Wednesday, December 12, 2007

Heboh! ...

"Assalamualaikum Dato'. Diharap dato' sedang berehat dengan tenang di malam Ahad ini kerana sebagai penduduk, saya kesal dengan gangguan dari konsert di stadium malam ini. Saya menetap di Jalan Batu 3, berhampiran sekolah teknik. Bunyi dari konsert boleh didengar hingga ke dalam rumah walaupun semua tingkap dan pintu tertutup rapat. Amat menyedihkan kerajaan negeri membenarkan kacau ganggu sebegini atas nama 'hiburan' keluarga. Tahniah buat kerajaan negeri maju - Puan H*****a"

Itu isi kandungan sms yang aku kirimkan khas untuk Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Ramli Mahmud.

Mulanya nak berkirim sms terus pada Pak Menteri Besar tapi nombor handphone dia aku dah usirkan jauh-jauh dari memori sim card aku. Yang ada cuma nombor abang Ramli aku dengan Khairyn yang sorang ni. hehehhee

Begitulah ... Negari Maju ni sekarang dah semakin maju dan makmur dengan pelbagai hiburan untuk keluarga. Heboh dan kecoh. Sampaikan aku yang kat dalam bilik dengan tingkap tertutup rapat, boleh dengar biji butir lirik yang dinyanyikan si penyanyi kumpulan Slam tu. Belum lagi terasa gegaran dentuman sound system ... memang canggih la sampai aku rasa dinding rumah bergegar sama. Mula-mula aku ingatkan jiran sebelah pasang radio kuat-kuat. Tapi dah 3 tahun aku duduk sini, tak pernah sekali pun jiran aku yang bujang dan beragama Kristian tu membuat onar bising dan maksiat lain. Jadi, untuk kepastian aku tukar la siaran televisyen ke saluran yang dok taja bendalah heboh tu. SAH! memang ler si slam tu tengah nyanyi!

Jarak stadium shah alam dari rumah aku adalah dalam 6 kilometer. Bayangkan orang-orang yang duduk dekat dengan stadium. Kat TTDI, kat seksyen 13. Mesti lagi bingit. Kalau sampai ke rumah aku boleh dengar, kat Masjid Negeri pun mesti boleh dengar gak kan. Tapi, Ahad malam Isnin, mesti masjid tutup awal kot.

Aku sms suami cerita pasal kacau ganggu tu. Suami aku kata, kalau berlaku gempa betul pun depa yang gebang kat situ tak perasan sebab ingat gegar dari sound system. Aduhhh ....

Nota kecik-kenot:
Sampai sekarang abang Ramli tak balas sms tu. hehehhehehe

Friday, December 07, 2007

Peristiwa ...

Banyak peristiwa yang berlaku dalam negara sekarang ni. Yang paling hangat tentunya tentang Hindraf. Begitu hebatnya penangan Hindraff sampaikan semua media-media utama negara masih tidak habis modal memperkatakannya. Ramai yang mahu beri pandangan dan pendapat. Dan sudah tentu, kesemuanya menghentam kumpulan berkenaan.
Peribadinya, aku sendiri tidak setuju dengan dakwaan-dakwaan yang dibuat kumpulan tu walaupun sedikit sebanyak kebenaran dibeberapa sudut, cuma diperbesar-besarkan Hindraf untuk menarik perhatian, terutamanya perhatian masyarakat antarabangsa. Aku paling tidak setuju mereka mahukan sokongan India dan Britain. Jika mereka masih di India, aku pasti mereka tidak seadanya sekarang. Entah apa jadi mereka disana. Britain? Bukankah penjajah ini yang bawa mereka masuk Tanah Melayu untuk dijadikan buruh estet? Dasar pecah dan perintah penjajah inilah yang menyebabkan susur galur mereka di sini menjadi seperti adanya sekarang. Dan itulah dasar yang diwarisi pemerintah hari ini. Dasar yang terus-menerus dipertahankan. Dasar yang akhirnya memakan diri sendiri tapi masih lagi terlalu angkuh untuk mengakui kesilapan.

Dalam sibuk satu negara memperkatakan tentang Hindraf, aku rasa ramai yang pandang sebelah mata dan dengar sebelah telinga tentang apa yang berlaku di Bukit Tinggi dalam tempoh 2 minggu ini.
Masih aku teringat kata-kata ramai pembesar negara akan kemakmuran negara ini yang wajib disyukuri rakyat. Betapa negara ini tidak seperti negara jiran yang ditimpa pelbagai musibah banjir besar, gempa bumi, tsunami dan macam-macam lagi. Ketika itu, amat kedengaran angkuh serta riak sekali kata-kata mereka.
Bila banjir besar melanda negeri yang tidak pernah ditimpa musibah itu sebelum ini, terkedu seribu bahasa sampai terpaksa pergi makan nasi kandar di negara orang.
Baru-baru ini, Bukit Tinggi pula dilanda sesuatu yang tidak disangka akan terjadi walaupun tidak membawa maut pada penghuni atau kerugian pada harta benda. Dalam tempoh 2 minggu, 4 gempa melanda tanah tinggi berkenaan. Kesemua gempa dibawah 4 skala Ritcher. Siapa sangka? Siapa menduga gempa walau sekelumit pun akan terjadi di Tanah Malaya? Bukankah kita terletak di kawasan bukan berisiko gempa .. tidak seperti negara jiran Indonesia dan Filipina, mahupun Jepun.
Tapi sehingga hari ini tiada satu pun kedengaran kata-kata dari pembesar-pembesar negara mengenai perkara ini. Diam seribu bahasa. Hilang kata-kata.

Tanda amaran merah sudah dikeluarkan Jabatan Meteorologi tapi hanya diwar-warkan untuk 3 negeri pantai timur tapi tidak mengenai hakikat yang sebenar di Johor juga. Kenapa? Isu banjir pun ada pilih kasih.

RM650juta. Aduhhhhhh!!! Sakit hati mendengarnya. Tidakkah ada satu pun kumpulan yang mahu protes? Semua mahu mengiyakan sahaja? Atas dasar itu hak manusia yang satu itu dan tiada siapa pun yang berhak mempertikai? Derhaka nanti dikata?
AKU PROTES!!!
Manusia-manusia itu seronok menasihatkan rakyat bersatu padu mengekalkan perpaduan dan keharmonian kaum. Aku rasa rakyat tiada masalah setakat ini. Jika ada pun ketidakharmonian, selalunya berpunca dari orang-orang diatas sana.
Macamana rakyat nak harmoni kalau harga barang naik? Macamana nak makmur dan padu kalau ada dikalangan yang tidak cukup makan?
Cukuplah apa yang ada tu. Tidak perlulah nak dibina yang baru. Duit yang nak ditabur tu bukan duit kamu!!

Satu lagi. Samada ada yang perasan atau tidak, aku tidak pasti. Tapi yang pasti, aku tidak nampak ada usaha media untuk merungkai atau sekurang-kurang menyelidik dan bertanya lebih lanjut mengenai perkara yang satu ni.
REHDA (korang carilah nama penuhnya sendiri ek! hehehe) buat pengumuman beberapa minggu lalu yang harga rumah akan dinaikkan dari 10% hingga 15%. Alasannya, harga bahan binaan naik ... apatah lagi harga bahan bakar pun naik.
Aduhhhhh!!! Kenapa aku rasa alasan diaorang tak munasabah? Kenapa pulak diaorang pulak yang pandai-pandai buat pengumuman tu? Kenapa tidak kerajaan?
Setahu aku ada sesetengah bahan binaan ditentukan oleh kerajaan. Maknanya ada harga siling. Kalau harga dah ditetapkan macam harga ayam tu .. macamana depa boleh suka-suka naikkan harga rumah tanpa merujuk pada Kementerian yang berkenaan dulu.
Kalau harga ikan, ayam, sayur .. bolehlah pengguna pantau dan lapor pada pihak yang berwajib tapi ini harga bahan binaan... bukan semua tahu harga sebenar. Rasanya sudah tiba masanya pihak yang berkuasa bagitau pengguna harga bahan-bahan binaan ni. Mana yang ada harga siling dan yang mana tak ada harga siling. Kemudian, beri juga harga bahan yang sama di negara jiran supaya boleh dibuat perbandingan supaya pengguna boleh "justify" alasan REHDA nak naikkan harga rumah.
Pada aku, REHDA yang ahlinya merupakan tokeh-tokeh besar semacam nak duga kerajaan. Kalau tak benarkan naik harga rumah, depa akan buat dalih stok bahan binaan tak ada, jadi banyak projek mungkin tergendala. Padahal, kerajaan tengah nak bangunkan segala jenis 'kakilima' pembangunan yang memerlukan banyak bahan binaan. Kalau pembekal, pengeluar bahan binaan buat hal, macamana 'kakilima-kakilima' ni nak jalan .. jadi terpaksa ikut rentak tokeh-tokeh ni dan benarkan naik harga rumah. Yang jadi mangsa? KITA laaa .. siapa lagi!! Tapi takde satu akhbar pun yang korek pasal benda ni.

Lebih kurang 30% penuntut IPTA mempunyai kecenderungan melakukan rasuah. Itu hasil kajian yang dibuat BPR dan Kementerian Pengajian Tinggi. Huh!! Walaupun kalau dalam pilihanraya 30% tu kira tak boleh dan tidak akan menang, tapi dalam kajian macam ni, pada aku hasil amat memberi kesan. Macamana budak-budak ni sampai boleh nak fikir macam tu? Aku masa sekolah dulu tak terfikir pun. Maknanya budak-budak IPT 30% tu mesti buat kerja-kerja rasuah masa tengah sekolah. Rasuah kawan, rasuah pensyarah, rasuah pak guard etc ... seram memikirkan budak-budak ni la yang akan pimpin anak-anak aku. Diaorang jadi macam tu sebab penangan 'gelombang' puteri merah jambu dengan sidekick putera ke?

Yang terbaru. Jadinya semalam kat Parlimen. Bila Zam goblokkan orang, semua senyap. Bila Zam kena goblok, kecoh satu dewan suruh tarik balik. Memang BODOH GOBLOK!!!

Nota kecik-kenot:
Sesi luah perasaan di isen yang ke-100 .. hehehhehee

Monday, December 03, 2007

Manis .. Adehhh ...

Sejak dua menjak ni dok teringin makan benda manis-manis walaupun aku tau aku tak sepatutnya makan benda manis selalu. Maklumlah, dah masuk 7 bulan ... kencing manis mudah menyerang kalau tak berhati-hati. Dari minggu lepas aku dok berangan nak makan kek gula hangus. Aku reti buat tapi sangatlaaaa malas nak menggodek-godek dapur buat kek ni. Idak ler susah mana pun tapi bila dah malas tu .. biasalah macam-macam alasan la kan. Aku pun sms la kakak aku. Dia pandai gak ler buat kek gula hangus ni. Aku tau .. kalau aku mintak dia buatkan mesti dia kembang setaman sebab dia ni suka benor kalau orang suruh dia masak. Maknanya masakan dia tu sedap la. Maklumlah ... dia memang tak berapa nak pandai nak masak sejak zaman anak dara lagi. Tapi, kalau dah pompuan tu ... tetap pompuan la kan. Bila dah kawin, terpaksa memandaikan diri masuk dapur dan masak. Specialty dia masak taucu. Memang sedap.

Berbalik pada kek gula hangus tu. Aku sms dia mintak tolong buatkan kalau dia tak sibuk dan tak menyusahkan. Maklumlah ... dia dah beranak kecik. Idak ler aku macam nak desak sangat kan. Dia sms aku balik. Dia kata .. bila dah siap dia akan call aku suruh aku amik kat rumah dia. Dan nak dijadikan cerita .... sampai sekarang dia tak call. Adehhh ....
So sampai sekarang ler aku tak dapat kek gula hangus aku tu. Adehhhh sekali lagi.

Dua tiga hari lepas ... tengah malam dalam pukul 1 pagi. Tengah buat job freelance tu .. tetiba teringin nak makan bubur pulut hitam dengan ais krim cekelat. Aku sms ler suami aku. Dia kata malam takde. Kalau siang ada la kat satu restoran ni. Aku ok kan je. Bukan tak leh nak buat. Idak ler susah pun. Takat rebus pulut hitam, masuk santan ngan gula ... dah siap. Tapi sekali sekala tu apa salahnya mintak dicarikan .. iya dak?
Dan nak dijadikan cerita ... sampai sekarang aku tak dapat gak bubur pulut hitam aku tu. Restoran tu tak bukak bisnes gamaknya ... atau suami aku lupa .. dan aku seperti biasa malas nak mengingatkan ... macam hari jumaat hari tu ... malas nak ingatkan sesapa yang hari tu adalah harijadi aku .. errr yang keberapa ek? korang agak2 je la ek .. rasanya dalam 35 kot. Adehhhh lagi ...

Akhirnya ... aku makan roti sapu mentega dengan gula je la untuk langsaikan craving aku ni.

Lepas ni aku tak tau aku teringin apa pulak .. Entah dapat entah idak. Adehhh ....
Masa ni laaa aku nak mak aku. Adehhhh untuk sekian kalinya .....

Nota kecik-kenot:
Hmmm .. macam nak Coke bubuh bebanyak ais je ... hmmmmm ...

Thursday, November 15, 2007

Rahsia ...

Sebenarnya aku ni suka berahsia. Terutama tentang hal-hal peribadi. Hal-hal yang aku anggap milik aku seorang. Adakalanya sesetengah rahsia tu aku tidak suka berkongsi walaupun dengan orang paling rapat dengan aku i.e suami atau sahabat baik (khairyn, za).

Pendek kata, aku ni pandai simpan rahsia. hehehehe ... Orang takan tau rahsia orang lain dari aku. Walaupun orang kata wartawan ni kepoh dan tak pandai simpan rahsia, tapi aku ni pandai korek rahsia dan pandai pulak menyimpannya. Kalau rahsia orang aku boleh simpan, inikan pulak rahsia senditi. Lagilah aku pandai kambus ... baik punya kambus. I might be a serial-killer, you know! hahahhahahha

Pada aku, ada perkara yang bukan untuk dikongsi. Ada perkara yang hanya milik aku seorang. Sampaikan ada seorang teman merasa terpinggir semata-mata aku tidak pernah bercerita tentang siapa 'crush' terbesar aku masa sekolah kat atas bukit tu. Sampai sekarang aku tak bagitau dia walaupun selalu jugak dia mendesak. Pada aku, itu kisah silam. Tidak perlu diberitahu. Biar jadi rahsia sampai bila-bila.

Hari ini aku rasa aku nak berkongsi rahsia. Lama juga aku simpan rahsia ni. Berbulan-bulan. Hanya seketul dua manusia dalam dunia blog je yang tau pasal rahsia aku ni. hehehehhe

Mula-mula rasa macam tak nak bagitau. Tunggu bila dah 'jadi' baru nak war-warkan pada semua. Tapi, hati menggelitik pulak nak berkongsi. Apa orang kata .... berkongsi gembira dan duka.

Untuk pengetahuan semua, harta aku akan bertambah tidak lama lagi.

Ya. Harta dunia dan akhirat.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang .... dipenghujung Januari atau awal Februari (minggu pertama), keluarga aku akan bertambah seorang lagi ahli.

Ya. Aku sekarang hamil. Habis November, genap 7 bulan kandungan ke-5 ni. Muhammad Irfan, Zinnirah, Syabil Iman dan Nisaa' Az-Zahraa bakal mendapat adik.

Doktor meramalkan 8 Februari. Tapi sejarah membuktikan zuriat-zuriat aku mahu melihat dunia lebih awal dari ramalan. Seminggu atau 2 minggu lebih awal.

Bin atau Binti tidaklah aku ketahui. Hanya Dia yang tahu. Jika yang dulu-dulu instict aku kuat, kali ini instict tu kurang melekat. Tak tau pulak kenapa. Mungkin belum sampai seru kot. Nama pun tak dipilih lagi. Nanti-nantilah ... yang penting selamat. Tentang nama ... aku, suami dan anak-anak ada 2 minggu selepas melahirkan untuk memilih yang sesuai.

Jadi ... ada lebih kurang 2 bulan lebih je lagi ya. hehehehhe ....

Nota kecik-kenot:
Pa'chik! Jangan harap aku nak bagi kat hang! hahhahahahaha :-P

Wednesday, October 31, 2007

Sapu Sawang ...

Lama sangat tak menyapu sawang kat rumah yang satu ni. Ikutkan malas nak mengemas tapi kesian pulak. Macam rumah tinggal. Nanti ada pulak yang buat rumah singgah. Langsuir, hantu raya, toyol dan yang sewaktu dengannya.

Puasa sudah. Alhamdulillah penuh sebulan.
Aidilfitri pun makin hampir ke penghujung.
Zulkaedah dah nak masuk.
Tak lama ... pejam celik dah nak masuk Zulhijjah. Beraya lagi ...

Tahun baru Masihi pun makin nak nampak ubun-ubun.

Sekejap benar masa berlalu. Orang dulu-dulu kata kalau masa tu makin pantas habis maknanya kiamat dah nak dekat. Betul gak tu. Maksiat dan fitnah pun makin bertambah ... sampai ke tahap orang dah tak peduli. Ramai yang dah tak kisah. Asalkan tak kacau gugat hidup depa dan keluarga depa.

Kes adik Nurin Jazlin dah makin orang lupa. Sekarang ni sibuk dok bincang pasal koridor itu koridor ini. Itulah yang panas sekarang. Bicara tentang 'kakilima'. Rupanya 'kakilima' pun boleh bawa untung. Aku? Masih macam dulu. Makin hari makin tertekan. Harga barang naik .. naik .. NAIK!!! Semuanya naik!!!

Dulu dapat la anak-anak makan peha ayam sorang satu. Sekarang? Satu peha, potong 2 atau 3 bergantung pada saiz peha la. Kepak ayam pun kerat dua. Kalau teringin nak makan kepak ayam panggang/salai yang banyak orang jual sekarang tu .. adehhhh harganya satu seringgit.

Rasanya tak payahlah nak membebel pasal isu harga barang ni. Seantero Malaya dah tau. Merungut banyak pun .. kerajaan kata depa tak boleh buat apa sangat. Semuanya terpulang kepada pengguna. Kalau mahal, tak payah beli!! Hatok dia!!!

Mungkin ramai (ada la kot .. kalau takde pun pedulik apa aku!! hahahahah) yang bertanya apa jadi kat aku sekarang.

Sesungguhnya aktiviti seharian bermula dengan bangun seawal 5.30 pagi menyiapkan hal berkaitan anak-anak yang nak ke sekolah. Lepas hantar anak-anak ke sekolah masing-masing .. aku akan balik .. sidai kain, masak, kemas rumah, bagi Nisaa' makan, main dengan Nisaa' ... TIDO!! hahahahhaha ... pastu petang keluar balik jemput anak-anak. Dan teruskan kerja-kerja yang lazim dibuat seorang ibu yang bekerja dirumah sampai lewat malam. Begitulah rutin hidup sehari-hari. Mungkin ada yang akan kata .. bosannya hidup .. tapi bagi aku, amat indah. Seronok tak terkata. Sampai terlupa langsung dunia internet dan blog. Sampai khairyn merungut aku jarang online. hehehhehe ...

Tapi bermula esok, aku akan memulakan kerja baru. Kerja part-time je. Dalam tempoh sebulan aku perlu menyelesaikan satu tugasan penulisan korporat berkaitan ekonomi dan industri pembinaan. Macam nak buat tesis. Dah lama tak menulis bidang akademia, terasa risau tak terbuat. Tapi, pulangannya agak lumayan .. insyaAllah.

Jadi perancangan nak mengikuti kursus terjemahan di Institut Terjemahan Negara di minggu kedua November terpaksa dibatalkan. Nampaknya terpaksa ambil yang bulan Mac tahun depan .. itupun jika masa dan kudrat diizinkan.

Itulah perkembangan buat seketika. Mungkin lepas ni ambil masa juga nak update blog ni. Mana tau, sementelah sibuk-sibuk nak siapkan tugasan depan komputer ... ada masa dan MINAT, aku update la apa yang terlintas di minda ni.


Nota kecik-kenot:
Korang tak rindu aku ke? hehehehhee

Sunday, September 09, 2007

Majlis ...

Surah Luqman ayat 5 - 6

Firman Allah yang bermaksud:

Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.

Nota kecik-kenot:
Terpandang 2 foto Pak Lah ketika tilawah Al-Quran baru-baru ini. Satu tengah menguap, satu sedang duduk bersandar dengan muka yang amat membosankan dan mata hampir terlelap.
Teringat juga kala Pak Lah dan isteri barunya menyaksikan konsert di Seri Perdana, Putrajaya ketika berdiri meraikan lagu "Malaysiaku Gemilang". Gembira bertepuk tangan bersama-sama artis yang menyanyi, muka sungguh bersemangat.
2 majlis yang berbeza tapi waktu yang sama - MALAM.

Saturday, September 08, 2007

Puasa ...

9pm, Jumaat 7 hb September.

Zinnirah: Ibu, kakak dah nak tido.
Ibu: Ok. Macam biasa ... jangan lupa baca doa tidur, Al-fatihah, 3 Qul, syahadah, surah-surah hafazan sampai lelap, ya.
Zinnirah: Ok. Tapi ... esok ibu kejut kakak pukul 5 ya.
Ibu: Uikss. Ngapa awal? Belum masuk subuh pun.
Zinnirah: Kakak nak posa. Kakak ada tinggal sehari. Nak ganti.
Ibu: Ok. Tapi boleh ke tahan? Abang, adik tak puasa .. nanti kakak tak tahan.
Zinnirah: Boleh. Kakak tahan.

Ibu terjaga jam 6.30 pagi. Bagus kan? hehheheheh .. idak ler bersahur anak dara ibu. Bila ditanya nak teruskan puasa atau tidak, Zinnirah nekad nak teruskan.

10am, Sabtu 8 September

Zinnirah: Ibu. Kakak nak pergi library. Boleh tak?
Ibu: Boleh. Suruh abang, syabil siap-siap.

Aku hantar ke perpustakaan hipermedia MPSJ di Taipan. Lepas tu, aku dan Nisaa' pergi Mydin. SHOPPING!! hehehhehe
Beli ikan siakap 2 ekor. Itu je. Dah RM14.
Zinnirah suka ikan siakap bakar cicah sambal kicap.
Nak masak istimewa sikit sebab dia semangat sungguh berpuasa.

Jadi makan malam tadi agak 'extravaganza'.

Ikan siakap bakar cicah sambal kicap + cencalok.
Rendang ayam minang.
Sup bebola ayam dengan kentang + carrot.
Tumis bayam dengan sos tiram.

Zinnirah tambah 3 kali.

Hasilnya ... esok dia nak puasa lagi. Irfan pun sama. hehehhehehe

Nota kecik-kenot:
Aku bakar ikan balut guna daun bentuk hati yang besar. Daun dia tebal. Jadi bila bakar ikan, ayam ... air tak meleleh kuar macam kalau guna daun pisang. Selalu depa tanam sebagai landscape. Ada jenis besar, ada jenis kecik. Tumbuh rimbun jugak. Yang berdaun besar boleh naik tinggi. Senang amat nak jaga. Tak bersiram seminggu pun takpe. Sesapa yang pernah gi mydin usj, ada depa tanam sepanjang tepi entrance nak masuk parking tu. Tak berbunga.
Sebenarnya .. aku nak tau pokok tu pokok apa. hahahhaa ... blackie buleh tolong jawab kot. :-D

Friday, September 07, 2007

Gumbira ???

Dah selesai pun. Tak lah lama sangat macam selalu. Sempat la depa-depa kejar Asar. Itu pun kalau tak gebang lama-lama kat luar lobi. Pancing ngan jala dah tibar. Umpan pun dah julur. Tunggu ikan makan je.

Semua gembira. Kot la. Aku. Sebab banyak tak relevan. Kurang seronot.

Yuran sekolah mansuh. Aku kena bayar gak sebab anak-anak aku bukan sekolah KERAjaan.
Buku teks dapat kat semua. Aku kena beli gak sebab anak-anak aku bukan sekolah KERAjaan.
Uniform ko-kurikulum sepasang percuma. Aku kena beli gak sebab anak-anak aku bukan sekolah KERAjaan.

Jadi, bukan salah KERAjaan la kan aku tak dapat semua tu. SEMUA salah AKU. Sapa suruh hantar anak-anak kat sekolah bukan KERAjaan. kan kan kan?

Abih tu ... sekolah KERAjaan banyak kera. Bukan cikgu-cikgi yang kera .. tapi kekeraan polisi-polisinya sangat mengerakan! hahahahhahaa ....
Aku nak anak-anak aku jadi tahfiz, mahir bahasa Quran, tahu dunia akhirat. Aku tak nak anak-anak aku jadi macam aku. Tak pernah masuk sekolah agama pun. Takat hantar mengaji kat Masjid Sungai Way, Jalan 6 dengan arwah Tok Abbas.

Abih ... bukan salah mak ayah aku. Kat Petaling Jaya mana ada sekolah agama zaman 80-an dulu. Aku gi sekolah pun pakai skirt sampai sekolah menengah. Masuk tingkatan 4 barulah reti pakai baju kurung sikit-sikit .. itupun fesyen 'steng'. hahahahha

Abih ... nak anak-anak aku jadi macam aku? Alhamdulillah aku ada akal. Akal aku ajar aku jadi orang. Kalau jadi KERA?? Udah jadi puteri berbaju merah jambu. huhuhuhuhu ...

Jadi ... pilihanraya nanti .. aku akan tetap undi pembangkang. hahahahahhaa ... walaupun hakikatnya pembangkang pun ada kekurangannya.

Korang? Mu? Hang? Kamu? Awak?

Ada suka GUMBIRA??

Nota kecik-kenot:
Lepas dengor pembentangan belanjawan ... aku gi kedai beli pasembor. Lagi sodapppp ... perut aku gumbira. hehehhee

Ego ...

Apa punca ego manusia menjadi sebesar gunung?

Ya. Aku punya ego juga. Malah tidak aku pernah nafikan yang ego aku agak besar. Adakala ego ini buat aku bertindak ikut hati. Alhamdulillah. Setakat ini, ego yang bersarang dalam diri ini selalunya memuncak tika diri, orang-orang yang aku sayangi dan yang aku rasa perlukan perlindungan diperkotak-katik serta diganggu-gugat.

Namun, aku sebolehnya tidak mahu membiarkan ego mengawal tindak tanduk dan perasaan aku. Walaupun kekadang tergelungsur juga. Sememangnya syaitan itu sangat kuat menghasut. Alhamdulillah juga, aku dikelilingi orang tersayang dan sahabat-sahabat yang tidak serik membantu aku melegakan perasaan agar ego tidak memuncak.

Ego itu perlu untuk keyakinan diri. Agar tidak terasa diri lemah dan tidak mampu bersaing. Oleh itu, ego yang positif boleh melonjak prestasi diri. Boleh membawa kepada kejayaan .. InsyaAllah, dengan usaha yang kuat.

Ego yang tidak terkawal membawa kepada kesombongan. Kesombongan yang melampau. Kesombongan yang membawa kepada kebodohan. Kesombongan yang menyerlahkan ketidakmampuan untuk berfikir dengan rasional. Kesombongan yang meletakkan diri pada tahap yang paling rendah.

Aku kenal manusia "ABC" ini tidaklah lama. Pada mula aku kenal, aku yang tegur dahulu. Ya. Aku jarang menegur orang yang tidak dikenali. Tapi. Hari itu, aku rasakan aku perlu menegur dulu kerana kami berada didalam satu bilik yang sama menanti panggilan untuk di'interview'.

Mungkin "ABC" malu. Jadi dia tidak ramah. Muka tidak senyum. Mata tidak memandang. Tidak mengapa. Dia lelaki. Aku perempuan. Seorang perempuan yang tiba-tiba terlebih ramah. Jarang sekali aku begitu.

Ditakdirkan kami bekerja bersama. Selang beberapa minggu, jawatannya bertukar nama. Selalu juga kami bekerja bersama. Aku lihat, dia seorang yang rajin dan boleh mendengar arahan dengan baik. Malah, ada beberapa kali menawarkan diri untuk meneruskan tugasan di malam hari walaupun dia tidak perlu berbuat demikian. Aku maklum, dia bakal membina sebuah kehidupan baru. Jadi, tidak hairan dia bekerja keras.

Minggu jadi bulan. Sikap menjadi sedikit berubah. Terutama ketika pertama kali aku 'dipaksa' memberi arahan. Dia tidak dapat menerima arahan dari aku. Dia marah dan terus keluar pejabat, tidak puas hati. Tapi, selepas diberi penjelasan, akhirnya dia terima.

Bulan-bulan berikutnya, tiada masalah. Cuma dia sudah pandai memberi 'arahan-arahan' kecil. Dia juga sudah berasa lebih yakin dengan peranannya. Malah amat yakin.

Dipendekkan cerita. Masalah timbul. Dia enggan lagi terima sebarang arahan dari aku dan orang lain. Malah dipanggil tidak menyahut, malah tidak berhenti memandang. Tidak mengapa. Bukan masalah aku.

Sangat yakin dengan keselesaannya. Sikap sudah berubah. Tidak lagi serajin dulu. Pejabat dibuat seperti rumah.

Kemuncak kepada segalanya. Dia mengganas. Seorang pekerja wanita diganasi. Walaupun hanya luka sedikit tapi tidak boleh diterima akal seorang lelaki boleh berlaku ganas seorang wanita.

Dipendekkan cerita lagi. Tindakan yang diambil keatasnya hanya digantung tugas 5 hari. Gaji masih berjalan. Lebih kepada cuti pada pandangan aku. Cuti untuk berehat selepas melakukan keganasan. Kata maaf diucapkan, namun tidak ikhlas. Kata maaf hanya untuk menutup lubang kesalahan yang amat besar.

Sekembali dari cuti, kesal dan insaf rupanya tiada dalam kamus hidupnya. Ego semakin memuncak. Dirasakan diri kebal. Apa pun terjadi, tidak mungkin sesiapa boleh melemahkan 'kedudukan'nya. Acara perli-memerli menjadi agenda utama terhadap mangsa yang diganasi. Tidak merasa sedikit pun bersalah.

Aku tidak pasti. Apakah sumbangan 'pengganas' lebih dihargai dari sumbangan orang lain? 'Pengganas' lebih diperlukan. Mungkin.

Itulah ego.

Aku? Ego aku tetap begini. Biarpun ada yang mengatakan aku panas baran. Aku mengikut perasaan. Sekurang-kurangnya aku tidak merosakkan hidup orang lain. Aku tidak mengganasi orang lain. Aku tidak berpura-pura baik. Aku bukan talam dua muka. Aku adalah aku seadanya. Terima atau tidak? Terpulang.

Nota kecik-kenot:
Manusia apabila merasakan diri kebal, sanggup melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan kepentingan orang lain. Aku kasihan pada orang begitu ... yang kurang akal ... dan pada orang yang membela ... kurang prihatin.

Monday, September 03, 2007

Ada

Ya Ya. Ada Lagi. Hidup Lagi. Bernafas ...

Tapi. Tak tau nak tulis apa. hahahahaha ...

Sunday, August 26, 2007

3

Sudah 3 hari 3 malam.

Satu tempoh yang didamba sekian lama.
Satu tempoh yang begitu dinikmati.

Ho HO ho! seronoknya duduk rumah. Tanpa perlu memikirkan apa yang terjadi diluar sana. 3 hari tanpa suratkhabar. 3 hari tanpa peduli apa-apa.

Inilah yang dikatakan BEBAS. MERDEKA.

Banyak perkara aku belajar selama tempoh itu.

Muhammad Irfan semakin sensitif. Mudah terasa bila ditegur.
Zinnirah semakin kurang pula sensitif. Lebih mudah mendengar kata.
Syabil Iman lebih mendengar kata abangnya dari mendengar kata aku dan ayahnya.
Nisaa' Az-Zahraa makin keletah. Sudah pandai 'melawan' bila dibuli atau digomol abang-abang atau kakak. Makin bertambah butir perkataannya. Sudah pandai mengira 'atu' sampai 'che-uyoh' dan menyambut lirik akhir lagu "Tepuk Amai-amai" dengan "ibu e-gi i-jeeee!!!" Sangat comel.

Oh! Nikmatnya kemerdekaan ini. Inilah Merdeka sebenar.

Sampai aku semakin melupakan dunia ini. Dunia blog.

Maaf kalau tidak sempat menjenguk rumah-rumah kalian yang lain. Kalau menjenguk pun tidak meninggalkan jejak. Sekadar membaca.

Bila anak-anak dah mula sekolah nanti, mungkin aku akan lebih lama di sini. InsyaAllah.

Nota kecik-kenot:
Sangat gumbira. Sudah lama tidak segumbira ini. hehehehhehe

Wednesday, August 22, 2007

Berat ...

The Meaning of Holy Quran
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
A Practical Guide to Malaysian Labour Laws
Journalism-Media Manual - Law and the Media - An everyday guide for professionals
Freedom of Information in Malaysia
Kamus Terjemahan Bahasa Inggeris-Melayu / English-Malay
Regent English Dictionary
Oxford Advanced Learner's Dictionary
Press Systems in ASEAN states
Media, Emergency Warnings, and Citizen Response
The World's Most Incredible Stories - The Best of Fortean Times (ya. ya. ada kat aku!)

Semua-semua tu dah penuh satu kotak besar berjenama Baba's Kesari Mix.
Ditambah lagi dengan 2 mug besar, sekotak kurma, document files, stationaries, Maggi 3 bungkus, A4 paper yang aku beli dengan harga RM8.90 semata-mata nak print "Zahra de' Tigris" yang beratus muka tu, 3 helai tudung, charger handphone, kalender kecik-kenot, sekaki payung biru tertulis "Perusahaan Getah Asas", sebungkus Tang berperisa nenas dan paperbag yang berisi souvenir towel kecik serta keychain.
Berat. Memang berat. Sungguh berat.
Siapalaaa yang sudi tolong aku angkut kotak berat ni ke parking dan masuk dalam bontot kereta aku.
Kalau boleh aku nak angkut habis semuanya hari ini juga.
Aku tak nak jejak lagi ke pejabat ni atas alasan nak angkut barang-barang yang tertinggal.
Nasib semalam sedozen lebih buku-buku sudah aku bawa balik.
Kalau tidak, hari ni mesti dua kotak besar terpaksa aku angkut.

Tulunggggg .....

Nota kecik-kenot:
Hari ni terima satu lagi offer. Part-time. Tengah fikir la ni.

Tuesday, August 21, 2007

? ...

Kenapa aku kehabisan modal untuk menulis di sini?
Walaupun banyak benda dan perkara yang terjadi di sekeliling?
Biarpun aku punya waktu kelapangan untuk menulis?
Adakah ini tandanya akan berakhirnya satu lagi blog?

hehehehehhehehe ....

bosan la weiiii!! tulunggggggg ....

hehehhehehe ngengong sat!!

Nota kecik-kenot:
Tulis merapu macam ni pun buleh jadi entri! hahahhaha

Thursday, August 16, 2007

Merdeka ...

14 hari lagi negara akan sambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-50.

Kenapa aku tidak merasakan apa-apa semangat atau keinginan untuk menyambutnya?
Kenapa aku merasakan mereka-mereka yang begitu gah mengibarkan "Jalur Gemilang" yang namanya di'ciplak' dari "Stripes of Glory" negara orang putih yang satu itu, sebenarnya tidak merdeka?
Adakah aku tiada semangat patriotik?
Apakah aku sudah kehilangan jati diri sebagai rakyat Malaysia?
Benarkah aku tidak sayang akan negara tumpah darahku ini?

Ahhhh!!! Persetankan itu semua. Aku SAYANG negara ini. Tapi dengan caraku sendiri.

Dengan tidak mengibarkan bendera semata-mata kerana bulan kemerdekaan.
Dengan tidak pergi ke perarakan hari kemerdekaan yang menyesakkan.
Dengan duduk di rumah melayan anak-anak kerana aku SUKA cuti!

Nota kecik-kenot:
Masa sekolah menengah dulu, budak tingkatan 4 selalunya join perarakan kemerdekaan. Seronok sebab dapat RM, baju berarak percuma, makan minum percuma dan juga dibenarkan tidak menghadiri kelas sebab latihan. dan bagi sesetengah pelajar perempuan, menyertai perarakan bermakna peluang untuk "bermain mata" dan berkenalan dengan pelajar2 lelaki dari sekolah2 lain. maklumlah .. kami ni sekolah perempuan! huhuhuhuhu .. kecik2 dah makan rasuah dan mengerenyam! adehhhh ....

Monday, August 13, 2007

2 Kisah

Kisah 2 Sahabat

Dua orang sahabat sedang berbual. Perbualan biasa tentang kehidupan masing-masing kemudian beransur-ansur ke isu yang terjadi dalam masyarakat sehari-hari. Masing-masing mengeluarkan fakta dan rasional untuk mematahkan hujah. Maklumlah kedua-duanya lulusan institusi pengajian tinggi dan agak banyak juga pengalaman hidup. Tiba-tiba ....

"Eh! Hujah kau tak boleh pakai la. Besides, aku lagi pandai dari kau. Aku ada master dari universiti luar negara. Kau hanya setakat general degree je."

"Is this how you want to win an argument? Hello ... masa kita belajar dulu pun, CGPA kau tak pernah lebih dari aku tau. Even you had to lie about your CG semata-mata nak buktikan kau lagi hebat dari orang lain. Konon dapat dean's list lagi."

"But still I'm holding a master now. International Relations at that. You can never beat that."

"Ya right. The only reason why you had what you have now is because you have the time and money and I don't. Qualification is nothing if you think the way you think now."

Terus yang seorang itu terdiam. Hujahnya mati disitu. Namun, persahabatan tidak terbantut di situ, Alhamdulillah. :-)

Adakah kelulusan di atas kertas penentu mutlak kepintaran seseorang individu?
Adakah tanpa kelulusan berkenaan, seseorang itu tidak pandai dan tidak mampu berfikir secara intelek?
Adakah seseorang yang berkelulusan tinggi itu lebih pintar dan matang dari seseorang yang tidak mempunyai kelulusan di atas kertas?
Adakah seseorang yang berkelulusan institusi pengajian tinggi luar atau dalam negeri itu lebih mahir dan berkemampuan bekerja dengan baik dari yang tiada itu semua?
Apakah erti sebuah kertas yang tertulis 'ijazah sarjana muda', 'ijazah sarjana' dan 'ijazah kedoktoran' itu?
Adakah dengan mempunyai itu semua melayakkan seseorang itu memandang rendah akan kebolehan serta pendapat orang lain yang tidak mempunyainya, walaupun hujah orang itu lebih bernas dari hujah yang berkelulusan itu?
Adakah disebabkan mentaliti sedemikian yang menyebabkan ramai graduan negara ini terutama graduan Melayu tidak mendapat tempat di pasaran kerja?

Adakah ini hasil negara ini setelah 50 tahun negara merdeka?
Graduan yang pendek akal dan tidak mampu berfikir secara kritikal?
Graduan yang megah diri denga kelulusan tapi tidak mampu memberi apa-apa untuk agama, bangsa dan negara?

Aku berdoa anak-anak aku tidak begitu. Biarlah mereka bukan sekadar berilmu tapi turut berakal.

Kisah Suzy

Masih ingat dengan Suzy? Alhamdulillah. Dia selamat melahirkan seorang anak lelaki lebih sebulan lalu. Maaf sebab sering kali terlupa nak beritahu pada semua. Alhamdulillah juga. Anaknya sihat walafiat.

Muhammad Maliki, biarpun dilahirkan ketika berusia 7 bulan dalam kandungan, dia seorang bayi yang sihat yang suka tidur siang dan berjaga malam.

Menurut doktor, darahnya abnormal tapi sehingga kini doktor masih tidak dapat mengenal pasti apakah abnormal itu bahaya atau sebaliknya kerana si kecil itu yang pertama dilahirkan oleh seorang ibu pengidap leukemia. Ini kerana bayi-bayi sebelum ini semuanya digugurkan atas nasihat doktor.

Jadi, Muhammad Maliki adalah bayi istimewa, buah hati pengarang jantung keluarganya. InsyaAllah dalam sebulan lagi Suzy akan menjalani kemoterapi. Aku doakan dia kuat menghadapinya.

Ketika bertemunya minggu lalu, dia ceria ... seperti tiada apa-apa penyakit maut yang bersarang dalam dirinya. Kami bercerita macam dulu-dulu. Penuh gelak ketawa. Sesekali dia bercerita tentang penyakitnya dan kerisauanya tapi penuh dengan nada positif. Tiada riak sesal atau menyerah kalah.

Aku kagum dengan semangat juang si Indon pemegang IC penduduk tetap lebih 30 tahun ini. Entah bila laaa kerajaan Malaya ni nak bagi hak warganegara pada dia yang lahir, besar, sekolah, kawin, beranak kat Malaya ni. Bak kata Suzy, "Rexy yang 2 tahun je kat sini dah dapat penduduk tetap. Hampeh betul!" hehehehhehe .. luahan hati si Indon yang bercakap Indon pelat!

Memang hang Indon murtad, Zy! hahahhahaha

Thursday, August 09, 2007

Alhamdulillah ....





Sekali lagi. Apabila kata-kata tidak dapat menggambarkan apa yang terbuku di hati dan rasa ...

Wednesday, August 08, 2007

Meluap ...





Apabila hanya gambar dapat menggambarkan apa yang dirasa ....








Friday, August 03, 2007

Jangan Mengeluh ...


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Qur'an menjawab:
"Apakahg manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," (I am full of faith of Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Al-Ankabut: 2-3

Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Qur'an menjawab:
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Al-Baqarah: 216

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Qur'an menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya ..." - Al-Baqarah: 286

Kita bertanya: Kenapa rasa frust?
Qur'an menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Al-Imran: 139

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Qur'an menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." - Al-Baqarah: 45

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Qur'an menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ...?" - At-Taubah: 111

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Qur'an menjawab:
"... Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - At-Taubah: 129

Kita berkata: Aku tak dapat tahan!!!
Qur'an menjawab:
" ... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

Nota kecik-kenot: Adakalanya susah juga untuk tidak mengeluh ...

Wednesday, August 01, 2007

Tripped and Fell

Tripped. Fell.
On both knees.
On both hands.
Hurts.
Pain.
Panic.
Afraid.
Shaking.
Very shaky.
Extremely shaky.
Cold Sweat.
Heart beating.
Fast.
So fast.
It might burst.
Feel like crying.

No.
Deep breath.
Sit.
Deep breath.
Calm.
Calm.
Calm.
Everything is going to be fine.
Just fine.
So fine.
Yes.

Monday, July 30, 2007

Kasihan

Besar sungguh agenda mereka. Sangat besar. Hingga tidak tercapai dek akal yang rasional. Hanya yang tidak rasional boleh menerima agenda besar itu.

Teliti perancangan mereka. Namun tidak cukup pandai untuk menutup kelemahan yang terserlah di sana dan di sini dan di merata-rata. Tercicir-cicir ketulan-ketulan besar kedangkalan mereka.

Agenda mereka. Berhenti beramai-ramai. Kenapa? Kononnya tidak berpuas hati dengan dua orang yang diberi amanah untuk memberi arahan kepada mereka sehari-hari. Tidak puas hati dengan cara 2 orang itu berkomunikasi. Macam-macam ketidakpuasanhati.

Mereka rupanya ada pemikiran mereka sendiri tentang bagaimana 2 orang itu perlu memberi arahan kepada mereka. Yang menariknya, ini pekerjaan pertama mereka. Pertama kali bekerja. Pertama kali merasa ada ketua. Sesungguhnya mereka itu tiada pengalaman pekerjaan langsung. Malah, mereka tidak tahu selok-blok kerja dibidang ini. Setiap apa yang mereka tahu sekarang hasil dari apa yang diberi oleh 2 orang yang mereka tidak gemari itu.

Oleh kerana tidak berpuas hati, mereka sepakat bergabung untuk mengugut meletak jawatan secara beramai-ramai. 3 orang dulu. Kemudian, disusuli dengan 3 yang lain. Sungguh cantik perancangan mereka.

Akal yang rasional ini tergelak. Tidakkah dengan bertindak demikian, mereka hanya akan melumpuhkan syarikat, bukan 2 orang itu. Apa kesannya pada 2 orang itu pun kalau mereka berhenti beramai-ramai? Syarikat bukan milik 2 orang itu. 2 orang itu pun bekerja untuk syarikat. Bukankah agenda mereka itu hanya akan menjatuhkan syarikat yang mereka anggap sebagai satu wadah perjuangan umat dan agama?

Adakah mereka sangka dengan membuat agenda berupa ugutan demi ugutan hingga memporak-perandakan perjalanan syarikat, 2 orang itu akan mengalah dan berhenti kerja? Silap. Mereka SANGAT silap.

Tidakkah mereka tahu yang 2 orang itu sangat "tough" dan tidak akan terpedaya dengan ugutan-ugutan mereka itu? hahahahahhaha

Sungguh tidak rasional. Sungguh keanak-anakan. Sungguh tidak professional. Sungguh menggelikan hati.

Sekarang 2 orang yang mereka tidak suka itu, masih lagi bernafas. Masih lagi bekerja seperti biasa. Masih lagi menyumbang tenaga setakat yang terdaya.

Mereka?

Satu sudah pergi kononnya untuk mencuba bidang baru. Pergi begitu sahaja. Meninggalkan tanggungjawab. Meninggalkan amanah yang sepatutnya dibuat sebelum berundur. Pergi sebagai pengecut. Pergi dengan tidak berani berhadapan sebagai seorang anak jantan. Pergi dengan malu kerana tahu diri bersalah. Pergi dengan kekalahan.

Satu lagi masih ada. Sedang berjuang. Bukan berjuang untuk meneruskan perjuangan yang panjang ini. Berjuang untuk menegakkan kepercayaan yang bodoh. Sebulan tiada menyumbang apa-apa. Namun diakhir bulan, gaji masih diterima dengan tiada malu dihati. Terbaru, dengan penuh yakin meneruskan ugutan-ugutan untuk melepaskan jawatan. Apa harapannya? Gaji lebih? Ketua baru? Syarikat tutup? Hanya dia yang tahu. Surat tunjuk sebab telah dihantar. Seminggu untuknya menjawab. Sekarang hanya tunggu dan lihat.

Seorang lagi pun masih ada. 5 petang waktu akhir untuk dia memenuhi tuntutan tugas yang terbantut selama lebih seminggu. Jika masih tiada, surat tunjuk sebab akan dilayangkan. Jelaskan mengapa tindakan disiplin tidak perlu diambil ke atasnya.

3 yang lain masih menggunakan akal. Alhamdulillah. Masih bekerja dengan penuh dedikasi. Biarpun yang seorang perlu dipujuk, dirayu hampir setiap minggu. Alhamdulillah kerja-kerja 'kotor' memujuk tidak perlu dilakukan oleh 2 orang yang tidak disukai itu.

2 orang itu? Tersenyum. Sebab segala masalah yang hampir menjatuhkan syarikat bukan berpunca dari mereka. Bekerja seperti biasa. Bila tiba masanya untuk mereka berundur, mereka akan berundur dengan baik. Jalinan Silaturrahim yang terjalin tidak akan dibakar dengan perkara-perkara yang bodoh.

Kata kunci untuk berjaya dalam apa jua pekerjaan adalah PROFESIONAL. Baik sebagai buruh kasar, doktor, jurutera, guru, pensyarah, juruhebah, jurukamera, wartawan, pengarang atau apa sahaja. Jika tidak professional dan tidak bersedia menerima arahan dengan baik dan bekerja dengan niat yang betul iaitu "kerana Allah", dimana-mana pun tidak akan berjaya. Tidak akan hidup.

Kasihan pada orang-orang yang berfikiran dangkal seperti mereka.

Nota kecik-kenot: Bilalah aku nak kaya ni? Baik jadi bos anak-anak dari jadi bos anak-anak orang ... huhuhu ...

Tuesday, July 24, 2007

Redha

Assalamualaikum,

Dah lama sungguh tak menulis di sini. Dan lama juga tak menjelajah blog rakan-rakan yang lain serta meninggalkan jejak.

Banyak perkara yang berlaku. Banyak perkara juga yang tidak mampu nak diucapkan. Banyak juga yang tak tertuliskan.

Hari ni rasa terpanggil untuk berbicara. Semuanya kerana Cik Puan acciaccatura. Tulisannya mengenai 'Mati' sangat menyentuh dan begitu dekat dihati. Thanks accia :-)

Tak sangka sungguh ada yang seperti saya. Sering berbicara tentang kematian. Berbicara tentang kematian pada suami dan anak-anak. Rupanya Accia turut begitu.

Anak-anak .. terutama Muhammad Irfan, Zinnirah dan Syabil Iman ... semua saya dah ingatkan tentang kematian. Kematian yang akan menjemput ibu atau ayah. Pada mulanya mereka tak faham. Mereka tak faham kenapa ibu atau ayah akan pergi.

Saya jelaskan. Semua manusia dalam dunia ini adalah milik Allah. Hanya Dia yang kekal. Makhluk Allah yang lain juga akan pergi. Binatang. Pokok. Semuanya pinjaman semata-mata. Ibu dan ayah pun begitu. Bila tiba masanya, ibu akan pergi untuk selama-lamanya. Mereka menangis. Saya katakan jangan menangis. Yang penting mesti jadi anak yang soleh. Mesti doakan ibu, sebab doa anak-anak yang soleh akan bantu ibu yang banyak dosa ni.

Saya katakan. Mereka pasti akan ada ibu baru. Mesti hormat ibu baru. Mesti sayang ibu baru. Mereka kata, ibu baru tak sama dengan ibu betul. Saya katakan. Betul. Tapi ayah perlu ibu baru untuk tolong didik dan besarkan anak-anak untuk jadi anak yang soleh. Saya katakan. Saya akan pastikan ayah mereka cari ibu baru yang terbaik.

Saya pesan. Kena pandai jaga diri. Muhammad Irfan mesti jaga adik-adik. Zinnirah mesti dengar dan patuh cakap abang. Mesti jaga Syabil Iman. Syabil Iman mesti dengar cakap abang dan kakak serta jaga Nisaa' Az-Zahraa. Mesti jaga satu sama lain. Mesti sayang satu sama lain.

Malah pada suami saya dah beritahu apa yang perlu dilakukan. Bagaimana anak-anak perlu dididik dan dibesarkan jika saya pergi. Pendidikannya. Kewangannya. Segala-galanya. Tempat persemadian pun sudah ditentukan. Semadikan saya dimana saya meninggal. Tak perlu nak bersusah payah berbelanja ribuan ringgit untuk kembalikan jenazah saya ke tanahair jika ditakdirkan saya mati diluar negara .. errr New Zealand, perhaps?!! ;-)

Selain kematian. Ada satu lagi perkara yang saya selalu sediakan mereka. Apa dia? hehehhehe

Saya sediakan mereka untuk terima hakikat jika ayah mereka 'terpanggil' untuk bernikah satu lagi. Tentu ada yang kata saya gila dan seperti meminta-minta.

Sungguh. Jikalau ditakdirkan saya dimadukan .. insyaAllah saya redha. Malah saya katakan pada suami, pastikan madu tu lebih baik, solehah dan mendengar kata dari saya. hehehehhee ...

Nak suruh saya pinangkan pun boleh. InsyaAllah. Yang penting anak-anak mesti terima juga.

Kenapa saya redha? Saya sendiri tak tahu dari mana datangnya itu semua. Saya fikir jika saya terima hakikatnya sekarang dan satu hari nanti hakikat itu benar-benar menjadi realiti, saya tidak akan terkejut atau kecewa sangat. Sebabnya ... saya sudah bersedia. Bila difikirkan balik ... suami itu sendiri adalah pinjaman semata-mata. Ketika ini dia menjadi 'hak' saya. Tapi dia bukan 'hak' mutlak saya.

hmmmm ... khairyn mungkin nak komen banyak nanti bila dia balik dari jalan-jalan di Edinburgh. hehehhehe .. but i think i've told her. Hopefully she still remember what this friend of hers' used to mumble about. hehehhehe ..Oit! dah check ke berapa hang kena bayar untuk satu tapak yang kena korek 6 kaki tu? :-p

Kematian adalah satu kemestian. Semua yang ada didunia ni adalah pinjaman semata-mata. Bila kita redha dengan hakikat itu, insyaAllah kita redha untuk tinggalkan dunia ini tidak kira samada kita sudah terima notis dariNya atau tidak. Pucuk pangkalnya ... adakah kita bersedia untuk berjumpaNya dengan amal kita? InsyaAllah .. InsyaAllah .. InsyaAllah.

Allahua'alam.

:-)

Friday, July 13, 2007

Teka shaya shapa?


"Haiyoooo .."

"Nanak ..."

"Tuuu .. Meowwww ..."
"Cakkkk ..."

"Hiiiiiii ...."

Thursday, July 12, 2007

Down Memory Lane

Aku jumpa ni kat youtube. tajuknya "Top 10 cartoon theme songs from the 80's". Senyum sorang-sorang bila tengok clip lagu kartun-kartun tu. teringat masa kecik-kecik. kartun yang paling aku suka sudah semestinya "Jem", "Galaxy Rangers" dan "Transformers." tapi takde la pulak theme song transformer kat clip ni.
Pastu aku suka nengok lukisan2 kartun dulu2. sekarang semua guna komputer. dulu hand-drawn cartoon je tapi tetap menarik. Pastu lagu2 tema setiap kartun tu mesti ada unsur-unsur rock dengan electric guitarnya. hahahahah terus aku teringat kat jowopinter dan posing maut rock kapak dia. hahahaha ...

Let's go down memory lane...errr pada mereka-mereka yang pernah layan kartun2 ni la kan. hahahaha ... Jom layan lagu2 kartun 80-an. :D




updated khas untuk maksu



Wednesday, July 11, 2007

Laksa (Step by Step)



uikssss .. depa tengah makan apa tuuuu??? Oooooo laksaa.



Rasanya ramai yang tau macamana nak buat laksa kan, kan, kan? meh kita jamu mata nengok cara buat laksa step by step. Speciality laksa aku .. aku suka letak tauhu. bila kuah laksa tu meresap dalam tauhu tu .. uiksss nikmat sangat.

Mari kita mulakan ...

1)


2)



3)


4)


5)


6)


7)


8)


9)


10)


Nota kecik-kenot: Gambar2 ni diambil dalam 3 tahun lalu. Jemputlah makan laksa naa :D

Monday, July 09, 2007

SuperIbu

Aku superIBU. Superwoman. Ya. Sungguh.

Jumaat lalu. Dengan gembiranya aku pulang dari pejabat jam 4 petang. Sungguh seronok dapat balik awal. Jalan tidak sesak. Meluru aku memandu. 100km sejam sepanjang lebuhraya Mahameru. Asyik!

Tiba-tiba ada seorang pemandu yang memandu sebuah lori kecil telah menghon aku. Huh! Sungguh kurang asam. Aku benci orang yang suka hon-hon ni. Aku hon .. tidak mengapa. Sebabnya aku hon ada sebab ... orang potong barisan, masuk jalan tak bagi signal, bawa kereta tengah dua lorong atau sebab aku nampak orang yang aku kenal dalam kereta. Jadi, ada sebab aku hon. Orang lain hon .. aku tak suka sebab aku sentiasa berhemah diatas jalan raya. hehehehehe

Aku telah tidak memperdulikan hon pemandu lori kecil itu. Aku terus memandu. Tiba di jalan Bangsar, aku berhenti sekejap di bus stop dekat dengan bangunan biru itu. Nak buang sampah. Aku kan rakyat marhaien yang tidak suka membuang sampah merata-rata. Jadi sampah aku buang di tempatnya .. iaitu di Tong Sampah.

Aku sambung perjalanan selepas membuang sampah. Rupanya pintu kiri tidak tertutup rapat. "kelepek! kelepek! kelepek!" Agak kuat juga bunyi itu. Makin aku laju, makin kuat bunyi kelepek itu. Aku hentikan kereta sekali lagi. Aku mahu tahu punca bunyi tidak sedap itu.

Oh! NO! tayar kereta pancit!! adehhhhh ....

"Yang, tayar kiri belakang pancit la. Macamana ek?"
"Takpe .. park mana-mana yang selamat. Tunggu sampai k*** datang."

Huh! Tunggu sampai dia datang. Impossible. Dari Pinggiran USJ ke Bangsar, walaupun dengan motor, paling-paling ambil dalam 30 ke 40 minit juga. Boleh ke aku tunggu?

Aku pandu kereta sampai ke stesen LRT Abdullah Hukum. Bawah stesen tu memang aman damai. Banyak parking. Angin pun sepoi-sepoi bahasa dalam sinar mentari yang memeritkan. Aku nekad. Pandai bawak kereta, mesti usaha untuk pandai tukar tayar sendiri.

Jadi, aku bukak boot kereta. Keluarkan spare tyre dan segala peralatan yang diperlukan. Aiyoooo! Banyak sungguh keluarga lipas bersarang kat spare tyre tu. hahahahaha .. Akira San mesti melompat-lompat macam beruk kalau dia nampak! hahahahaha

Dengan yakinnya aku mulakan operasi bukak tayar kereta yang pancit. Aku naikkan sedikit kereta pakai jack-jack. Pusing dan pusing dan pusing. Pastu giliran skru-skru yang berempat. Skru pertama .. berjaya!!

Skru yang lain. Hampeh! Sangat ketat. Jenuhlaaa aku panjat .. aku henjut tapi tak bergerak. Satu je kesimpulan aku masa tu. AKU TAK CUKUP BERAT! hahahahhah .. jadi tiada alasan untuk diet! Malah kena menambah berat badan lagi! YEAH! huhuhuhuhuhu ...

Penat henjut, aku berhenti rehat sambil minum air dan dengar lagu. Lagu "Seribu Harapan" Jac pulak tu. Bertambah semangat dan harapan aku. hehehehhee

Lebih setengah jam .. akhirnya kesemua skru berjaya ditanggalkan dari tayar. Aku bertepuk tangan. Sangat gembira. Aku keluarkan tayar yang pancit dan pasangkan tayar yang satu lagi. Skru-skru pun dipasangkan semula. Bila suami sampai, skru dah dipasang. Dia bawakan air 100Plus ... hehehhee

"Tolong ketatkan je la. Takut tak ketat." Aku sengih.
"Huh! Tererrr ... lain kali tak yah nak risau dah!"
Aku sengih. Sengih. Sengih.

Bangga tidak terkata. Rasa macam dah buat satu benda yang sangat gah! Sepanjang drive balik, aku sengih. Sampai kat tol NPE nak bayar, budak tol tu tegur aku.

"Kenapa pipi tu ada calit hitam?"

Hahahahahaha ...

Nota kecik-kenot: Aku bangga dengan diri aku. Bukan selalu diri sendiri nak bangga dengan diri sendiri. kan? kan? kan?

---------------------------------------------------------------------------------
MV ini tidak ada kena-mengena dengan kisah diatas. I just love the song ;)

Friday, July 06, 2007

Kongsi

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmanni rrahim"
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walamyu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga." (Demikian diterangkan dalam adzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
"Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timurhingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang manakesemuanya membaca surah Al-Ikhlas."
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."

Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota kecik-kenot:
Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

----------------------------------------------------------------------------------------------
"Anak aku tu aku suruh mintak polis ke askar lepas SPM tapi mengada-ngada nak sambung belajar. Dia mintak universiti, dapat pulak tu. Sampai bila la dia nak belajar. Aku ni nak merasa duit dia tapi sekarang aku nak kena tanggung dia belajar lagi. Aku nak juga merasa joli pakai duit anak aku bagi tiap bulan. Memang la duit tak boleh nak bawak kubur tapi Al-fatihah, doa tu sesapa pun boleh sedekah, bukan takat anak je. "

Itulah 'luahan' hati seorang ayah yang bengang anak dia nak sambung belajar. Hmmmmm ....

Thursday, July 05, 2007

Lapar. Rindu. Sakit. Mahal. Sedap.

Sebenornya aku rindu nak makan makanan yang mak masak. dah berbulan rasanya tak merasa. kali akhir bila ya .... hmmmm wow! lama sangat sampai aku sendiri tak ingat. Mak kalau ke sini, aku tak bagi masak. Kalau dia ke rumah adik atau kakak aku, dia pun jarang sangat masak sebab adik ngan kakak aku suka beli.

Hujung minggu ni mak datang lagi tapi mesti tak masak jugak sebab dia gi kenduri. hmmmm .....

Hari ni aku balik cepat dari biasa. Pukul 3 aku dah balik. Naik taxi gi stesen komuter putra dalam keadaan pening lalat sebab tak makan. Aku tak drive sebab tangan kanan sakit. Torn muscle kat lengan. Suffer gila sebab tak buleh nak angkat tangan. Nasib baik masih boleh menaip dan menulis. Masak pun tak boleh semalam ... Alhamdulillah, suami banyak sangat membantu sampai aku rasa helpless, hopeless. Dia masak, dia layan anak-anak makan, dia basuh pinggan, dia masukkan kain baju dalam washing machine, dia tengok-tengokkan homework anak-anak, dia pakaikan baju untuk aku. hehehhee ... *maluuuu*

Hari ni dah a bit better. Dah boleh basuh pinggan. Cuma nak masak tu tak boleh lagi. So kitaorang ramai-ramai gi pasar malam flat proton. Beli makanan. Makkkk aiiiii .... paling murah RM2. Nasi lemak biasa dengan meehoon goreng lambak seciput dah RM2 setiap satu. Lepas ni kalau harga tak naik, mesti makin sikit portion makanan yang dijual terutama makanan nasi .. maklumlah harga beras dah naik.


Dalam banyak-banyak makanan yang dijual, aku berkenan pulak dengan Yong Tau Foo. Syabil pun nak. So beli lebih sikit. Aku pilih yang besar-besar. Kalau tak habis boleh simpan dalam fridge, esok-esok boleh buat je.

Dengan gembiranya memilih .. tak ingat dunia sekejap. Budak pompuan tu potong dan potong dan potong. Dia bungkus ... "RM25.50 kak" sambil tersenyum manis. Makkkkk aiiii ... first time aku beli makanan kat pasar malam harga macam tu. Aku tak bagitau suami. Takut kena marah. hahahhahaha

Sampai rumah, lepas maghrib kami pun menjamu selera. Masa amik yong tau foo tu tak ingat apa dah .. bila time makan, secoit je aku jamah. hehehehe ...

Last-last aku makan tembikai satu pinggan sorang-sorang. hahahahah ... nikmattttt. Super-duper-wooper-zuper juicilicious!


sedap?

ni lagi sodapppp ...

Pedihnyaaaa ...

"Apa masalah tuan aku ni? Dari pagi tadi tak berhenti keje. Dah berapa banyak tape dia nengok. Tak berenti menaip dari tadi. Dah masuk 2 lebih ni. Nak kata puasa, pagi tadi dia ada teguk air suam segelas. Dia tak kesian kat aku ke? Tolongggglaaaaa ..."

Itulah rentehan Sang Perut yang amat merindui makanan dan minuman. Dia dah berbunyi nyanyi la la la la le le lekkkkkk ... dah naik pedih pun.

Waaargghhhhhh .... aku lapar .... takde mood nak bercerita. Tapi nak makan apa ek? Semua makanan yang terlintas kat kepala tak berjaya menggoda taste bud aku. huhuhuhuhu ....

Makkkk .. Angah lapar. Huh! Lama benar tak makan masakan mak. :-(

Tuesday, July 03, 2007

Daulat

Ada banyak perkara yang berlaku disekeliling aku yang hendak aku ceritakan tapi aku tertarik dengan satu headlines ni.

"Sultan Kedah sedih."

Aku pun bacalah. Kenapa pulak manusia ni sedih. Sedih pasal ada rakyat yang tak makan, tak berumah ke?

"Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sedih, sepanjang 49 tahun menjadi Sultan Kedah, ini merupakan kali pertama baginda menerima layanan sebegitu," kata Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Itu mukadimah dimuka depan. Huh! Sangat menarik. Dia sedih bukan sebab ada rakyat sengsara tapi sebab diberi layanan tak memuaskan. Apa yang telah terjadi? Dia kena makan bersila atas tikar mengkuang kat majlis rasmi ke?

"Itulah perasaan Sultan Abdul Halim yang diluahkan Menteri Besarnya selepas insiden yang memaksa baginda berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk menonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kedah dan Perlis di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Sabtu lalu."

Lorrrr .... pasal tu rupanya. Hampeh punya Sultan. Itu pun jadi isu besar ke? Menyampah aku. Ada rakyat yang terpaksa berjalan berpuluh kilometer untuk cari rezeki halal, takde komplen pun. Kalau berjalan 2km sebab melawat rakyat kat kampung hulu-hulu yang susah tu aku respect jugak. Mangkuk ayun. Aku marah ni.

Ada orang Kedah yang nak marah aku sebab aku maki Sultan depa, pedulik apa aku. Daulat?!? Sooodaaaaalaaaaa ....

Nota kecik-kenot: Semua Sultan yang ada kat Malaya ni hampeh! Perabih duit rakyat je! :P

Monday, July 02, 2007

Biasalah tu ...

"Syukur Alhamdulillah. Pakcik dan makcik berbangga dengan pencapaian anak kami. Dia dah bekerja keras untuk mencapai cita-citanya. Pakcik dan makcik memang mendorongnya dari dulu lagi."

"Makcik tak kisah apa orang kata. Makcik tau kebolehan anak makcik. Makcik tau dia akan berjaya. Makcik akan sokong dia."

"Doa pakcik untuk anak pakcik tu. Semoga Allah akan makbulkan doa dia untuk berjaya dalam perjuangannya."

Demikian antara doa-doa serta harapan yang dipanjatkan oleh kedua ibubapa demi ingin melihat kejayaan anak-anak mereka. Besar hajat mereka agar anak-anak mengendong kejayaan tinggi.

Berjuraian airmata anak-anak dan ibu bapa apabila ada yang berjaya. Meleleh sayu juga air mata itu jika anak-anak mereka kecundang. Berpelukan memberi dorongan dan kata semangat. Terharu dengan kejayaan. Sedih dirundung kegagalan.

Apabila berjaya, satu dunia dia yang punya. Bukan setakat wang, harta benda turut menjadi milik peribadi.

Biasalah tu.

Kejayaan bukan setakat memiliki wang dan kebendaan. Kejayaan juga bermakna persahabatan turut terjalin. Persahabatan yang tiada taranya. Persahabatan yang seperti ikatan persaudaraan.

Sepanjang perjalanan menuju ke puncak jaya, semua ilmu dijelajah. Ilmu lentok, ilmu pegang, ilmu kangkang, ilmu rapat, ilmu peluk, ilmu lonjak, ilmu tangkap. Semuanya. Segalanya. Tiada yang terkecuali. Semuanya demi ilmu.

Biasalah tu.

Jadinya disebabkan ikatan itu, tidak salah untuk berpeluk, bercium antara bukan muhrim. Itu semua perkara biasa. Tidak salah. Lagipun bukan dibuat ditempat tertutup. Bukan berkhalwat pun. Semua orang nampak. Satu negara nampak. Mak dan ayah pun nampak juga. Jadi tiada salahnya. Berpeluk-ciumlah dalam tawa, dalam tangis.

Biasalah tu.

Kemudian anak-anak kecil pulak menjadi buruan. Habis semua anak-anak kecil berbakat diarah menjalani ujibakat. Berduyun-duyunlah ibu dan ayah memakaikan pakaian terbaik pada anak-anak mereka. Dihurung ke tempat ujibakat sambil memberi kata dorongan agar membuat yang terbaik. Mereka yakin anak merekalah yang dicari-cari selama ini untuk menjadi generasi pelapis bagi barisan idola yang ada sekarang ini.

Tibalah masa kejutan dibuat. Setiap satu anak-anak kecil ini dilawati dan diberitahu yang mereka berjaya meneruskan cabaran. Wah!! menangis, terharu ibu dan ayah mereka.

Biasalah tu.

Nota kecik-kenot: Aku kasihan ... amat kasihan. Sedih melihat generasi akan datang yang bakal menjadi pemimpin semakin dilekakan dengan hiburan melampau. Sedih apabila ibu bapa turut bersekongkol dan beria-ia memberi dorongan tanpa berfikir. Sedih apabila kesemua itu dilihat sebagai satu kebiasaan .. seolah tiada salah. Semuanya biasa ....

Friday, June 29, 2007

Mari membuat kebajikan

Selalunya aku tak suka sangat-sangat layan tag ni. Tapi kali ni exceptional. Puan acciatura telah tag aku. Mungkin juga lepas aku menjawab meme tu, aku akan tag orang lain. So, don’t get mad at me because it is all for charity ya.

Klik sini untuk tujuan dan syarat-syarat, jika anda kena tag.

1. A person is only as good as he/her wants to be
2. Friendship is always forever.
3. To love is to accept unconditionally and to risk not being loved in return.
4. Money makes me rich! Hahahahahha....
5. I miss my 2 years of being a fulltime homemaker
6. My way of saying I care is by
listening, caring, nagging most of the time and ignoring them sometimes .. hehehhehe
7. I try to spread love and happiness by sharing and nurturing it to my children
8. Pick the flowers
when no council’s enforcement is around to fine you for damaging ‘public’s’ property! hehehhee
9. To love someone is to make him/her happy
10. Beauty is
subjective
11. When I was thirteen, what I remember the most was
a girl who doesn’t give a hoot of what people especially her elder sister’s thought about how she dressed and how her hairs looks like!
12. When I was twenty one, I remember
being looked upon by a group of friends and always wonders why ... and still am.
13. I am most happy when
my kids and everyone around me HAPPY.
14. Nothing makes me happier than seeing my family and friends happy
15. If I can change one thing, I will change NOTHING!
16. Wouldn’t it be nice if we could
live in harmony without war and famine
17. If you want to cry then you have to do
it somewhere else .. coz I wouldn’t know how to comfort you. hahahhahaa (this applies for adults only)
18. Money is not everything but one of THE thing.
19. The most touching moments I have experienced
were when I gave birth to all my 4 darlings
20. I smile whenever I feel like smiling .. I can even smile while I’m angry. hahahahhaa
21 When I am happy, I laugh and smile

22. The best thing I did yesterday was not going to work and stay at home with Irfan dan Nisaa' .... and sleep! hahahahahappyyyyy ...
23. If I ever write a book, I will give it this title, “Siti Khadijah: The epitome of Women of the World”.
24. One thing I must do before I die is to perform the haj with each and every single family that we (hubby and me) have.

25. Doing this meme, I feel like crawling into my bed and go back to sleep .. zzzZZZzzzzz ... but I can't coz I'm at the office .. arrgghhhhh ...

Lanjutan tag ini adalah untuk Khairyn, Iman Mawaddah dan Akirasuri San

Nota kecik-kenot:
Okey, this is the rule. If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many person as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing rm127 to the Darul Izzah Orphanage".
Then please copy and paste this rule somewhere in your entry. The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences........

Then go here and leave a comment so idham could make a count. Happy meme-ing! :D

Wednesday, June 27, 2007

bla bla bla ... Jawapannya 'B'

huh! semuanya gagal memberikan jawapan yang tepat lagi betul. Puan-puan yang bersembang sakan tu bukan typical punya puan. Kununnya mereka ini puan-puan yang duduk kat sebuah bandar satelit yang sangat up-to-date gitu. Jadi perbualan mereka tidak di lokasi yang biasa-biasa. Maka mereka merasakan adalah lebih up-to-date bersembang tentang diri dan keluarga mereka di tempat dimana ramai orang boleh melihat dan mendengar mereka.

Oleh itu jawapannya adalah:

B) Tepi kereta distesen minyak

Kedua-dua puan ini telah berada di tepi kereta salah seorang puan lagi di sebuah stesen minyak lebih 30 minit. Mereka baru sahaja selesai mengisi minyak untuk kereta-kereta mereka yang canggih itu. Selesai memberi minum kereta-kereta itu, mereka berkeputusan untuk bersembang seketika tanpa mengalihkan kenderaan masing-masing dari petak mengisi petrol itu. Jadi puan-puan ini pun memulakan sesi bersembang dengan kuat dan bersemangat sekali tanpa mempedulikan orang lain yang ingin mengisi tangki minyak kereta mereka. Kebetulan pula jam dalam 8 pagi, memang ramai yang memenuhi stesen untuk mengisi keperluan kereta tapi apa puan-puan ini peduli. Berselang-seli kereta-kereta di petak-petak lain beredar tapi mereka masih lagi disitu. Walaupun ramai mata yang memandang dan kepala menggeleng, mereka tetap utuh dengan semangat sembang mereka. Sungguh menakjubkan azam puan-puan itu untuk melangsaikan sembang mereka ditepi kereta di stesen minyak.

Aku? Antara pemandu yang bengang sebab 2 petak tak boleh diguna disebabkan puan-puan dua orang ni. Aku dah isi minyak, dah masuk beli cikedis dengan ribena, isi angin tayar, pegi tandas .. depa masih kat situ gak. Macam tak dak port lain nak sembang. Gi la salon ke, kafe ke, kedai runcit ke, kedai mamak ke, tandas ke ... adehhhh

Nota kecik-kenot: Accia, makanan yang dipaparkan itu adalah sejenis sate yang dicucuk menggunakan batang serai.

Tuesday, June 26, 2007

bla bla bla .....

bla bla bla .. hehehehehe ... kekekekkeke....bla bla bla bla ..... hehehhehee

"You tau tak. My husband tak berapa sukalah resipi yang I masak hari tu."

"Eh. Kenapa? Husband I suka sangat."

"Bukan setakat husband I je. Anak-anak I pun tak berapa suka. Untung you dapat husband tak cerewet makan. Husband I susah sikit. Sampai anak-anak pun terikut-ikut."

"Iya ke. Eh. You tak keje ke hari ni?"

"Tak. I saja ambil cuti sehari. Nak rehatlah. My maid cuti sehari semalam. Semua keje I buat sendiri. Penat sungguh. Hari ni I nak pamper diri I."

"Kenapa your maid ambil cuti tengah-tengah weekdays?"

"Dia kan nak balik next month. Nak uruskan banyak benda katanya. I bagi je la."

"Abis you dah ada pengganti ke?"

"I pun tengah pening kepala ni. Nantilah I suruh my husband tolong tanya-tanyakan."

bla bla bla bla bla bla .... hehehehehe.... bla bla bla bla ... kikkikkikkik ...

Dimanakah mereka asyik bersembang hingga tidak ingat dunia dan keadaan sekeliling?

A) Tepi tembok depan rumah
B) Tepi kereta distesen minyak
C) Tepi pagar belakang rumah sambil sidai kain
D) Tepi sinki dalam tandas

E) Tepi counter cashier dekat restoran mamak