

Inilah sebenarnya apa yang tersembunyi dibalik contengan menggunakan teknik 'air brush' itu. Hasilnya tidaklah seberapa tetapi cukup untuk mengabadikan sebuah permandangan padang yang luas yang dialiri sungai jernih, di balik langit yang membiru. Matahari memancarkan sinar memberi kehidupan pada flora dan fauna ciptaan yang Maha Esa.






Thursday, October 16, 2008

The matter of a broken heart ...


Being human is the most complicated thing for human. It's never an easy thing to care for another human being, especially when it comes to the matter of heart.
Heart. Another complicated and unexpected being. It can be kind, honest, loving, understanding at times. But should something unexpected happened, the heart can be the most cruel, demanding, cynical, envious.

Be it your own, the one you loved most, the persons you hated with all your being. Heart. It's always not easy to please.

I always tell myself that it's okay if I got hurt. It would heal. Time will heal the wound. But, never hurt other's, as we wouldn't know whether the heart whom we hurt would forgive and forget.

Sometimes it's difficult as I am just human. I feel. I hurt. I cry when the heart bleed, though mostly to myself.

And those who are closed to me will say, let them be. Don't think about it. Don't hold any grudges. I don't. I don't hold any grudges. I don't hate. I am just hurt. Deeply. I'm entitled to that feeling.

Because I am just human, who have a heart. A broken heart. Healed but at times it can still bleed ... unexpectedly. But, still I love them all, with all my broken heart.

Tuesday, October 14, 2008

Nisaa' Az-Zahraa



giliran saya pulakkkk ....

Ama caye Ichak Ta-tarra ...

Ali Qa'id ...



Gambar pertama Ali Qa'id guna laptop ni ... sorry blur sebab dia nak pandai lagi duduk diam time orang nak snap gambor dia. hehehhe

Askar-askar yang lain tak tau lagi ada feature ni, jadi belum snap gambor depa. Once dah tau, jawabnya asyik nak ambik gambor je la depa. hehehhee

Monday, October 13, 2008

Sunday, October 12, 2008

Apalah salahnya ...

Kalau ya pun gedik sangat nak beri gelaran Dato' tu pada orang seni, kenapa tidak dianugerahkan sahaja pada mereka-mereka di bawah ni? Mungkin sesuai mungkin tidak, tapi lebih layak dan berhak dari orang luar yang tak tau adat resam dan tak menyumbang apa pun pada negara.




Mereka-mereka ini adalah segelintir kecil yang boleh dikatakan berjaya dalam kerjaya seni mereka. Ada ramai lagi yang aku tak ingat. S.Samsudin pun banyak sumbangannya. Dari 3 bujang lapok, dia je yang tak lekat lagi gelaran Dato'. Mungkin sebab dia bukan orang Malaya tapi dari bagi kat "Sekolah Rendah Kebangsaan" tu, baik la bagi kat dia.

Friday, October 10, 2008

Bakal Menteri KekWa? ...

Ramalan aku .. dia akan diberi kerakyatan. Masuk umno sebab dia Muslim. Muslim adalah Melayu ikut perlembagaan. Melayu semua 'hak' umno. Kemudian dilantik senator. Jadi menteri KekWa. Maka cemerlanglah industri perfileman Malaya. Akak Pinky dapat bergelek sepanjang hari ... hahahaha ... geliga betul otal ali rustam.

Orang tua kata nak pikat hati suami melalui perutnya.
Kata ali rustam, nak pikat suami bakal PM, mestilah pikat isterinya dulu.

..... Aku sendiri tak tau nak rasa apa ... gembira, bangga atau duka.


Baca la berita ini. Berita paling menggembirakan rakyat MALAYA sebab Malaya BOLEH!



errr ... cacat ler sikit dato' s yang sorang ni ... kepala besor sikit dari badan ... pastu macam pompuan dalam pantang pulak la kat dahi tu. hahahaha ....

Wednesday, October 08, 2008

Apa yang Aku rasa ...

Aku tak baca suratkhabar ... baik yang mainstream mahupun yang alternatif. Aku sendiri pelik kenapa suami aku dah tak bawak balik Harakah dan Siasah. Aku malas nak tanya jadi aku biarkan aje. Jadi banyak yang aku tak tau. Berita tv pun aku tengok dengan tidak je. Masa tu nak nengok warta berita, masa tu la anak-anak nak tanya itu, sembang ini, rengek sinun, gaduh sinin. Jadi berita tinggal berita je la. Tapi bila aku ada kesempatan aku merewang dalam dunia maya. Ohhh .. banyak yang jadi rupanya. Kisah PAS yang ala-ala ada masalah dalaman, kisah umno jangan cakap la, yang puak-puak hindu dok 'serang' rumah terbuka la konon-sebab-nak- deepavali-so-geng-depa-mesti-dibebaskan-padahal-masa-bangsa-lain-kena-tangkap-ada-depa-peduli-raya-ke-kong-hee-fat-choi-ke, kuil roboh la dan terbaru .. anwar dah ada berhala la pulak.

Hebat sungguh. Rasa rugi pulak aku berhenti jadi wartawan ni. Masa aku dah pencen ni laaa banyak benda 'sensasi' jadi. Macam-macam la soalan dalam kepala aku yang satu media pun tak akan berupaya untuk mendapatkan jawapan. Jawapan yang ada pun macam hampas. Sekurangnya hampas tebu boleh jugak letak bawah pangkal pokok ... petua orang tua nak bagi buah manis. Tak tau la betul ke idak.

Apa depa nak sebenarnya? Kuasa dah ada. Duit pun banyak. Nak terlingkup kot.

Aku menyampah dengan anwar.
Aku serik dengan dap.
Aku meluat dengan teresa kok.
Aku bengang dengan pimpinan PAS.
Aku nak muntah dengan umno dan bn.
Aku sakit hati dengan melayu, cina, india yang rasa diri bagus sangat, pentingkan diri sendiri.
Aku sakit jiwa inflasi makin teruk, automobile interest rate mencanak, harga barang tetap naik walaupun harga minyak dah turun seciput.

Aku rasa macam umur aku pendek je duduk kat Malaya ni. Ada je benda dan perkara yang boleh buat darah aku go upstairs.
Buat aku rasa nak berhijrah balik. Lambaian New Zealand yang lama tak nampak bayangnya, dah muncul semula. Sekurangnya produk tenusu kat sana takde skandal melamine ... setakat ni la. Esok lusa siapa pun tak tau ... Allah je yang tau ... huhuhuhu ...

Siapa nak ikut ... angkat tangannnn ....

Nota tak berapa nak kecik-kenot:
Alhamdulillah. Aku ada la rezeki sikit ni. Nak guna labur beli laptop baru supaya aku boleh pulangkan balik laptop berjasa yang aku guna sekarang pada yang berhak semula. Ada cadangan cap apa yang terbaik harga below 2k? Sebab aku ni idak ler terer mana pun pasal komputer ni tapi yang penting memori tinggi sebab nak simpan banyak file dan gambar.

Suggestions, pleaseeee ....

Ada masanya ...

a : Ada masanya satu-satu pertanyaan yang mudah itu terkandung sejuta makna ...

"Ibu, sebelum ibu tido ... ibu maafkan tak semua kesalahan yang Irfan dah buat kat ibu dalam satu hari tu?"
"Ibu, macam mana kita nak ikhlas?"

b : Ada masanya apabila kemarahan menguasai diri, tindakan menjadi kurang rasional ... tapi kali ni aku tak menyesal!

Berkali-kali berpusing sekitar sekolah dan masjid, serta singgah di rumah kawannya. Kelibat Irfan masih tiada. Hati sudah panas. Ali makin resah. Menangis. Nisaa' merengek. Mahukan susu. Zinnirah merungut kepenatan sebab terpaksa turun banyak kali mencari si abang. Dek kerana bengang, aku undur kereta dari parkir tanpa memperhatikan betul-betul samada ada 'makhluk' di belakang. "Duk!" Perlahan.
Aku tepuk dahi. Aduhhh ... punggung kelisa aku tersondol pintu sisi seekor kelisa juga. Warna pun sama. Aku masuk balik ke ruang parkir. Nak keluar atau tidak? Aku masih marah. Sangat marah. Bukan pada Irfan tapi pada minah pemandu kelisa oren itu. Bergayut di telefon macam tak ingat dunia. Letak kereta macam tak belajar kat sekolah memandu. Apa kejadahnya halang kereta orang?!
Aku tak keluar. Aku membatu dalam kereta. Minah keluar dari kereta sambil bergayut di telefon bimbit lagi. Dia periksa pintu sisi ikan dia. Zinnirah kata tak bercalar atau berlekuk pun. Aku peduli apa?! Kalau calar atau lekuk sekali pun aku peduli apa!?
Aku nak keluar tapi akal aku kata jangan sebab emosi aku tengah panas. Mahu aku bahasakan minah tu. Baik duduk diam dalam kereta. Ada la dalam 10 minit aku dalam kereta. Nak keluar dari parkir tak boleh sebab minah tu masih tak berganjak. Masih halang kereta aku. Masih bergayut kat telefon. Bodoh!
Akhirnya ... aku tekan hon 3 kali. Baru la terhegeh-hegeh ke depan. Sampai sekarang aku masih angin bila ingat kejadian hari Isnin hari pertama sekolah selepas seminggu bercuti raya.
Untuk pertama kali ... aku rasa tak bersalah langsung "ter"langgar kereta orang!

c) Ada masanya wajah seseorang itu mengingatkan kita pada seseorang yang lain ...

Iklan raya TM. Sangat menyentuh. Kisah seorang anak yang pulang beraya di kampung. Bawa anak dan isteri. Melayan karenah anak yang bertanya itu ini tentang kampung. Rupanya sepanjang ibu dan ayahnya masih hidup, si anak tidak pernah pulang ke kampung. Bila dah tiada mereka, baru la balik. Telefon pun tidak? tanya anak yang keletah penuh tanda tanya.

Memang terkesan di hati.

Cuma watak anak tak ingat mak bapak dalam iklan itu mengingatkan aku pada Tok Mudin. Ya. Irasnya ada. Betul. Sungguh. hehehhehe ...

Tuesday, October 07, 2008

Menjawab ...

Neen said ...
Salam...seronok kan buat biskut raya, terutamanya bila buat kuih bahulu - lepas subuh arwah emak dah mula pukul telur & gula, dalam kul 9 pg adik2nya dtg join sama, kami yang bebudak masa tu pun tlg sama, kekadang tu saja buat terhangus sikit - utk dimakan waktu berbuka. Biskut wajib saya masa kecik, tat nenas, biskut makmur & biskut kacang, yg lain ikut suka arwah emak. Lah ni semuanya main beli jer, tu pun mana yang dah biasa - beli utk diberi pada abang2 bila dia org balik & saudara mara yang dtg - tuk kekawan saya bawa ke ofis jer, alasan rumah bujang org lelaki tidak dibenarkan masuk.Balik kampung ke? Esok masih ada di USJ ke, ada nak kirim barang ni...
September 26, 2008 9:31 AM

Aduhaiiii neen,
Terima Kasih tak terhingga pada neen. Kita tak pernah bersua. Tapi banyak benar pemberian yang neen dah sampaikan pada saya sekeluarga. Tak terucap kata syukur. Anak-anaklah yang paling excited sebab selalu benor van poslaju singgah depan rumah. Tak putus depa puji betapa baiknya hati kakak kawan ibu tu. Semuanya dah terima. Cuma tak sempat nak mengabarkan pada neen di sini. Kenapa la susah-susahkan diri. Dengan kuih rayanya, dengan begnya, dengan serundingnya, duit raya untuk anak-anak pun ada. aduhaiiiii ... sampai terkedu seketika. Apa pun ... terima kasih sekali lagi. Amat berterima kasih.

Selamat Hari Raya buat neen sekeluarga. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Maaf jika ada terkasar bahasa, terguris rasa selama kita berbicara di alam maya ni. Dan maaf juga jika email2 neen tak terbalas dek kerana kesuntukan masa. rasa bersalah sangat sebab jarang sangat berkesempatan balas email neen :(

Rynn Cowbra said...
tahun lepas adalah tahun pertama rynn buat biskut kat sini. mungkin jugak tahun terakher jugak.ahahahhaha!akak rynn xde. kami yang lain sume x konpiden nak buat. alamatnyer, beli lagi la tahun neh. hoho!tp biskut jaranglah kat rumah rynn. selalunyer kuih2 kering aje.dgn coklat dr mekah. hoho!
September 26, 2008 1:33 PM

sebenarnya ryn, buat kuih raya ni mudah je. yang susah tu part menunggu nak siap bakar je. antara nak ngan tak nak je. hehhehe ... ala takpe. sekarang ni buleh ngelat lagi .. tapi satu hari nanti mesti terpaksa buat jugak. betullll ...
Selamat Hari Raya juga untuk ryn sekeluarga. Maaf zahir dan batin mana yang tersalah kata dan tergurau senda yang mengguris perasaan.

13may said...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
September 29, 2008 7:17 AM

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat kamu juga.

achik said...
saya sabtu ahad lepas baru duk pulun buat kuih.. baru buat 3 jenis pun dah sakit pinggang.. hehehe.. balik keje ni nak buat tat nenas lak.. ;pselamat hari raya aidilfitri utk kak izinni sekeluarga.. maaf kalau tersalah kata :)
September 29, 2008 9:41 AM

isyyy kamu ni. anak dara dah sakit pinggang ke? hehhehe ... kalau ahkak ni yang beranak lima sakit pinggang logik ler jugak. ekekekke ...

Selamat Hari Raya juga. Maaf dipinta, maaf jua dihulur. Moga Aidilfitri kali ni lebih meriah.

AzahYgComel said...
cam sedap je biskut nestum dgn aprikot tu!!!mcm nak datang umah akak :D bleh mkn biskut tu :Dkak has... selamat hari raya aidilfitri ek... maaf zahir dan batin!
September 29, 2008 3:44 PM

Macam nak datang? laaa ... datang je la deknon oiiiii. bukan jauh benor klang dengan tempat ahkak ni ... kalau nak datang bagitau. email je izinnisa@gmail.com .. nanti dibagi alamat. sungguh ni .. tarak tipu punya.
ada juga plan nak ke klang .. ke kg sg udang ... beraya rumah pak lang. tapi tak tau bila nak perginya ...
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin juga untuk azah sekeluarga.

so'od said...
selamat hari raya kak has & familimaaf zahir batin :)
September 30, 2008 3:31 PM

haiii .. ingatkan bila dah tak berblog lagi .. idak ler nak singgah sini dah. rupanya ingat juga. terharu ahkak blogger fofuler datang melawat. Harap sihat selalu. Moga hari raya kali ni sentiasa selamat dan ceria buat am dan keluarga. makan nasi minyak jemput la cheq naaa .. hehehhe

ohhh ... sudah pasti ... maaf jika pernah dikala kita bercengkerawang, ahkak tersalah kata terusik rasa awak yang sensitif tu ya.

Tyra said...
Selamat hari raya..kelmarin adik saya yg umur 12 tahun tu ajar sy camane nk buat cornflakes madu dgn chocolate rice. haha.. malu sekejap.
October 2, 2008 7:26 AM

Selamat Hari Raya ya orang 'kampung'.
errrr ... ok la tu. kak has tau buat pun sebab zinnirah yang ajarkan about 2 years back. hehehhe ... preschool dia ajar .. balik dia suruh buat. siapa lagi malu? ekekekke

Fida Ruzki said...
selamat hari raya maaf zahir batin has. aku minta ampun maaf kalau selama kita berkawan ni ada salah silap antara aku ngan ko. kot la ada yang makan minum tak terhalal, aku minta halal.aku balik kedah ari tu akak ipar aku bawak biskut oat chocolate salut susu tepung. masa g rumah sedara aku dah rasa, adik ipar aku dgr salut susu tepung terus tak jadi makan.pastu ada biskut Y hehehe aku rasa sebab bentuknya macam huruf Y. rasanya manis, apa ada dalam biskut tu tak le aku tau apa bendanya sebab deria rasa aku kong sekejap masa rasa. tapi manis ya Rabbi. hehheheciter buat kuih raya, kakak aku buat tart nanas, org bujang kecik ngan angah menolong terap. jadi pulak tu
October 4, 2008 5:22 PM

Rasanya kan fida ... takde mananya pun salah ko kat aku. aku ni yang kekadang cakap main lepas je .. tak perasan dah terkecilkan hati kawan-kawan. bukan takat tu je .. aku ni kan ala-ala tak mesra alam gitu. selalu hilang lost contact dengan kawan-kawan. nasib baik laaa aku keep in touch gak dengan ko kan kan kan.
aku ada rasa biskut oat chocolate salut susu tepung tu. ok gak rasanya .. tapi sungguh laaa manis. aku ni kalau manis2 ni out sikit.
ko tu ... dah sah2 opis dekat dengan umah aku .. singgah la beb beraya.

BaYu SenJa said...
pening kepala dah tengok segala jenis makanan raya kali ni..kejutan budaya setelah 4 tahun raya di luar...huhuSelamat Hari Lebaran.minal A'idiin wal Faizin..Kullu Am wa Antum bi Khair.Maaf Zahir dan Batin.
October 5, 2008 7:04 AM

Salam lebaran buat bayu. rasanya mesti damai dan puas hati menghirup bayu senja menjelang aidilfitri di kampung halaman kan ...
ohh .. bab makanan time raya ... negara mana pun kat dunia ni tak leh nak chelen malaya. segala jenis benda makan terhidang. lupa yang sebulan berlapar ... bila raya pulun macam setahun tak makan. hehhehe ...
saya .. petang raya pertama dah surrender tak nak makan apa2 kecuali air kosong je. masuk raya kedua ... nasi dengan ikan pekasam jadi habuan paling istimewa :)

akirasuri said...
Waaa! Saya nak kueh raya Kak Has buat! :DSelamat Hari Raya kak..Maaf zahir batin.. :)

atiiiiiii ... bila kita leh beraya ngan awak ni??? hehehhee ... awak pun bila laaa nak datang umah .. bukan jauh mana pun ... setengah jam je. buleh kita pulun kuih raya bebanyak sesama gembira ria zapple dapple.

Maaf juga dipinta kalau terkasar bahasa, terusik rasa. kita kan selalu beramas mesra tak hengat dunia kan kan kan .. hehhehe