Monday, October 20, 2008

Ubat penyakit hatiku ...

RM3 sahaja. Itu sahaja harga yang aku perlu untuk mengubati aku yang berpenyakit hati ini, (Tok Mudin yang kata ... 3 kali pula tu ... jadi betullah gamaknya apa kata 'orang tua' ;)) Murah sahaja.

RM3 yang aku keluarkan itu cukup untuk membuat aku tersenyum seminggu tiap kali aku menatapnya.

Memang murah. Tidak susah mahu menggembirakan hati sendiri. Apatah lagi kalau hati orang lain. Mungkin sama kesannya. Hanya RM3, tahan seminggu. Mungkin lebih murah ditempat lain. Walaupun tidaklah secanggih mana kuntumannya, tapi cukup memekarkan hati.


Adakalanya RM1 sahaja sudah berkesan mencairkan hati yang sedang sedih, marah atau tertekan.

Dengan bermodalkan sedikit, hati berbunga sepanjang hari. Kuntuman senyum mekar di bibir.

Jadi kalau kamu, kamu, kamu berpenyakit hati seperti aku, mudah sahaja ubatnya. Manjakan diri dengan apa yang kamu suka. Tidak perlu mahal-mahal seperti sepasang kasut atau tas tangan berjenama. Hati memang ceria tapi poket menderita dan aku sangat tidak suka perasaan begitu.

Aku .. kuntuman bunga kekwa dan aiskrim sudah memadai .... sungguh. Murah sahaja kan kan kan ... tidak perlu tunggu orang yang belikan .. hehhehehe

Siang nanti kuntuman warna jingga pula menjadi dambaan ... ohhh ... sungguh tidak sabar dibuatnya.

6 comments:

Zuraini said...

Salam...

yes, yes, yes ... sememangnya pokok (yg sesuai di tanam di dlm rumah, yg penting hijau) coklat & aiskrim menjadi pilihan ... dan lebih seronok bila ianya dapat dikongsikan dgn mereka yang berada di sekeliling kita ... rasa puas sesangat ...

Ali Qa'id apa khabar? Baca tapi tak sempat nak komen ... Sedang bercuti & line pun tak berapa ok ... Sampai ofis ptg semlm (2.30 ptg) busy menghias gerai dept kami utk jamuan raya sykt hari ni ...

achik said...

salah satu ubat saya yg mujarab & murah [err takde kos pun], tido.. kalau xleh tido baru cari ubat lain.. jalan2 cuci mata.. ekeke..

Anonymous said...

Respon aku di sini:
http://mudin001.com/2008/10/21/ubat-penyakit-hati/

:)

Mak Su said...

maksu kekadang pun suka pekena aiskrim bila 'memerlukan'

akirasuri said...

sy pun mkn aiskrim untuk ilangkan tensi.. Ha ha ha! :D

khairyn said...

eskrem! sangat best!
Eh eh kat morrison hari ni ada offer Ben&Jerry cuma £1.80 satu tub. Kalau tak tu mau dekat £5 satu tub bodoh kecik comel lote tu