Apa yang Aku rasa ...
Aku tak baca suratkhabar ... baik yang mainstream mahupun yang alternatif. Aku sendiri pelik kenapa suami aku dah tak bawak balik Harakah dan Siasah. Aku malas nak tanya jadi aku biarkan aje. Jadi banyak yang aku tak tau. Berita tv pun aku tengok dengan tidak je. Masa tu nak nengok warta berita, masa tu la anak-anak nak tanya itu, sembang ini, rengek sinun, gaduh sinin. Jadi berita tinggal berita je la. Tapi bila aku ada kesempatan aku merewang dalam dunia maya. Ohhh .. banyak yang jadi rupanya. Kisah PAS yang ala-ala ada masalah dalaman, kisah umno jangan cakap la, yang puak-puak hindu dok 'serang' rumah terbuka la konon-sebab-nak- deepavali-so-geng-depa-mesti-dibebaskan-padahal-masa-bangsa-lain-kena-tangkap-ada-depa-peduli-raya-ke-kong-hee-fat-choi-ke, kuil roboh la dan terbaru .. anwar dah ada berhala la pulak.
Hebat sungguh. Rasa rugi pulak aku berhenti jadi wartawan ni. Masa aku dah pencen ni laaa banyak benda 'sensasi' jadi. Macam-macam la soalan dalam kepala aku yang satu media pun tak akan berupaya untuk mendapatkan jawapan. Jawapan yang ada pun macam hampas. Sekurangnya hampas tebu boleh jugak letak bawah pangkal pokok ... petua orang tua nak bagi buah manis. Tak tau la betul ke idak.
Apa depa nak sebenarnya? Kuasa dah ada. Duit pun banyak. Nak terlingkup kot.
Aku menyampah dengan anwar.
Aku serik dengan dap.
Aku meluat dengan teresa kok.
Aku bengang dengan pimpinan PAS.
Aku nak muntah dengan umno dan bn.
Aku sakit hati dengan melayu, cina, india yang rasa diri bagus sangat, pentingkan diri sendiri.
Aku sakit jiwa inflasi makin teruk, automobile interest rate mencanak, harga barang tetap naik walaupun harga minyak dah turun seciput.
Aku rasa macam umur aku pendek je duduk kat Malaya ni. Ada je benda dan perkara yang boleh buat darah aku go upstairs.
Buat aku rasa nak berhijrah balik. Lambaian New Zealand yang lama tak nampak bayangnya, dah muncul semula. Sekurangnya produk tenusu kat sana takde skandal melamine ... setakat ni la. Esok lusa siapa pun tak tau ... Allah je yang tau ... huhuhuhu ...
Siapa nak ikut ... angkat tangannnn ....
Nota tak berapa nak kecik-kenot:
Alhamdulillah. Aku ada la rezeki sikit ni. Nak guna labur beli laptop baru supaya aku boleh pulangkan balik laptop berjasa yang aku guna sekarang pada yang berhak semula. Ada cadangan cap apa yang terbaik harga below 2k? Sebab aku ni idak ler terer mana pun pasal komputer ni tapi yang penting memori tinggi sebab nak simpan banyak file dan gambar.
Suggestions, pleaseeee ....
12 comments:
kau ni banyak hal la!
Nak yang murah tapi nak tinggi memori! Sekarang ni dah terabyte dah tak main dah kilo ke mega ka hihihi. kau kena usya la kalau nak yg murah tapi aku rasa macam tak de jer. Kan ke kau sendiri yang cakap harga barang naik gila sedangkan harga minyak dah turun dari $100 sebarrel hehehe
dah nampak balik ek New Zealand? Hari tu lagi aku dah canang. The best way ko jd student kat sana 6 bulan boleh dpt PR tapi tu la kerja agak payah sket. Tu orang cakap laaaa
Huuu! Aku tak sempat nak tipon kau ek? Kerja melambak2 la ni. Nak beraya lagi. InsyaAllah next week pepagi buta gelasgo aku tipon sebab time tu aku ada free sket
cheh! kalau tak banyak hal takde modal la nak ngomel kat sini. hehehhe
ohhh .. ko bebel kat aku ek .. hahhhaa lama tak dengor ko bebel.
err aku nak ternak kambing biri la .. belajar rasanya boleh lagi ke otak aku ni? huhuhuhu
ada masa tipon la ..takde masa ko tido je la. aku tak kisahhhhh nyahhhhh ... hehhehe
leptop banyak je yang murah...
acer aspire 4715z bawah sibutujuh 120gb,ram 512. pentium dual-core 1.86
aspire 4530 kurang sibusmilan 160gb, ram 1gb, grafik oke guna chipset nvidia, amd turion dualcore 2.1
fujitsu esprimo v5535 kurang sibusmilan, pentium dual core 1.6
160gb, ram 1gb, skrin 15"
tosiba satellite l300 sibulapan
pentium dual core 1.86
120gb, ram 1g,
skrin 15"
tosiba satellite l310 doribu
pentium dual core 1.86
200gb, ram 1gb
skrin 14.1"
kompek presario c795tu
sibulapan
pentium dual core 1.86
160gb
ram 1gb00
15.4"
asus eee pc9
celeron
30gb
ram 1gb
8.9" skrin
takde sidi...
[ni netbook je..]
harga baru murah lagi kot... ni gaid je lah...
nz? nka ikutttt...aku nak ke lokasi salem high country
Salem High Cuntry tu filem kat Janda Baik...
Anytime buleh pegi santai.
MRSM 66/73
Ermm... kamu ni banyak masalah hati ni... kena berubat cepat-cepat.
:)
Kak Has.. Pi serbey kat lowyat.. sana byk plhan sket.. Huhu.. :D
Wuhuuu.. Byk kebengangannya ek.. Ai pun mensampah gak sbenanya..
Lalalala~
gue pun meluat jugak, tapi gue tahan jer mulut gue dari mengata secara terang2an, gue mengata dari dalam selimut, wakakaka
tapi tang gi new zealand tu kan, nak ikut, bleh tak?
Salam...
kat ofis, biasanya kita org akan rujuk pada staf IT Dept. - technician nyer, klu tanya kat executive nyer, boleh buat kita org sakit jiwa... yg depa tahu apa yang berkaitan dengan kerja depa jer...
komen utk en3 bawah... yang rambut sejemput tu Upin, si abang baju kuning. Kat ofis setiap hari citer Upin & Ipin dimainkan dr episode 01 - 18, siap dah hafal dialognya (media player 11) kira sambil buat kerja masih boleh tengoklah gambarnya wpun diminimizekan, memasing download dalam komputer. Seronok tengok gaya si kembar tu... wpun masa tayangannya pendek tapi ianya cukup berkesan. Lagipun bebudak kan cepat boring, yang pentingkan kualiti bukan kuantiti. Kartun Upin & Ipin ni pun saya ikuti menerusi internet, tv mmg tak kisah tengok. Kalau buka pun sbb nak tengok vcd/dvd. Tak tahulah knp sekarang ni rasanya citer2 yang ditayangkan tu banyak yang kurang elok & tak sesuai dgn budaya kita... Sampai bilalah keadaan ni nak berterusan... :-S
episode ketupat - Ipin : betul betul betul ... salah
Ali macam Upin? Cute lah tu... Bilalah berkesempatan nak tengok mereka ye?
pak anon yang baik,
terima kasih banyak sebab bagi cadangan. dok berkenan dengan compaq. pengalaman dengan compaq tak banyak masalah. even yang guna sekarang pun compaq jugak. Armada 110. antik tapi berjasa. hehehehe insyaAllah hujung2 minggu nak gi kl dengan adik beli mana yang ok.
akuatik,
bolehhhh ..tapikan .. lokasi iklan salem tu kat mesia je la weii .. hahahha
anon,
ya ya .. betul la tu. janda baik memang nyaman.
mudin,
ohhh gitu yea. senang je ubatnya ... terapi paling mujarab .. MASAK. so tadi masak ayam panggang madu, mash potato/cauliflower/carrot/tomato with gravy, mini pizza. huhuhuhu ... tenang dah hati ni. hehhehe
ati,
memang gitu la rancangannya. nak kena gi dengan adik lelaki yang sorang tu. kena tunggu dia free baru boleh pergi. askar2 kena tinggal dengan ayah depa kat rumah sementara ibu gi rendek. huhuhu .. asyikkkk ...
bengang simpan dalam. luah kat sini je la yang termampu. hehhehe
maksu,
ramai yang macam tu. lepas geram dalam selimut macam ekau. hahhaha ...
nak ikut? bulehhhh ... bayar sindri2 ek. hehehe
neen,
errr upin yang sejemput tu ek. ooo kalau gitu ipin la kot sebab kepala dengan muka ali bulat rambut nombor 1. hehehhe
insyaAllah bila dah beli laptop nanti boleh la diupload gambar yang ada ni .. email kat neen. nengok ler puas2.
hmmm compaq, betul tu, kurang masalah...ada rezeki lebih campak satu kat sini...
Hasnita (from MM ke?)
Same here... Am so fed up with the whole bunch of Pembesar and wannabe Pee Em. Learning to hate all the politicking that's going on.
Cases in point: the Eurocopter and SMS with lawyer fiasco. Cam kata Bonnie Tyler: "Where have all the good men gone?"
Rasa cam nak migrate. If things doesn't get better which it doesn't look like doing.
First step: Taking french lesson. Always wanted to do so but there was never any real incentive before until now.
Wasalam.
Post a Comment