Kamu yang 5 ...
Ya. Anak-anak adalah ubat segala penyakit hati. Kata Tok mudin , Alya penyembuh penyakit hatinya. Aku yakin Adam juga memberi kesan yang sama.
Aku ada 5. Mereka hartaku yang paling amat berharga. Tapi mereka bukan patung. Mereka manusia yang mempunyai perasaan dan karenah. Adakalanya karenah mereka bisa membuat aku sedikit gila. Ya Ya. Rumah ini bak taska yang penuh dengan aksi. Ada yang gelak, menangis, meragam, menjerit, menyanyi, bergaduh, bertengkar, berbual mesra, usik-mengusik, sakat-menyakat.
Aku adakalanya turut tertawa dan senyum bersama mereka. Ya. Aku turut menangis jika sikap dan tingkah mereka mengguris hati. Ada masa menangis gembira. Itu lumrah menjadi seorang ibu. Aku sendiri akui, aku pernah buat mak menangis ketika aku sedang membesar.
Tapi aku tidak mahu menafikan yang sebagai seorang ibu rumahtangga, aku kadang-kadang perlukan masa sejenak untuk diri sendiri. Aku perlukan 'distraction' lain seperti 'hadiah' kecil berharga RM3. Hadiah untuk diri sendiri setelah berusaha sedaya upaya menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak biarpun sangat banyak kekurangan dan kelemahan.
Ya. Aku mungkin bukan seperti ibu atau ayah yang lain yang tidak memerlukan RM3 sebagai sebahagian ubat untuk merawat penyakit di hati.
Adakah itu aku bermaksud anak-anak membebankan dan tidak menggembirakan? Jadilah ibu atau ayah sepenuh masa dahulu ... untuk lebih tau ... ;)
Jadi ... anak-anak ibu yang 5 :
Jadi ... anak-anak ibu yang 5 :
Muhammad Irfan, Zinnirah, Syabil Iman, Nisaa' Az-Zahraa, Ali Qa'id. Ibu terlalu sayang awak, awak, awak, awak, awak. Ibu bukan yang terbaik tapi cuba menjadi sebaik yang ibu mampu. Maafkan ibu jika ibu tidak menjaga dan mendidik kamu, kamu, kamu, kamu, kamu sesempurna mungkin seperti yang telah diamanahkanNya.
Ingat! Jaga solat, jaga sesama sendiri, jaga diri .. jika satu hari nanti ibu tiada lagi.
17 comments:
sure, why not!
well its nice to know that you have great hits here.
not bad.
very nice! hahahahaha
im here because of few cents for you. just dropping by.
apa kebenda laaa segala jenis excavator, ulat bulu sesat kat sini nihhh ...
well its nice to know that you have great hits here.
hampehh betul laaa ...
hahahah... ko nak jadik kontrekter ke weh... siap oder ekskeveter hapa nih... [kat sini oghang panggey s'sodok sawo...]
Salam ...
saya lum jadi ibu ... tp ada 21 anak saudara & yang paling kecik 7 thn. Berbagai ragam, yang paling rapat dgn anak2 Abg Long, malahan mereka lebih saya anggap adik dr anak saudara ... sakat menyakat, usik mengusik dah jadi perkara biasa ...
Adakalanya saya sering bertanya, mampukah saya menjadi setabah & secekal arwah emak menghadapi pelbagai kerenah anak-anaknya yang 7 ni ...
po'chik,
kalau dapat kontrak juta2 best gak .. ini hampehhh ..hehehhehe
neen,
dulu sering bertanya juga .. sekarang dah tau. tak senang.
Uit!
Pinjam sorang asekar.. Ha ha ha!
Err kena serang dengan sepam ke? Huhu..
Aduh! Jangan terasa cik kak, saja je nak letak gambar Alya yang comel lote tu... :)
Aku faham, balik kerja maghrib setiap hari, malam nak main dengan anak-anak dah penat. Apatah lagi anak sedang dalam stage kebuasan yang amat sangat dan belum dapat faham apa yang dikata. Marah tu bukan jarang, selalu. Kesian anak-anak jadi mangsa, dipaksa tidur awal.
Itu berapa jam saja main dengan anak, inikan pula sepanjang hari kan?
Apapun, aku yakin kamu ibu yang baik.
p/s: aku gelak tak tertahan baca komen kamu dengan pakchik di atas. Taknak sub kan kat aku ke projek tu? Dapatlah duit lebih nak beli bunga. :D
oit kena sepam ke hahaha?
Kak aku pun ada 5 anak. Maknanya aku ada 5 anak saudara. Dulu masa kecik cabarannya lain bila dah meningkat remaja cabarannya lain pula. Uwaaaa! Aku rindu my little munchkins
saya tak jadi ayah sepenuh masa lagi.. Tapi dah lama bercita-cita nak jadi ayah sepenuh masa nih.. takdak rezeki lagi..
eh, macamana nak jadi ayah kepada anak kalau mak anak takdak lg? hehe
tolong doakan ya bu :)
ati,
dari kamu pinjam kosong2 je .. baik kamu sponsor sorang terus sampai besor. hahahaha ...
tu la dia haaa .. penyodok dengan ulat bulu dah sesat kat sini. hehehhe
mudin,
huh .. kalau takat main ok la lagi. cer nengok ummu adam .. balik terus buat kerja rumah bla bla bla .. pastu nak layan anak2 lagi. buleh jadi tensi tau ...
huh! kalau ada duit lebih .. aku bukan beli bunga .. aku mintak blackie buatkan landscape bunga2 terus. hahahahah
khairyn,
cabaran tu sentiasa di depan mata selagi mereka bergelar anak. itu yang depan mata, belakang mata? Doa je la pelindung depa. huhuhuhu ... buat aku jadi takut.
apa pun aku tabik along ko yang sentiasa ada dan cari masa untuk diri sendiri. aku cuba jadikan dia inspirasi tapi sangat2 susah. hehehhe
errr munchkins ko dah besor2 la .. dah jadi doughnuts. ekekekekke
bayu,
alahaiii .. teringin rupanya. dah balik kampung tu .. isyyy takan la takde sorang pun orang kedah yang buleh lekat. suruh mak carikan je .. senang.
Post a Comment