Wednesday, October 22, 2008

Zombie ...

Kepala otak aku sudah naik sesak dek kerana diterjah ayat-ayat teknikal. Sungguh. Aku rasa kepala aku sudah penuh dengan ultrabunyi yang melampau. Begitu akrabnya aku dengan segala ayat-ayat teknikal itu. Hinggakan sentiasa ada dalam minda sedar dan separuh sedar. Sungguh. Hingga termimpi-mimpi kesemua graf dan formula berkaitan ultrasonik.


Aku kini mengejar tarikh akhir. Hujung November. Tapi aku tekad mahu menghabiskannya lebih awal kerana aku tidak mahu lagi dibayangi ultrasonic. Sungguh menyesakkan.

Jadi, aku bakal kekurangan waktu tidur. Mungkin hanya sejam dua di malam hari, dan lelap yang sejenak di tengahari waktu menidurkan anak-anak. Sekarang pun hanya 2,3 jam semalam.
Kepala ku terus teringatkan muka-muka gomak dalam Zombie Kampung Pisang. Cuma aku mungkin ada lilitan hitam yang lebih nyata dibawah mata.

Lepas selesai tanggungjawab ini, aku mahu mulakan sesuatu yang lebih mencabar minda. Dari ayat-ayat teknikal, ke ayat-ayat sastera. Mampukah aku? Aku masih tertanya-tanya ...

6 comments:

Anonymous said...

ko gi lah melepak ngan budak achik tuh...

Mak Su said...

buat gapo kalut sangat tu? tgh study ker? relax skit, gi smell smell the grass over there, ya?

izinni said...

pa'chik,
ohhh kalaulah aku boleh melepak. perbuatan itu sudah lama aku tinggalkan .. hehehhe

maksu,
kalut sikit je. nak siapkan kerja yang dah diamanahkan. lagi cepat siap lagi cepat masuk fulusnya. hehehhe ... masa tu zombie kembali berseri.
study? ohhh kalaulah impian yang satu tu tercapai ... ahhh ..
ohhh .. smell the grass .. i have more than grass .. lallang ..hahahha

akirasuri said...

Kak has.. mata saya macam panda.. comel.. kekeke..

Unknown said...

hidup tak kalut tak mencabar pulak ...heh

BaYu SenJa said...

wah..selamat berbahasa indah2....