Wednesday, October 08, 2008

Ada masanya ...

a : Ada masanya satu-satu pertanyaan yang mudah itu terkandung sejuta makna ...

"Ibu, sebelum ibu tido ... ibu maafkan tak semua kesalahan yang Irfan dah buat kat ibu dalam satu hari tu?"
"Ibu, macam mana kita nak ikhlas?"

b : Ada masanya apabila kemarahan menguasai diri, tindakan menjadi kurang rasional ... tapi kali ni aku tak menyesal!

Berkali-kali berpusing sekitar sekolah dan masjid, serta singgah di rumah kawannya. Kelibat Irfan masih tiada. Hati sudah panas. Ali makin resah. Menangis. Nisaa' merengek. Mahukan susu. Zinnirah merungut kepenatan sebab terpaksa turun banyak kali mencari si abang. Dek kerana bengang, aku undur kereta dari parkir tanpa memperhatikan betul-betul samada ada 'makhluk' di belakang. "Duk!" Perlahan.
Aku tepuk dahi. Aduhhh ... punggung kelisa aku tersondol pintu sisi seekor kelisa juga. Warna pun sama. Aku masuk balik ke ruang parkir. Nak keluar atau tidak? Aku masih marah. Sangat marah. Bukan pada Irfan tapi pada minah pemandu kelisa oren itu. Bergayut di telefon macam tak ingat dunia. Letak kereta macam tak belajar kat sekolah memandu. Apa kejadahnya halang kereta orang?!
Aku tak keluar. Aku membatu dalam kereta. Minah keluar dari kereta sambil bergayut di telefon bimbit lagi. Dia periksa pintu sisi ikan dia. Zinnirah kata tak bercalar atau berlekuk pun. Aku peduli apa?! Kalau calar atau lekuk sekali pun aku peduli apa!?
Aku nak keluar tapi akal aku kata jangan sebab emosi aku tengah panas. Mahu aku bahasakan minah tu. Baik duduk diam dalam kereta. Ada la dalam 10 minit aku dalam kereta. Nak keluar dari parkir tak boleh sebab minah tu masih tak berganjak. Masih halang kereta aku. Masih bergayut kat telefon. Bodoh!
Akhirnya ... aku tekan hon 3 kali. Baru la terhegeh-hegeh ke depan. Sampai sekarang aku masih angin bila ingat kejadian hari Isnin hari pertama sekolah selepas seminggu bercuti raya.
Untuk pertama kali ... aku rasa tak bersalah langsung "ter"langgar kereta orang!

c) Ada masanya wajah seseorang itu mengingatkan kita pada seseorang yang lain ...

Iklan raya TM. Sangat menyentuh. Kisah seorang anak yang pulang beraya di kampung. Bawa anak dan isteri. Melayan karenah anak yang bertanya itu ini tentang kampung. Rupanya sepanjang ibu dan ayahnya masih hidup, si anak tidak pernah pulang ke kampung. Bila dah tiada mereka, baru la balik. Telefon pun tidak? tanya anak yang keletah penuh tanda tanya.

Memang terkesan di hati.

Cuma watak anak tak ingat mak bapak dalam iklan itu mengingatkan aku pada Tok Mudin. Ya. Irasnya ada. Betul. Sungguh. hehehhehe ...

8 comments:

Pa'chik said...

jahat aa ko... ekeke...

eklan raya terbaik tu... atau eklan terbaik sepanjang masa...

akirasuri said...

Setuju ngan pokcik.. Iklan TM lg berkesan dr iklan petronas.. Sampai sekarang sy masih tak paham apa motif iklan petronas tu.. Wakakaka!

Huhu.. Irfan ilang pi mana aritu Kak Has? Dok raya ke?

Salam cium peluk utk Zinnirah, Sabin, Nisa' dan ALI yang macho!! Hahak! :D

akirasuri said...

Komen kat sini jelah..
Kak Has, nak datang umah kak Has tulah yg bercinta.. Saya kena jaga Mak, susah nak gerak pi mana2.. tahun ni pn tk blk raya dan tak keluar pi mana2 pun.. raya depan tivi jek.. hehe..

achik said...

betul betul betul.. masa saya tgk iklan tu pun saya rasa cam muka tok mudin.. ekeke.. ;p

iklan tu best.. :)

Zuraini said...

Salam...

dah lama gak tak kisah tengok tv sebenarnya... jadi apa2 iklan terbaru pasal raya ni saya tak tahu... bila kekawan seofis bercerita, muka saya dah blur semacam jer... kekwn pun dah boleh agak... ni mesti tak tahu citer yang mana satu ni...

Anonymous said...

ceh... korang mengumpat aku kat sini rupanya...
huhu... banyaknya kembar aku, mawi nak tinggal mana? Haha!

izinni said...

pa'chik,
jahat ek? kira ok la tu aku tak jadi road bully lanyak orang lebam2. ekekeke ..

iklan tu memang best. simple tapi mesej jelas. jangan lupa mak bapak ..

ati,
rasanya iklan petronas kali ni bukan yasmin yang buat. hehehe ..
aku rasa iklan tu cuba nak sampaikan yang tm lembab buat keje dan anak2 jangan lupa mak walau sibuk macamana pun, walau mak kata takpe ..

irfan rupanya main bola kat dalam sekolah. masa dok cari dalam kawasan sekolah di tengah dalam bilik air .. tu yang tak nampak. isyyy ...

ali macho ek? macam upin ada la .. bulat je. ekekke

ati jugak sekali lagi,
tau. paham. takpe. nanti kami segerombolan cucu2 cik kiah gi beraya sana boleh? ekekeke ... kita bawak bekal bagi kat awak ngan mak awak. nak nak nak?

izinni said...

achik,
hehehhe macam ipin rambut sejemput. off topic sat .. gi bazaria kat stadium shah alam .. jumpa cd upin ipin ni ... itu je anak2 dok tengok. comel sungguh watak kembar tu. hooked!

iklan tu memang best ...
ramai sungguh yang muka macam tok mudin kan kan kan ... hehehhe

neen,
saya pun jarang ngadap tv ni tapi sesekali ngadap tu tertengok la segala jenis iklan dan cerita.
kalau yang ok tu ok la .. masalahnya banyak yang tak ok dari ok. so tak pe neen ... orang kata kita outdated sebab tak tau citer kat tv pun tak luak mana pun ;)

tok mudin,
ngumpat baik ... bukan ngumpat tak baik. hehhehe
mawi tu letak sudut mana2 la .. dah tak relevan. hehhehe ... watak dalam iklan tu lagi mirip mu dari muka si mawi tu.