Wednesday, December 31, 2008

Ohhh 8 lagi ...

Ohhh ... Lepas fikir sederhana panjang ... aku buat keputusan untuk meneruskan hayat blog ni. Mana la tau tetiba datang meroyan nak menulis nanti ... ada gak tempat aku nak lampiaskan kan kan kan. Jadi, pada yang masih berminat nak meneruskan aktiviti menjenguk ke sini .. dipersilakan dengan senang hati. Pada yang dah meluat tu dan dah tak kuasa nak baca tulisan tah apa-apa aku tu ... dipersilakan jugalah.

Ohhh ... Since aku ada la mood banyak sikit malam ni ... nak meraban lebih sikit jugak la.

Ohhh ... malam ni malam terakhir tahun Masihi ek. Ohhh oleh kerana itu ... aku nak ucapkan Selamat Meneruskan kehidupan di tahun Hijrah 1430 ini. Kejap lagi berlumba-lumbalah orang nengok bunga api. Mungkin ada jugak la satu, dua percikan bunga api di angkasa akan dapat aku saksikan dari tingkap rumah aku ni. Selalunya bunga api dari Bandar Sunway nampak jugak laaa ... pastu kalau cuaca cerah ... nun yang kat puncak genting highland pun buleh nampak.

Ohhh ... baru dapat berita. Anak-anak aku dapat adik sepupu baru. Lelaki. Baru je lahir 9.15pm tadi. Baru sangat lagilah. Tah-tah masa aku menaip ni pun ... misi-misi kat Hospital Serdang tu dok mandikan baby tu. Baby tu anak no.3 abang suami aku. Kira abang ipar aku lah kan. Jauh jugak jarak usia baby tu dengan kakak dia. 8 tahun. Alhamdulillah ... semuanya selamat. Aku tumpang gembira untuk biras aku tu. Dia tu punyalah penyegan ... mengandung pun tak bagitau aku. Tup-tup balik raya hari tu .. baru la aku tau dia mengandung. Itu pun dah masuk 7 bulan. Punyalah dia sorok perut .. letak beg nak cover. hehehhehe ... dia segan sebab umur dah nak 40. Ok la tu kan ... aku seronok sangat sebab dah 2 kali dia keguguran.
So esok ... nak gi Hospital Serdang. Hehehehhehe ... BEST! Nanti amik gambar tayang kat sini. Sah-sah muka baby tak ada iras anak-anak aku. Muka-muka anak buah suami aku dari abang-abang dia semua ada gene mamak. Hensem dan lawa-lawa ...
Ehhh .. anak2 aku pun hensem dan lawa gak apa ... walaupun sepet. hehhehehe

Ohhh ... Minggu depan sekolah dah nak mula kan. Huh! Sekejap je 2008 dah habis. Irfan masuk darjah 5, Zinnirah darjah 3. Yang paling aku tak sangka ... Syabil akan masuk darjah 1. Teruja dia. Buku, baju dah beli. Kasut tak beli sebab pakai kasut kakak yang masih elok.
Syabil tak sekolah sama dengan abang dengan kakak. Dia terpaksa kami masukkan ke sekolah lain yang jumlah pelajarnya tidak seramai sekolah integrasi. Masih ke sekolah agama berbayar. Syabil ada sedikit masalah pembelajaran. Disebabkan dia sangat aktif, dia mempunyai tahap tumpuan yang sangat terhad. Mudah bosan, mudah mengelamun, mudah kebosanan. Syabil perlu sentiasa bergerak. Kalau suruh diam ... tertidur la dia kebosanan. Disebabkan attention span dia sangat terhad, dia susah nak mengikuti pembelajaran. 2 tahun di taska, Syabil masih belum boleh membaca dengan lancar. Masih merangkak-rangkak. Hinggakan sepanjang cuti sekolah ni kami masukkan dia ke kelas Cepat Membaca, sebab dia tak boleh belajar dengan ibu dia ni. Kalau belajar dengan ibu, kesudahannya mesti tangisan merajuk. Adehhhh ...
Alhamdulillah ada perkembangan positif ... tapi dia perlukan guru yang boleh berikan tumpuan yang lebih untuk dia. Itu sebabnya dia tak boleh sekolah sama dengan abang dan kakak. InsyaAllah ... tahun 2 nanti, dia akan dimasukkan disekolah yang sama.
Doakan Syabil ya ...

Ohhh ... Ali akan masuk 11 bulan, 6 hari lagi. Ali dah berjalan jatuh. Jika dilepaskan, 4,5 langkah dia berjalan. Dah boleh berdiri. Dah pandai mengacah ajak bermain. Manja dengan ayah. Pantang nampak ayah, minta didukung. Ali dah pandai makan. Ali makan banyakkkkk ...
Ibu buat bubur nasi macam-macam perisa untuk Ali. Bubur ayam kentang carrot, bubur ikan, bubur kacang badam, bubur aprikot, bubur epal dengan madu, bubur daging, bubur labu ...
Ali paling suka bubur labu dan bubur epal sebab manis. Ali makan nasi 2 kali sehari. Lepas makan 3 senduk bubur, Ali akan minum susu dan terus tidur nyenyak.
Ohhh ... gigi Ali dah ada 6 batang :D

Ohhh ... aku berhenti dulu la. Bila rajin, aku tulis lagi, InsyaAllah.

Monday, December 29, 2008

Aku bosan ... korang tak bosan ke?

Ini tulisan aku yang 214 dalam blog ni dalam tempoh 1 tahun 9 bulan.
Sejak akhir-akhir ni semangat nak menulis di blog dah teramat-amat kusam. Malas sungguh. Naik menyampah pun ada nengok blog ni. hehehehhehe ...
Ada masanya ada banyak benda aku nak tulis. Macam-macam isu aku nak huraikan. Tapi bila masuk malam je ... lepas kerja dah selesai dan anak-anak dah tido ... aku terus hilang emosi nak tulis apa yang aku dok rasa dan fikir di siang hari tu. Akhirnya ... aku malas nak update. Kalau update pun, dengan syarat je .. asalkan ada.
Dalam kamera tu pun ada gak gambar-gambar benda makan yang aku dok masak tapi malas sungguh laaaa nak upload. hehehheeh ...
Ada gambar roti daging, roti hotdog .. homemade gitu. Lenguh tangan aku 2 hari dok menguli tepung sebab nak buat roti wooooo ... ekekekkeke ...

Jadi hati aku ni sungguh laaa nak menghabiskan je riwayat blog ni. Dari dok menyemak je takde sumbangan apa-apa. Lagipun orang yang dok baca dah makin kurang ... walaupun aku sebenarnya lagi suka kalau tak ramai yang baca ... boleh aku meraban ikut suka atok nenek opah tokwan aku. Tapi bila takde orang komen, aku rasa lain la pulak ... hahahahhaa
Baik tutup je la kan ... atau diVVIPkan ...

Korang (kalau ada yang baca la kan kan kan ...) tak bosan ke nengok blog ni? Tak rasa menyemak ke ibu anak lima ni dok meraban tah apa bendanya. hehehhehe ...

Pa'chik ... mu tak bosan ke weiiiiiiii? ekekekkee ...
Moh ler kita tutup blog secara berjemaah ... nak tak? hehehehehhe ...

Monday, December 22, 2008

Blue ...

"When I'm feeling blue ... all I have to do ... is take a look at you .. then i'm not so blue ..."


Phil Collins - Groovy Kind of Love(1998)
~
Yes. I am feeling blue right now. But I can no longer take a look at her to ease the blue and that's why I'm so blue.
~
I'm missing her so badly. Not a second of my life that I forget her. She's always be apart of me. I regret that I could not take care of her as much as I'd love to. I regret it when I had to skip a night from being by her side. I never told her I love her. I only told her a day before she left me. I told her I love her so much. I told her I wanted her to be alright. I told her I need her.
I kiss her forehead. I kiss her cheeks. I told her not to worry as we love her dearly.
I know she was listening. Tears streamed down her cheeks. She was sobbing as her body trembles a little.
That night I left with a light heart. But the next day my world fell apart.
Ohhh ... how much I miss her.
~
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab kurangnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
~
Ilaahii lastu lil firdausi ahlaa
wa laa aqwaa 'alaa naaril jahiimi
Fa hablii taubatan waghfir zunuubii
fa innaka ghaafirudzdzambil 'azhiimi
Dzunuubii mitslu a'daadir rimaali fa hablii taubatan yaa dzaaljalaali
Wa 'umrii naaqishun fii kulli yaumi wa dzambii zaa-idun kaifah timaali
Ilaahii 'abdukal 'aashii ataaka muqirran bidzdzunuubi wa qad da'aaka
Fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun wa in tathrud faman narjuu siwaaka
~
Wahai Tuhanku Aku Tidak layak untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa NerakaMu
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah Dosa ku
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun Dosa-Dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
terimalah taubatku wahai Tuhan yang Maha Tinggi
Dan usiaku berkurangan setiap hari
sedangkan dosaku pula bertambah setiap masa
Tuhanku, hambaMu yang sering melakukan maksiat telah datang kepadaMu
Sentiasa membuat dosa, dan sesungguhnya telah berdoa kepadaMu
Jika Kau ampunkan, maka itu adalah hakMu
Dan jika Kau tinggalkan, maka siapa lagi yang hendak kami harapkan sepertiMu...

Saturday, December 20, 2008

Wednesday, December 17, 2008

Orang muda ...

Kronologi perjalanan Muhammad Irfan untuk menjadi seorang 'ORANG MUDA'.


Hujan di petang Sabtu ...


Senyum .. macho! Jauh mengelamun ... Minuman terakhir sebelum berpantang ...


Awan (kiri) cerita tentang mimpi ... Ohhh ... panjang langkah lepas berkhatan ...


Berbaringlah ... Masing-masing mengenang nasib ... tak boleh nak melompat seminggu ...


Ohhh .. arwah moyang dia, Haji Hamzah Basri memang panggil dia 'orang muda' sejak dia bayi lagi sampailah arwah pergi mengadap Penciptanya 3 tahun lalu. Sebelum subuh, dalam perjalanan ke masjid untuk berjemaah, dia akan singgah di rumah anak bongsunya mengejutkan semua orang. "Orang mudaaaaa ...." itu panggilan pertamanya tiap kali masuk ke rumah. Begitulah rutin arwah itu tiap kali kami pulang ke kampung. Irfan memang cicit kesayangan walaupun dia ramai lagi cicit dari cucu-cucu yang lain. Maklumlah, ayah irfan cucu kesayangannya. Sekarang tiada lagi panggilan 'orang muda'. Cicit yang seorang ini sudah pun menjadi ORANG MUDA.



Untuk ORANG MUDA, ibu doakan perjalanan hidup kamu selepas ini penuh kesabaran, tawaduk dan kematangan. Perbaiki yang tidak baik. Yang sudah baik, baguskan lagi. Belajar rajin, tekun mengaji ... cari ilmu dan amalkan. Jaga iman. Jaga akidah. Sesungguh garisan kelabu itu semakin lebar. Pilih dan buat keputusan yang terbaik. Jika salah langkah, betulkan dan jangan ulangi. Lalui hidup dengan penuh kegembiraan. Ibu sentiasa mendoakan. Hanya yang terbaik untuk kamu. Aminnn ...

Monday, December 15, 2008

Malas ... Dah besar ...

MALAS!
====================================================

Malas nak upload gambar sebenarnya. Nantilah malam-malam sikit, kalau aku rajin aku upload ler gambar apa yang sempat snap tu. Kalau kemalasan tu melebihi tahap kerajinan, lambat ler sikit. Aku cerita-cerita dulu la. Panjang ler jugak ... kalau nak baca sampai abih .. baguslaa .. kalau malas tu ... takpe .. aku paham. Memang jenuh nak baca benda panjang-panjang ni. :D

Cerita budak-budak nak masuk jawi ni macam-macam sebenarnya. Dengar depa bersembang sesama sendiri pun dah buat kita senyum sampai ke telinga. Kreatif sungguh daya imaginasi depa ni. Semuanya sebab nak tutup kalut dan takut. Dalam hati, depa je la yang tau. Kan Kan Kan Pa'chik? hehehhehee

Yang berkhatan hari Ahad baru ni 3 orang. Anak bujang aku, Irfan dan 2 orang adik sepupu suami. Yang sorang tu baya Irfan, nak masuk Tahun 5. Yang sorang tu adik dia, nak masuk Tahun 2. Yang kecik tu la yang paling banyak mulut. Kecoh jugak ler pot pet dia tu. Maklumlah anak bongsu. Manja dan keletah tu lebih sikit.

Hari Sabtu tengahari, keluarga suami buat kenduri nak meraikan yang 3 orang ni. Dalca, ayam masak merah, kurma kambing, sambal belacan, ulam-ulam, ikan masin goreng bawang, sayur campur. Ada bahulu, ada wajik yang sangat sedap. Memang sangat elaborate menu kalau kami berkenduri. Kalah kenduri orang berwalimatus urus. Oh ya ... gambar benda makan, aku tak sempat snap sebab aku sibuk buat kerja .. kang kena tegur plak dek mak mertua. Orang sibuk buat keje, aku sibuk nak ngambik gambor le pulak :P.

"Irfan takut tak?" aku tanya malam Sabtu sebelum dia nak tido. Kekononnya cuba nak mendalami hati anak aku tu la. Nampak relax semacam je.
"Takut sikit-sikit je." Dia tunjuk macho beb!

Paginya aku tanya lagi. Yang sebenarnya aku yang lebih-lebih gelabah. hehehehe .. maklumlah anak sulung. Yang pertama. Dah sunat ni maknanya anak aku dah besor ler kan. Dah jadi anak muda. A young man. No longer a kid. He's going to be 11, next year May.

"Macamana pagi ni."
"Takut jugak. Mesti sakit."
"InsyaAllah tak sakit sangat. Banyakkan zikir, ingatkan Allah. Ready sungguh ke ni?"
"Boleh la kot. Alif kan bu, dia kata dia takut tapi dah ready nak sunat sebab dia nak kawin."

hahahahahahhahahaha ....

"Alif bangga bu. Dia kata ada 2 girlfriend."

hahahahahhahahahaha .... adeh laaaaa ... itu cerita Irfan pasal adik sepupu suami aku yang sepatutnya dipanggil pakcik.

Kalau petang Sabtu depa seronok lepas bebas mandi hujan, pagi tu depa dimandikan dengan air limau. Kemudian disiapkan dengan pakaian baru, pelikat baru. Tapi Irfan tak mahu berpelikat baru. Dia nak pakai pelikat ayahnya. Melihat Irfan berkain pelikat dah nak buat aku sebak ... huwaaaaaa .. anak aku dah pakai kain pelikattttt!!!!

Suami aku kata aku tak payah ikut sekali ke klinik. Isyyyyy mana boleh!!! aku mesti ada sana. It's an important thing for me. I have to be there to witness my boy turning into a man.
Itulah kan ... lelaki ni ambil mudah je apa yang ibu ni rasa dan fikir kan kan kan. Jangan gitu, anak masuk jawi tu macam nak lepaskan anak dari pelukan seorang ibu tau. Mana tau lepas ni Irfan dah tak mahu dipeluk-peluk, dicium-cium. Kesian aku ... huhuhuhuhu

Dalam kereta Irfan banyak bermenung. Aku biarkan. Biar dia layan perasaan yang bercampur baur tu.

Jam 10 sampai ke klinik di pekan Tapah. Agak lama juga menunggu. Rupanya hari Ahad memang hari berkhatan 'sedunia'. Lima, enam orang budak-budak lelaki yang membondong kain pelikat lalu depan kami. Ada yang sengih, ada yang kelat, ada yang nak menangis, ada yang berkerut. Macam-macam reaksi muka.

Irfan, Alif dan Wan akan disunatkan secara moden. Guna Smart Clamp. Dikatakan ianya cepat, mudah, sakit yang minima, kurang pendarahan, tidak bernanah dan cepat sembuh. Clamp yang berbentuk cincin itu pun ada macam-macam saiz bergantung kepada errrr ... ehhh korang tau-tau je la kan :P ekekekkeke

Sementara menunggu tu, Wan si kecik debab tu pun bercerita tentang mimpi dia. Sadis sungguh mimpi yang mungkin juga idea imaginasi yang terlebih kreatif.

"Awan mimpi ... awan kena sunat dengan mesin potong rumput, alif sunat dengan parang, Irfan pulak dengan gergaji ... sakittttt ... darah memancut-mancut macam air paip. Betulllll ..."
Dipendekkan cerita, Alif masuk dulu. Abang-abang dia yang menemankan. Tak dengar eheh! pun. Dalam 15 minit, Alif keluar dengan sengih senget. Laju woooo dia jalan keluar sampai kena tegur dengan mak dia. ekekekekkeke

Pastu si mulut kecoh pulak masuk. Tiba-tiba dengar dia menjerit .. "Adoiiiiii! Sakitttt!!!! Makkkkk tolonggggg sakittttt!" hahahahhahahaha .. tu la .. orang yang kecoh selalunya yang penakut sebenarnya.

Lepas tu senyap. 10 minit lepas tu dia keluar dengan senyum lebar .. jalan laju macam takde apa-apa. Rupanya jeritan bukan pasal bersunat tapi pasal kena suntik ubat bius :P
Kata abang-abang dia, depa terpaksa tekan kepala Wan sebab sibuk nak nengok apa yang doktor tu buat. Pastu mulut tak abih bising tanya macam-macam .. pakai parang ke, pakai pisau ke, pakai mesin potong rumput ke .. ekekekkekeke

Tiba masa Irfan, ayah masuk sekali. Ibu nak masuk tapi rasa macam tak sopan la pulak kan. Buat segan je anak aku nanti. hehehhehe ...

Pun senyap. Ibu yang detak detuk. Sebak ... tak tau nak explain kenapa ... tapi itulah ... sebak je hati ni. Irfan keluar ... senyum jugak. Cuma dia lebih slow and steady masa berjalan ;) .. ibu sempat snap gambar lagi tu! heheheh .. pelik orang Tapah nengok aku! ekekekeke
Dipendekkan cerita yang sudah sedia panjang ... petang tu lepas Asar aku bersiap-siap nak balik. Irfan dan Zinnirah tinggal di Tapah untuk seminggu. Kalau bawak balik, Irfan kata nanti dia kebosanan. Sebab tu tinggalkan dia ... boleh la 3 orang muda itu berteman-teman dan membanding-banding. hehehhehe

Call tadi Irfan dengarnya ok. Cuma kerinduan katanya. Rindu ibu, ayah, Syabil, Nisaa' dan terutamanya Ali. Takpe ... hari jumaat ibu balik Tapah, insyaAllah. Kalau dah baik ... sebelum balik USJ ... ibu dengan ayah bawak mandi sungai kat Batu 7 ... errr kalau tak hujan lerr ... hehehehhe ...
Nota kecik-kenot:
Ohhhh ... anak ibu dah besar ... I'm missing my baby ... :(

Thursday, December 11, 2008

Positif ...

Positif. Memang sukar untuk berfikir secara positif jika dikelilingi juak-juak yang tidak positif. Apa lagi bila disogok perkara negatif didepan mata.

Kali ini aku cuba untuk berfikiran positif. Mana tahu sikap aku boleh berubah menjadi lebih baik terhadap orang lain. Tapi agak sukar untuk menjadi positif jika dilayan seperti tidak berharga.

Tidak mengapa ... layan sahaja.

Ohhh bercakap tentang Bukit Antarabangsa. Banyak perkara negatif yang terpa ditelinga. Naik bosan pun ya. Tapi, mari kita lihat dari sudut positif. Negara kita perlu dibangunkan. Bila berkata tentang pembangunan, kawasan perumahan dan perniagaan perlu diujudkan. Jadi peluang pekerjaan dan tempat tinggal yang sesuai dapat ditawarkan kepada rakyat.

Tidak salah membangunkan kawasan Hulu Klang/Bukit Antarabangsa itu. Bencana boleh berlaku dimana-mana pun atas kehendakNya. Bukan di Bukit Antarabangsa sahaja. Tapi apa usaha kita untuk memastikan apa pun musibah kita dapat menghadapinya dengan tenang tanpa tuding menuding?

Kenapa kita tidak mencontohi Hong Kong misalnya. Pulau itu muka buminya berbukit bukau juga, tapi jarang atau hampir tidak dengar tentang kisah tanah runtuh di sana. Apa kelebihan mereka berbanding kita?

Jepun pula. Ohh ... negara pulau itu sering dilanda gempa. Perkataan 'Tsunami' itu sendiri berasal dari sana. Gempa bukan kecil-kecil skala ritcher. Tapi bangunan-bangunan yang mereka bina tetap utuh. Tidak banyak yang runtuh menyembah bumi. Apa kelebihan mereka berbanding kita?

Mungkin kita alpa. Kita selalu riak. Ohhh ... gempa, tsunami, ribut tropika, puting beliung, dentuman gunung berapi .. semua itu tidak akan terjadi kepada kita. Kita berada diluar lingkaran bencana alam.

Sampai bila kita mahu berfikiran begitu? Allah, jika mahu menimpakan bala dan musibah, mudah sahaja ... Kun fayakun. Sekelip mata atau tak sempat mata berkelip, jadilah apa yang telah ditentukanNya.

Tapi adakalanya bila kita ditimpa musibah, kita lupa diri juga. Mula mahu merengek-rengek dan bertanya kenapa aku, bukan orang lain. Mulalah mahu dipujuk dan dirayu. Kononnya, aku sedang bersedih ni ... aku ditimpa musibah ... kasihanilah aku ... aku sedang susah. Bila perhatian diberi, senyap seketika. Hati mula senang, mungkin. Ohhh ... ramai yang menyokong aku. Aku tidak bersendirian.

Tiba masa diri sudah keluar dari musibah ... sudah kembali seperti sediakala ... apa lagaknya pula. Lupa segala pujukan. Lupa segala simpati. Ohhh ... aku sudah tidak perlukan semua itu lagi. Aku sudah temui apa yang menyenangkan hati.

Diharap mereka-mereka di Bukit Antarabangsa sedar diri mereka. Aku enggan lagi bicara tentang ini selepas ini. Aku hanya akan memerhati dari sudut sendiri. Melihat dan tersenyum sendiri. Senyum kelat atau senyum jijik. Terpulang pada apa yang dihidangkan ...

Ohhh ... rasanya bicara itu tadi sudah tidak positif. Lihat ... aku memang susah untuk positif. Sudah sebati. Positifku bila dengan orang-orang terdekat. Tapi sampai bila kan ... jadi aku perlu positif pada semua. Tidak boleh memilih-milih. Tidak baik ...

Pengakhiran bicaraku yang cuba jadi positif tapi kurang positif ... InsyaAllah ... mereka akan lebih menghargai :)

Wednesday, December 10, 2008

Macam-macam cerita ...

Macam-macam cerita.

Samada benar atau sekadar omongan penglipur lara semata. Ada yang kata anggota penyelamat dan petugas-petugas serta para sukarelawan yang terlibat di kawasan tragedi Bukit Antarabangsa habis disumpah seranah dek 'mangsa-mangsa' tragedi. Ada yang cakap, cara 'mangsa-mangsa' itu meminta tolong petugas-petugas dalam urusan mengangkut barang tak ubah seperti menyuruh kuli membuat kerja. Ada juga yang bilang, nasi-nasi bungkus yang disumbangkan untuk 'mangsa-mangsa' itu dibuang begitu sahaja tanpa dijamah. Ada yang cerita 'mangsa-mangsa' lebih rela memesan pizza melalui khidmat penghantaran dari menjamah nasi bungkus.

Macam-macam cerita.

Dengar cerita, sebuah tabung telah dibuka untuk mengumpul sumbangan untuk mereka yang terlibat dalam tragedi hari Sabtu itu. Dengarnya ramai juga para pemimpin menyumbang ribuan, malah berpuluh ribu ringgit untuk tabung itu. Baguslah. Memang prihatin pemimpin-pemimpin ni.

Aku bukan mempertikaikan musibah yang melanda mereka. Aku juga bukan berkata mereka itu tidak layak mendapat simpati masyarakat. Aku juga tidak akan kata mereka bodoh sebab beli hartanah di situ sedangkan sudah maklum kawasan itu sangat berisiko tinggi.

Pada aku, mereka masih lagi beruntung. Memang kediaman banglo mereka habis ranap. Begitu juga kereta-kereta mewah mereka. Harta benda jangan dikata. Memang tiada yang selamat. Pada yang terpaksa berpindah jenuh juga berfikir. Rumah terpaksa ditinggal. Hendak dijual siapa yang hendak membeli. Hutang di bank belum tentu sudah langsai.

Tapi mereka masih beruntung. Mereka dikategori golongan senang. Golongan berada. Pasti ada simpanan. Kalau tidak masakan ramai yang menetap di hotel. Jika golongan biasa-biasa yang ditimpa musibah begini, pasti ditawarkan menetap sementara di dewan orang ramai atau unit-unit PPRT terdekat. Tapi, mereka ditawarkan penginapan hotel dan diberi diskaun 50% oleh kerajaan negeri. Apa kelas hendak menetap di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Hulu Klang tu. Ya tak?

Bagaimana dengan belasan ribu mangsa banjir di belah pantai timur tanahair? Mereka pun ditimpa musibah juga. Harta benda pun banyak yang rosak. Bukan berada sangat pun. Ada tabung untuk mereka? Ada pampasan untuk mereka? Ada tawaran tinggal di hotel untuk mereka? Berminggu mereka bersesak di dewan orang ramai atau di bilik-bilik darjah sekolah. Nasi berlauk ikan masin pun sudah disyukuri teramat sangat.

AidilAdha pula disambut cukup meriah dan mewah. Sepadan dengan nama taman perumahan itu. Pihak hotel menaja makanan. Alhamdulillah ... merasa juga petugas-petugas yang bertungkus lumus bekerja, makan makanan yang disediakan chef hotel lima bintang. Patutnya semua hotel di Pantai Timur ikut jejak langkah kawan mereka itu. Taja makanan raya untuk mangsa-mangsa banjir. Ya tak? Apa pun, rezeki manusia berbeza-beza.

Banyak pula cerita.

Sudah hampir seminggu. Hampir setiap hari berita tentang Bukit Antarabangsa memonopoli setiap sudut akhbar dan laporan warta media elektronik. Dewan Rakyat turut membahaskannya. Hampir kesemua yang dilapor, perkara dan isu yang sama yang diulang-ulang sejak 15 tahun dulu. Sejak salah satu blok Highland Towers tumbang.

Tragedi banjir tidak mendapat perhatian besar. Alahhhh .... banjir tiap tahun melanda. Tanah runtuh di kawasan perumahan mewah bukannya selalu.
Hinggakan tragedi kemalangan maut di Tangkak yang mengorbankan 9 nyawa sebelum AidilAdha pun tidak cukup mendapat liputan. Alahhhh .... hari-hari ada yang mati sebab kemalangan. Apa yang hendak dihairan? Tanah runtuh yang melibatkan golongan VVIP bukannya setiap minggu terjadi.
Itu belum lagi tragedi tanah runtuh di Ulu Yam. 2 beradik meninggal. Rumah pun ranap juga. Alahhhh ... Ulu Yam ... nama pun sudah membantutkan selera. Ulu ... apa kelas jika mahu dibandingkan dengan Bukit yang begitu 'international' yang terletak di Hulu Klang. Lagipun sebuah rumah sahaja yang terlibat, bukan berbelas buah banglo. Ya tak?

Macam-macam cerita.

Ohhhh ... ada artikel ilmiah yang amat menarik tentang tugas para penyelamat ni. Sila-silalah baca di sini -->> http://oshthejourney.blogspot.com/2008/12/memahami-fungsi-dan-tugas-anggota.html

Monday, December 08, 2008

Apa ada pada mimpi ...

Apa ada pada mimpi
Mimpi kan mainan tidur
Ia datang dan ia pergi
Bangkit siang pergi berlalu pergi
Apa ada pada mimpi
Mimpi ini sayu
Mimpi yang satu ini berkata-kata
Tanpa kata ia berbicara
Sambil meniup angin sepoi-sepoi bahasa

Apa ada pada mimpi
Kali ini aku terkesima sendiri
Datangnya memang diundang
Bagi memberi jawapan pasti
Atas kekeliruan diri

Apa ada pada mimpi
Yang datang dua mimpi
Melambai-lambai membawa erti
Usah dibiar, ditinggal sendiri
Abadi kasih sayang disantuni

Apa ada pada mimpi
Aku akur dan aku akui
Mimpi ini aku lewati
Pasrah dan mensyukuri

Sunday, December 07, 2008

Sejarah dan Hikmah Qurban ...

Qurban wajib bagi orang yang mampu atau berkemampuan tetapi apabila tidak melaksanakannya, Nabi Muhammad saw mengingatkan :"Barang siapa yang sudah mampu dan mempunyai kesanggupan tapi tidak berqurban, maka dia jangan dekat-dekat ke mushala-ku."
Hadis tersebut merupakan sindiran bagi orang-orang yang mampu dan banyak harta tetapi tidak mahu berqurban.

Sejarah qurban dibagi kepada tiga, yaitu: zaman Nabi Adam As; zaman Nabi Ibrahim As; dan pada zaman Nabi Muhammad saw.


Zaman Nabi Adam As.
Ketika zaman Nabi Adam As, qurban dilaksanakan oleh putra-putranya yang bernama Qabil dan Habil. Kekayaan yang dimiliki oleh Qabil mewakili kelompok petani, sedang Habil mewakili kelompok penternak. Ketika itu sudah mula ada perintah, siapa yang memiliki harta banyak maka sebahagian hartanya dikeluarkan untuk qurban.

Sebagai petani si Qabil mengeluarkan qurbannya dari hasil pertaniannya dan sebagai peternak si Habil mengeluarkan haiwan-haiwan peliharaanya untuk qurban. Diterangkan dalam sejarah, harta yang diqurbankan itu disimpan di suatu tempat yaitu di Padang Arafah. Qabil dan Habil mempunyai sifat yang berbeza. Si Habil mengeluarkan haiwan yang diqurbankan dengan tulus ikhlas yang mana haiwan yang dipilih gemuk dan sihat. Manakala si Qabil, memilih buah-buahan yang busuk.

Ketika keduanya melaksanakan qurban, ternyata yang habis adalah qurban yang dikeluarkan oleh si Habil sementara buah-buahan yang dikeluarkan si Qabil tetap utuh, tidak berkurang.

Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran surah Al-Maidah ayat 27 : "Ceritakan kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil), Ia berkata : "Aku pasti membunuhmu!" Berkata Habil " Sesungguhnya Allah hanya menerima (kurban) dari orang-orang yang bertakwa".

Qurban si Habil di terima Allah SWT kerana dia mengeluarkan sebagian hartanya yang bagus-bagus dan dikeluarkan dengan tulus dan ikhlas. Sementara si Qabil mengeluarkan sebagian harta yang tidak baik dan secara terpaksa.

Zaman Nabi Ibrahim As
Ketika Nabi Ibrahim berusia 100 tahun beliau belum juga dikurnia putra oleh Allah dan beliau selalu berdoa:" Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang saleh".

Kemudian dari isterinya yang kedua yakni Siti Hajar yang dinikahinya ketika Nabi Ibrahim mengadakan silaturahmi ke Mesir (setiap kedatangan pembesar diberi hadiah seorang isteri yang cantik oleh pembesar Mesir). Dari Siti Hajar lahirlah seorang putra yang kemudian diberi nama Islam, ia lahir di tengah-tengah padang pasir yang kemudian dikenali sebagai Mekkah.

Pada saat Nabi Ibrahim diberi petunjuk oleh Allah agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dengan seorang putranya, Ismail, baginda meninggalkan beberapa potong roti dan sebuah guci berisi air untuk Siti Hajar dan Ismail. Pada waktu Siti Hajar kehabisan makanan dan air, dia melihat disebelah timur ada air yang ternyata adalah fatamorgana yaitu di Bukit Sofa. Di situ Ismail ditinggalkan dan Siti Hajar naik Ke Bukit Marwah serta kembali ke Sofa sampai berulang tujuh kali, tapi tidak juga mendapatkan air sampai ai kembali ke Bukit Marwah yang terakhir.

Ismail yang kehausan menendang-nendang tanah yang tiba-tiba keluar air dari dalam tanah. Siti Hajar berlari kebawah sambil berteriak kegirangan: "zami-zami?" itulah kemudian tempat itu dinamakan Perigi Zam-zam.

Nabi Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim yang berada di Yerusalem, sampai Nabi Ismail menjelang remaja. Kemudian di Yerusalem ternyata Siti Sarah hamil melahirkan seorang putra yang diberi nama Ishak. Nabi Ibrahim diperintahkan lagi oleh Allah untuk kembali ke Mekkah untuk menziarahi isteri dan anaknya yang pertama yaitu Nabi Ismail, yang sudah mulai meningkat dewasa.

Dalam suatu riwayat kira-kira berusia 6-7 tahun. Sejak dilahirkan sampai besar, Nabi Ismail menjadi kesayangan. Tiba-tiba Allah memberi ujian kepadanya, sebagaimana firman Allah dalam surah Ash Shaffaat : 102 : "Maka tatkala sampai (pada usia sanggup atau cukup) berusaha bersama Ibrahim, Ibrahim berkata : Hai anakku aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu " Ia menjawab: "hai bapaku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

Asbabun Nujul atau latar belakang sejarahnya ketika Nabi Ibrahim bermimpi (ru'yal Haq). Dalam mimpinya, baginda mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih putranya Nabi Ismail. Ketika di singgah di Mina dalam perjalanan untuk ke Mekah bertemu isteri dan anaknya, baginda sekali lagi bermimpi. Mimpi yang sama. Demikian juga ketika di Arafah. Malamnya di Mina, masih bermimpi yang sama juga.

Ibrahim kemudian mengajak putranya Nabi Ismail, kira-kira antara ratusan meter dari tempat tinggalnya (Mina). Baru lebih kurang 70-80 meter berjalan, syaitan menggoda isterinya Siti Hajar: "Ya Hajar! Apakah benar suamimu yang membawa parang akan menyembelih anakmu Ismail ?". Akhirnya Siti Hajar, sambil berteriak: "Ya Ibrahim, ya Ibrahim mau dibawa kemana anakku?" Tapi Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah Allah SWT.

Ditempat itulah dimana pada tanggal 10 bulan Dzulhijjah bagi jemaah haji disuruh melempar batu dengan membaca : Bismillahi Allahu Akbar. Hal tersebut mengandung maksud bahwa kita melempar syaitan atau sifat-sifat syaitan yang ada di dalam diri kita.

Akhirnya tibalah mereka di Jabal Qurban kira-kira 200 meter dari tempat tinggal Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, sebagaimana di firmankan oleh Allah didalam surat ASH-Shaffaat ayat 103-107: "Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik". Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar ".


Zaman Nabi Muhammad saw
Masalah qurban diceritakan kembali yaitu di dalam surah Al-Kautsar ayat 1-3 : "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berqurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus". Berbicara tentang kenikmatan, Allah mengingatkan: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu menghitungnya" (QS:Ibrahim: 34).

-----------------------------------

Aku ni sepatutnya tengah mengemas, tapi dok mengodek blog la pulak. Tapi itulah dianya .... malas la sungguh. Maklumlah sendirian berhad .. semua buat sendiri. Kalau ada teman tu meriah ler sikit. Anak dara dah tido la pulak.
Esok nak raya, sarung sofa tak tukar lagi. Memang dah kena tukar sangat la tu sebab dah macam-macam peta ada. Langsir pulak ... aku dok pikir ... nak ditukar ke idak. Kalau tak tukar kang macam tak sedondon ler pulak. Langsir warna merah pekat dengan sarung sofa warna kuning ... ekekekkeke :P
Pastu nak kena mop lantai. Nak masak kuah kacang daging. Nasib ketupatnya udah direbus siang tadi. Lodehnya esok lepas subuh je la aku masak. Kalau terlebih rajin, buat sambal tumis ikan bilis.
Rendang tak buat kot sebab cik abang kata dia nak bawak balik rendang dari surau. Ok gak kan .. tak payah nak tunggu rendang lama-lama atas dapur. Boleh gak tido awal. huhuhuhu ...

Alahaiiiii ... malasnya nak mula ...

Apa pun ... Selamat IdulAdha pada kamu semua .. sahabat alam maya ini. Semoga ibadat dan qurban kita diterima Allah s.w.t.

Saturday, December 06, 2008

Massive landslide ...




pics taken from http://gallery.thestar.com.my/
Updated:
So far the coverage of the landslide tragedy has been quite extensive from both mainstream and alternative media, as well as bloggers. To bad tvpas did not have a single report on the incident. Whatever happened to the webtv?
The power-to-be has came out with ENOUGH-IS-ENOUGH and NO-MORE-HILLSIDE-DEVELOPMENT statements. I don't know whether to feel relieved or laugh out loud at those 'new' rulings. I have heard them a hundred time.

Personally, the tragedy has in a way sealed my decision towards a not-so-attractive offer. I'm relieved. Alhamdulillah.

-----------

To date, it was reported and confirmed that 4 people has died in the massive landslide in Bukit Antarabangsa. Among the deceased, a 2 months old baby. 8 other still missing, 14 injured. The landslide involved 14 houses.

When I heard the news, i feel goosebumps. It really brought back the memory of Highland Towers (November, 1993) and few other similar incidents in the landslide prone area. May Allah be with all the victims.

Politically, this will be the ultimate test for MB Tan Sri Khalid Ibrahim. Hopefully, there would be no more nonsense coming out from the horse's mouth.

I am still waiting for photos or visuals . Wonder what happened? The incident occured at 4am and up till now, there's still no single pics available on the any web news portals. And what happened to visuals on TV? It has been 5 hours!!

Monday, December 01, 2008

Maka bulan dan bintang pun tersenyum ...

Tadi .. masa nak pergi jemput Syabil dari kelas. Dari dalam kereta, di belah kiri .. terlihat sebuah wajah manis sedang tersenyum. Sangat comel. Aku jadi jatuh cinta sangat-sangat. Wajah itu satu dalam ratusan juta. MasyaAllah, tiada tolok tandingnya indahnya wajah itu.

Aku patah balik. Aku panggil Abang dan Kakak. Suruh keluar dan masuk kereta. CEPAT! aku kata. Gelabah la jugak. Kenapa la ibu seolah orang gila. hehehehe

Aku pandu dan suruh abang dan kakak tengok ke kiri. Mereka nampak wajah ceria yang tersenyum itu. Mereka kata mereka dah tau .. dari berita. "Cantik sangatlah .. kan ibu."

Yang bersinar belah kiri tu Jupiter

Yang bersinar belah kanan tu Venus

Yang bibir tersenyum manis itu bulan

Di sini, di Autralia, di Nepal, di Thai ... semua nampak wajah senyum itu.
Tapi di sana, di Eropah, di Amerika ... yang nampak hanya wajah suram sedih (terbalik).

Ohhh .. rupanya 10 tahun lalu ada juga fenomena ini.
April 1998.
Cuma yang berbeza .. bukan senyuman :), tapi kesedihan :(

updated 3/11/08: image taken from http://www.flickr.com/photos/shywriter55/3075228373/in/pool-911908@N25 without permission :D

Nanti nak cari maklumat macamana jupiter dan venus yang masing-masing sangat kontra kedudukannya dari bumi, satu di depan dan satu lagi di belakang bumi ... boleh nampak sedemikian. Senang nak jelaskan kat anak-anak nanti :)

Kun fayakun. Itulah kebesaran Allah.

Nota kecik-kenot:

Gambar2 tu dari blog kujie (nanti cari semula linknya) dan dari web sydney observatory

Thursday, November 27, 2008

A,B,C,D ...

A

HUJAN

Bila hujan malam-malam macam ni ... sangat seronok bergebar tebal sambil baca buku berunsurkan melankolik, love story. hahahahhaa ... lama kaedahnya aku tak praktikkan. Pastu ditemani secangkir nescafe atau koko panas. Milo tak cukup kick. Perlu minuman koko yang dibancuh sendiri.

Seronok juga kalau dapat menghirup sup tomyam atau ayam panas-panas. Tapi yang paling nikmat ... semangkuk megi kari atau tomyam super duper pedas yang dicampur cili padi, sayur-sayuran, cendawan, ayam atau daging dan telur yang dipecahkan. YUmmmmmm .... Ahhhhhhh asyikkkkk ....


B

KANVAS
Anak itu adalah anugerah Allah yang umpama sekeping kanvas putih untuk ibubapa corakkan mengikut kehendak naluri atau agama.

Sepetang di sebuah pasaraya besar di Shah Alam. Anak-anak seronok bermain ditaman permainan di dalam pasaraya. Terlihat aku kelibat seorang anak lelaki. Dalam lingkungan 5 tahun mungkin. Sawo matang. Berbahasa Melayu jadi Melayu bangsanya. Islam, sudah tentu sebab ini Malaya. Bercelana denim pendek. Ranggi penampilannya. Lasak dan cergas. Rambutnya mengikut perkembangan fesyen dan zaman. Tegak-tegak. Macam Naruto pun ada.

Ahhhh ... sebutir anting-anting kecil permata biru di cuping telinga kiri. Ohhh bukan pada telinga ibunya. Di telinga anak itu.

Ahhhh ... bergelang perak juga. Di leher, ada rantai ... perak juga. Agak besar.

Terasa anak-anak aku kelihatan amat 'kolot' dan tidak mengikuti peralihan zaman :P

C

BENDERA

Jalan-jalan utama ke arah Stadium Malawati, Shah Alam sudah penuh dengan bendera. Warna biru dan putih .. biru latarnya, lebamnya putih pula. Ohh .. bendera negara Si Jalur Gemilang pun ada juga.

Aku tenung. Aku telek. Aku perhati. Ehhhh ... tak ada la. Patutnya ada.

Ohhh ... lupa. Dah jadi parti yang memerintah, tak perlu lagi ikut peraturan. Kalau dulu bising disuruh bendera merah keris diturunkan sepanjang Lebuh Mahameru tiap kali nak bersidang bersembang bertemberang. Kononnya tidak dapat izin dan permit pihak berkuasa kota. Kini?

Ohhh ... tidak mengapa. Mereka boleh, kenapa kita tidak? Kalau tak boleh, mana aci kan? Betul? hehehehehehe ...

D

MAIN
Dung Dang Dung Dang. Seawal pagi sudah kedengaran. Bunyi lantunan bola yang disepak mengena dinding. Ditegur. Keluar dia. Bersambung bunyi bingit itu diluar rumah pula. Tiba-tiba senyap. Ohhh ... sudah di tepi pagar. Elok mencangkuk. Di tangan ada alat segi empat berwarna biru. Kedua-dua ibu jari begitu pantas bergerak. 10 min. 15 min. 30 min. 1 jam. Tidak bergerak. Setia bercangkung. Asyik. Tanik. Sekali-kala berbalas sembang dengan rakan disebelah pagar. Juga bercangkung. Asyik dengan alat yang hampir sama tapi berlainan warna. Bertukar-tukar pendapat mereka.

Dipanggil. Tidak menyahut. 3, 4, 5, 6 kali. Suara memanggil sudah meninggi. Akhirnya menyahut. Nanti, katanya. Kejappppp je. 15 min masih berteleku begitu. Dipanggil lagi. Kali ini dengan sedikit ugutan. Ahhhh .. baru bergerak. Muka kelat. Nyata tidak puas hati. Dipanggil bukan untuk membantu kerja-kerja yang ada, tapi untuk makan.

Selesai makan ... dalam diam keluar semula. Maklumlah sang singa sudah ke dapur menyambung kerja yang tak pernah langsai. Sampai ke tengahari begitu lah. Jika dibiarkan, tak makan tengahari pun tidak berkeroncong perutnya.

Dibiar ... terus hilang dari kawasan rumah. Sudah kesebelah rupanya. Hmmmm .... boleh bawa ke petang jika tidak ditegur.

Disuruh balik. Berteleku di muka pintu. Tak sampai hati. Disuruh naik ke atas. Godek pula komputer di atas mencari game. Berjam pun tak mengapa.

Begitulah. Pening. Tidak dibagi, muka kelat. Bila dibagi, ambil kesempatan melampau pula. Katanya, orang tu ada itu, ada ini. Orang tuanya tidak kisah pun main sampai bila pun. Malah orang tuanya main sama.

Aku kata ... bukan tidak mahu dibelikan. Aku kenal anak aku. Hak orang sudah lalai jadinya. Apatah lagi jika sudah memiliki sendiri. Apa akan jadi?

Bila ditegur .. dibebel sedikit ... kelat, masam muka. Bosan katanya. Aku kata, dulu sebelum kenal permainan itu, tiada perkataan bosan dalam kamus hidup. Pandai pula berkreatif melukis, membuat word puzzle sendiri, mewarna, berimaginasi, berorigami, berkebun, mencari belalang. Macam-macam aktiviti pandai direncana.

Kini? Terus sudah tidak pandai. Terus mati akal. Sengaja buat perangai supaya ibu kata .. takpelah .. pergilah keluar main game.

Macamana keputusan periksa tak begitu memberangsangkan. Bila keputusan begitu, tahu pula muka sedih. Tapi, usaha makin kurang walaupun hari-hari diingatkan. Sudahnya aku diam, hanya mengingatkan sekali-sekala.

Anak ibu sayang,
Sekarang kamu bosan. Kamu bentak. Kamu lawan. Walaupun kamu kata kamu tidak bermaksud berbuat demikian. Kamu kata buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Nak itu tak boleh, nak ini tak boleh. Itu tak ada, ini tak ada. Orang lain buat boleh, kenapa kamu tak boleh.

Sudah ibu jelaskan. Sudah ibu rasionalkan. Tapi minda kamu sukar menerima walaupun kamu tahu ada logiknya. Ibu tahu jiwa kamu kini sedang memberontak. Kamu mahu seperti apa yang orang lain ada.

Fahamilah ... setiap keputusan ibu, setiap bebelan, setiap nasihat ibu ... semuanya untuk kebaikan kamu. Sekarang kamu nampak keburukan ibu. Ibu tidak sporting. Tapi bila ibu sporting, kamu pula lain bicara.

Ibu hanya kamu menjadi manusia yang kenal Allah, kenal Rasul, kenal Agama. Itu panduan hidup kamu. Penyuluh terang jalan kamu. Penjaga kamu bila ayah dan ibu sudah tiada. Supaya kamu tidak sesat dan lalai. Hiburan sekali sekala tidak mengapa tapi jangan sampai lalai, sayang. Jangan hiburan pula menjadi makan minum kamu.

Kamu kata susah menjadi abang. Banyak tanggungjawab. Kena jaga adik-adik. Kena lindungi adik-adik. Ahhhh .. sayang. Itulah kelebihan dan keistimewaan kamu yang kamu hanya akan tahu bila kamu sudah mengerti nanti.

Ibu sayang teramat sangat pada kamu. Ibu takut kamu lalai. Kamu conth pada adik-adik. Adik-adik pandang tinggi kamu. Mereka sayang kamu.

Kamu pandai. Kamu bijak. Kamu berakal. Ibu tahu kamu tahu mana yang baik, mana yang buruk. Doa ibu hanya yang terbaik untuk kamu, sayang.
Nota kecik-kenot:
Gambar-gambar hiasan diatas adalah dicari dan diambil tanpa izin dari simpanan gambar yang banyak oleh Cik Google. Terima Kasih Daun Keladi, Nak Guna Nanti, Gua Curi Lagi. Muahahahahahah :P

Wednesday, November 26, 2008

Manusia apa AKU ....

Ada masanya aku terfikir. Adakah aku seorang manusia yang baik? Manusia yang membawa kebaikan kepada orang-orang disekelilingnya. Atau sekadar membawa kebengangan kepada orang lain sedar atau tanpa disedarinya. Dan mana tahu, secara tidak sedar aku bisa membawa ketenangan dan kebahagiaan pada orang lain pula.

Aku boleh jadi manusia yang sangat baik pada keluarga dan kawan. Aku boleh jadi manusia yang paling pelindung. Aku boleh jadi manusia yang paling sabar. Aku boleh jadi manusia yang paling bertimbang rasa. Aku boleh jadi manusia yang paling mendengar segala kegundahan dan kegelisahan. Aku boleh jadi manusia yang paling sopan dan santun. Aku bisa juga jadi manusia yang paling adil dan baik sangka. Aku boleh jadi manusia yang paling penyenyap.

Aku boleh juga jadi manusia yang paling jahat. Aku boleh jadi manusia yang punyai mulut yang tiada lesen atau insuran. Aku boleh sahaja jadi manusia yang punyai jari-jemari yang menaip lebih laju dari akal waras. Aku juga boleh jadi manusia yang paling tidak stabil. Aku bisa sahaja menjadi manusia yang pemarah. Aku sudah pasti boleh menjadi manusia yang paling tidak adil. Aku boleh menjadi manusia yang paling sinikal dan prejudis. Aku juga boleh jadi manusia yang amat lantang.

Siapa AKU?

Terpulang pada yang mengenali dan yang tidak mengenali untuk meletak tafsiran tentang aku. Hipokritkah manusia AKU ini? Mungkin juga. Lagipun kata hipokrit itu terlalu 'overrated' ditengah-tengah dunia yang serba lakonan ini. Mana ada manusia di zaman ini yang tidak hipokrit? Siapa AKU terpulang juga pada hormon-hormon yang bercelaru di badan ini dan dengan siapa AKU berdepan.

Apa pun. AKU inilah seadanya. Tidak sempurna. Sangat jauh dari sempurna.

Penghibur ...

Baaaa Cakkkk! (Ali suka main bawah meja)

Eeeeiiiiiii .... (Tunjuk gigi 3 batang)


Ichak nak sholat la .... Apa engok-engok!?




Sayanggggg Sabin ....


Sayangggg Ali ....

Monday, November 24, 2008

Haram jadah ...

Berita NTV7 jam 7pm tadi. Buat aku menyesal tonton berita. Ingatkan tak ada la berita-berita yang boleh menoreh hati aku ... setakat berita-berita politik bengong tu aku boleh tahan lagi. Tapi berita tadi buat aku betul-betul rasa macam nak ^&#^&*$(#)&%&**^^$^ dan bom apa-apa yang sewaktu dengannya.

Manusia yang satu ni memang layak je aku panggil keling paria. Sungguh. Konon nak jadi jagoan kaum dia. Aku tak kisah dia nak perjuangkan apa pun demi kepentingan kaum dia dalam negara ni selayaknya sebagai seorang warganegara. Antara dapat dengan tidak je. Itu belakang kira.

Tapi JANGAN sibuk dengan agama aku. FULL STOP!

Celaka. Sampai nak jumpa Bapak Islam Hadhari kononnya nak bincang pasal pengharaman yoga dikalangan umat Islam. Apa kejadahnya!? Kononnya perkataan HARAM tu dah timbulkan kekeliruan dikalangan kaum dia. Apa kejadahnya?!

cilok kat google je ni ....

HARAM tu untuk aku, kami. HARAM tu bukan untuk korang la. Kalau semua kaum seagama korang nak tunggang terbalik terkangkang terkoyak terliuk lentok segala buat yoga tu, buat sangat la. Bukan HARAM untuk korang pun. Korang buat kuil merata ada kami bising? Korang tak ramai mana tapi kuil korang sama banyak pulak dengan surau masjid kami. Ada kami kecoh?

HARAM yoga itu, sama la dengan HARAMnya babi, arak, judi, rasuah. Apa yang nak kelirunya?! Bodoh ke apa?!

Pastu ada pulak negeri yang suruh majlis agama depa kaji pulak fatwa yang diperingkat nasional tu. hahahahah lawak ke apa?! Apa jadi dengan Hassan Ali? Hang dengan semua kat SUK tu nak buat sesi yoga secara berjemaah ke?

Pastu ada pulak kononnya kelompok bekas pesakit kanser Muslim yang kononnya bingung sebab selama depa dah amalkan yoga ni untuk pulih sepenuhnya. Adehhhhh ... dah boleh jatuh syirik ni pada pendapat aku. Yang bagi sembuh .. tu yang SATU tu .... ALLAH s.w.t. ... bukan yoga.

Banyak lagi jenis senaman yang tak melibatkan aktiviti fizikal yang menyusah dan membebankan pada yang tak mampu. Antara nak dengan tak je.

Haram jadah! Marah sungguh aku ni!

Nota kecik-kenot:
Perhimpunan anti-ISA kat padang tak bagi, kata haram, habis ditangkap segala. Yang mangkuk-mangkuk berarak kat tepi jalan sebab pertahan ISA idak pulak dikacau! Halal pulak! Haram jadah jugak la tu!

Updated:
Nota keras-keris:
pada-pada yang berkenaan,errr pada yang tetiba aku nengok ramai dok baca entri ni ... sila kan baca ek ... walaupun korang datang dari sumber yang tak mintak izin nak publish entri ni kat sinun. mesti banyak fulus masuk tu. buat duit dari entri2 orang. huhuhuhu ...
kalau sedekah sikit kat aku yang banyak anak ni ada gak baiknya, bagi beras ke ... dapat pahala. ni pantang dok citer maki hamun laju je amik masuk blog ... tak mintak izin plak tu dari mak orang ni. isyyyy .. tak patut tu.
aku bukan tak suka .. tapi courtesy la .. tanya la dulu ... kalau tanya mesti aku izin la. aku ni kan ke mak orang .. bengang2 pun tapi kalau dimintak cara baik .. mak mana yang tak bagi? cer bagi tau sikit?!
dah banyak kali ni .. dulu2 aku diam je .. sekarang takan nak diam je kot. hehehhehekalau dok sumbang sikit komen kongsi2 pendapat sedap gakkkk hati mak orang ni ...hahahahhaa
gelak ada makna tau! hhaahahahha

Astagfirrullahhalazimmmm.....

Friday, November 21, 2008

Baju oren, Ihtifal, Konvo, Rewang, Semadi, Penat ...

Sepanjang sepuluh hari tidak berblog adalah hari-hari yang sungguh sibuk. Sibuk dengan kerja dan sibuk dengan aktiviti sosial bersama anak-anak dan keluarga. (AWAS! Entri ini adalah panjang ..)

Rabu malam minggu lepas. Zinnirah tanya. Ibu tau tak PKNS dan tau tak kompleks PKNS kat mana. Ibu kata tau dan tanya kenapa tanya. Zinnirah kata, "ohhhh kakak nak beli baju." Adehhhhh .. anak dara aku pandai minta belikan baju. Aku yang dah kahwin 11 tahun dengan ayah dia pun tak pernah minta beli baju. hehehhehe :p

Zinnirah kata nak beli baju kurung atau jubah oren khas untuk persembahan masa Majlis Ihtifal sekolah. Katanya, cikgu tak benarkan ikut serta persembahan kalau tak pakai baju oren. Wahhhh ... sangat kijam! Tapi demi anak, aku turutkan kehendak kakak. Nanti merajuk, tak kuasa aku nak pujuk. hehehehehe ...

Jadi, pagi Khamis, ibu telah ke kedai kain di Subang Jaya cari kain ela warna oren. Dapatlah yang murah. Kain bertanah putih dengan bunga-bunga besar warna oren. Terus hantar rumah Mak Ngah yang memang terima tempahan buat baju. Dah call awal-awal mintak terima tempahan kecemasan cucu sedara dia.
Jumaat tengahari lepas hantar Syabil ke Taski, kami bergegas ke rumah Mak Ngah. Jubah kakak dah siap. Wahhhh ... cantik bila dah jadi baju. Sangattttt oren anak dara aku. Terus pakai .. elok padan tak perlu ubah apa-apa. Yang paling best ... tak payah bayar upah jahit. Mak Ngah hadiahkan kat Zinnirah baju tu. Kemudian terus hantar ke sekolah sebab Zinnirah dan Irfan akan ke lokasi Ihtifal dengan rombongan sekolah.

Irfan dan Zinnirah yang berjubah oren baru, di perkarangan sekolah.
Malamnya, aku dengan Syabil, Nisaa' dan Ali ke Majlis Ihtifal abang dan kakak. Wahhh memang ramai ibubapa dan keluarga yang hadir. Aku juga sorang dengan anak-anak. Ayah ada meeting di PD yang tak boleh ditangguh. Cuak jugak ... hehehhehe. Mujur la aku dah biasa kemana-mana dengan anak-anak secara sendirian berhad. Kalau tak .. jenuh jugak nak jaga, layan anak-anak yang sedang melasak ni.
Kakak bergembira dengan jubah oren ... buat persembahan dengan kawan-kawan diatas pentas. Irfan pun sama seronok dengan kawan-kawan. Tahun ni kakak dan abang tak dapat hadiah. huhuhuhu ... keputusan mereka kurang menarik sebab banyak main. hehehhehe


Sampai rumah dari Ihtifal .. jam 12 tengahmalam. Ohhh sangat penat.

Esoknya ... pagi-pagi dah keluar sarapan di luar sebab tak sempat buat sarapan. Lepas sarapan, terus ke dewan Sek 11, Shah Alam. Majlis konvo Syabil Iman. Dah habis taska dia. Tahun depan masuk darjah 1. Ohhhh sorang lagi anak ibu dah makin dewasa. Adehhhhh ...

huh! pedulik ngan chemua owang .... ichak nak susun botol ni manyak-manyak ...

Selesai majlis konvo hampir jam 1 petang, kami terus ke Hospital Serdang. Ya. Keluarga Shaari bertambah lagi seorang. Adik yang lelaki selamat dikurniakan anak sulung. Widad Hafzan diberi nama. (ohhhh nama manja Nisaa' tu :D)


Dan ohhhh ... mata sepet juga :D dan dia adalah lelaki walaupun nama seakan perempuan. ;)


Ini cucu-cucu En. Shaari Mohd Yunus.

Dari hospital, aku ingatkan nak balik terus tapi aku terus lencong ke Putrajaya. Bawak anak-anak rewang sana kejap. Takde niat nak turun dari kereta pun. Cuma bawa ronda dan lihat kota pentadbiran negara tu dari dalam kereta sahaja. Lagi pun cuaca hujan rebas. Tapi, anak-anak nak turun jugak sebab nak bergambar berlatarkan Masjid Merah Jambu. Teruja sangat tengok Jambatan Wawasan. Nantilah ... ibu janji ibu akan bawa ke sana lagi. Masa tu kita akan berkelah ok?! hehehhe



Dari Putrajaya, sekali lagi ingat nak balik terus sebab semuanya dah kepenatan. Penat yang semalamnya pun tak hilang lagi. Tapi masa lalu Putra Heights, aku teringat mak. Mak ada kat sebelah je. Jadi, aku buat pusingan U, terus menghala ke Persemadian Mak.
Kami bacakan Al-Fatehah. Bacakan doa. Irfan tiba-tiba sebak. Dia nangis. Irfan rindu nenek, mungkin. Dia tanya ... "Ibu, kenapa Irfan sedih pastu nangis?" Aku kata, mungkin sebab Irfan rindu nenek dan Irfan kan cucu sulung nenek yang nenek sayang. :)

Kami pun pulang. Hampir senja.

Ibu masak. Makan. Anak-anak kepenatan dan tidur.
Ibu penat, tapi ibu tak tido. Ibu sambung kerja ...

Thursday, November 20, 2008

Ronda-ronda Pulau Ketam

Ke mana ya cuti sekolah ni? Pasti ramai yang bercuti di tempat peranginan indah-indah di dalam dan luar negara. Ada yang ke Langkawi, Pangkor, Pantai timur, Sabah, Sarawak, balik kampung dan sebagainya.

Aku tidak mampu lagi setakat ni nak bawak anak-anak ke tempat yang mungkin akan melenyapkan beberapa ribu ringgit Malaysia. Aku lebih suka bersikap realist. Tahun depan, seorang lagi akan masuk sekolah 'betul'. Banyak wang yang perlu digunakan. Mana dengan perkakas sekolah, buku-buku, baju, yuran dan macam-macam lagi.
Jadi, Pulau Ketam destinasi ronda-ronda sehari kami.
Ya Ya. Apa la yang ada kat Pulau Ketam tu kan kan kan? Bukan boleh bermandi manda pun. Tapi anak-anak aku gembira dapat naik komuter, bot feri, berlari atas jeti dan lorong-lorong comel di sekitar pulau nelayan itu, mengira berapa ekor helang yang berterbangan, melihat aksi orang mengail ikan belanak dan menghirup udara nyaman laut tanpa sebarang pencemaran.
Jom layan gambar.
Kami naik bot feri ni dari Port Klang. Dekat je jeti dari stesen komuter Port Klang. Sejuk air-cond diaaa ... Tu tengah posing dalam bot feri sambil makan jajan.
"Selamat Datang di Balai Islam Pulau Ketam" untuk tetamu yang singgah. Bersih tempatnya. Banyak risalah tentang Islam dalam 2 bahasa utama - BM dan BC. Balai Islam ni 2 tingkat. Tingkat bawah digunakan untuk aktiviti kariah. Tingkat atas, surau. Kalau ada yang nak pergi ke Pulau Ketam, elok bawa air sama dalam sebotol dua (Bukan air minum). Sebab catuan air memang selalu dibuat di sini. Kalau tak ada pulak kencing tak cebok .. hahahhaa
Meninggalkan jejak di buku tetamu. Jejak yang aku tinggalkan masa aku ke sana dulu entah kat mana. Selak banyak kali mencari dalam buku tu tapi tak berjumpa.

Pekan kecil Pulau Ketam. Penuh dengan kedai makan yang makanannya kita tak boleh nak makan. Ada balai polis, ada balai bomba, ada pejabat alam flora dan syabas, ada klinik kerajaan. Pusat khidmat masyarakat YB pun ada. Tu kat sebelah restoran (hehehehehe tak masuk dalam gambor rupanya).
Yang pasti, bersih tempat ni. Sepanjang kami berjalan di lorong-lorong kecil tu, takde satu pun sampah berterabur di sana sini. (Tapi pendapat yang sama tidak aku kongsi untuk pesisir pantainya yang berbatu dan berlumpur :( )
Masa aku ke sana lebih kurang 4 tahun dulu, memang tiada langsung kedai makan untuk Muslim menjamu selera. Kena bawa bekal atau makan kenyang-kenyang di Port Klang sebelum ke sana. Tapi kali ni, ada sebuah kedai makan betul-betul bersebelahan Balai Islam. Anak muda dari Sabak Bernam yang berkhidmat sebagai guru di pulau berkenaan mengusahakan kedai makan dua tingkat ini sejak awal tahun ini bersama teman-teman. Katanya tingkat atas akan dibuat motel untuk pengunjung Muslim.
Kedai ini cuma dibuka di waktu petang dalam 3pm hingga ke malam. Menjual burger, roti canai, nasi lemak, mee kari dan minuman. Semua menu mengikut kesukaan masyarakat setempat. Kata pemuda itu, kedai-kedai makan terdahulu yang diusaha Muslim tidak dapat bertahan kerana menjual makanan tidak mengikut selera masyarakat setempat. Baru aku tahu, masyarakat Cina Pulau Ketam tak suka makan tomyam dan makanan yang seangkatan dengannya. Lagi pun kat sana banyak kedai makan untuk kaum itu. Jadi perlu ikut selera mereka kalau mahu bertahan.

Bot pengangkut barang. Segala jenis barangan harian dipunggah di jeti ni setiap hari. Tepung, beras, gula, telur, air mineral, buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai lagi. Diangkut dari jeti menggunakan kereta sorong. Untuk makluman, kenderaan bermotor adalah DILARANG sama sekali di Pulau Ketam. Basikal yang bermotor pun tak boleh. Jadi kenderaan rasmi di sini adalah basikal. Ya. Dikayuh oleh hampir semua penduduk disini. Maklumlah lorong-lorongnya sangat comel. Pengunjung boleh sewa basikal untuk ronda-ronda. RM5 satu basikal.

Berlatar belakangkan bot-bot dan perkampungan nelayan. Sangat mendamaikan. Kalau ada yang nak tour pulau pun ada khidmat jelajah pulau, hutan paya bakau dan kelong penternakan ikan. Boleh beli ikan segar bawa balik :)

Antara makhluk-makhluk Allah yang sempat 'ditangkap'.

Jeti Pulau Ketam. Damai kan? :)

InsyaAllah. Ada rezeki ... ditahun-tahun mendatang ... akan ke sana lagi :)
Nota kecik-kenot:
Hmmmm tengah fikir minggu depan nak bawak kemana pulak sebelum 'diangkut' balik kampung untuk sesi 'cantas-mencantas'. hahahhahaha