Friday, March 30, 2007

Perempuan Oh! Perempuan

Aku perempuan tapi terus-terang aku sendiri tak faham akal perempuan. Cara perempuan ni fikir kekadang merunsingkan kepala. Aku sendiri kekadang tak faham dengan perangai aku tapi sekurangnya aku berusaha untuk tidak menyusahkan orang lain dengan masalah-masalah yang dibuat sendiri. Bila tentang agama, tiada garis kelabu pada aku. It's always either black or white! No two ways about it.

Apa yang aku baca dan saksikan semalam betul-betul mengguris hati aku sebagai seorang perempuan dan juga ibu. Aku bayangkan Zinnirah dan Nisaa' Az-Zahraa. Semoga kedua-dua permata hati ini sentiasa dilindungi Allah dan ditunjukkan jalan yang benar sepanjang kehidupan mereka, terutama jika aku tiada lagi untuk membimbing mereka. Doa aku agar mereka menggunakan akal mereka dengan bijaksana, bukan mengikut hati dan nafsu melulu semata-mata.

Di dalam sebuah suratkhabar harian semalam:

Di Kota Kinabalu, seorang perempuan berusia 24 tahun risau dirinya jadi perhatian masyarakat, terutama masyarakat Islam sebab dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Dia lebih selesa dan gemar menjalani hidup seperti orang bukan Islam. Alasannya dia tidak pernah diberi pendidikan agama sejak dari kecil oleh kedua ibu bapanya. Bapanya Melayu Islam manakala ibunya Sino-Kadazan yang menganut Islam ketika hendak bernikah dengan bapanya. Disebabkan alasan-alasan yang dua itu, perempuan itu mahu keluar dari agama Islam secara "sah". Pergilah dia ke mahkamah meminta agar perkataan Islam dipadamkan dari kad pengenalannya. Dia juga mahu keluar dari Islam. Kata perempuan itu, jika dia masih dikenali sebagai orang Islam, sukar untuknya menjalani kehidupan seperti yang dia mahu dan suka - iaitu seperti orang bukan Islam. Jika begitu keadaannya, orang keliling akan mencemuhnya.
Mahkamah tolak permohonan perempuan itu sebab 2 alasan itu tidak cukup kukuh.

Di dalam laporan berita stesen televisyen swasta semalam:

Seorang budak perempuan pergi ke mahkamah dengan kedua ibu dan bapanya. Budak perempuan itu mahu mahkamah memerintahkan lembaga peperiksaan menyahkan perkataan "GAGAL" yang dicetak bersebelahan keputusan peperiksaan matapelajaran Agama ISLAM. Budak perempuan itu rupanya tidak mengambil peperiksaan untuk pelajaran itu ketika SPM. Dia ambil PELAJARAN MORAL.
Mahkamah kata tidak boleh juga. Permintaan budak perempuan itu ditolak sebab budak itu yang membuat keputusan untuk tidak mengambil peperiksaan untuk matapelajaran agama ISLAM padahal ianya wajib diambil kesemua pelajar ISLAM.

Inilah jadinya kalau perempuan-perempuan mengikutkan perasaan. Perempuan-perempuan ini samada kurang mendapat bimbingan yang terbaik dari kedua ayah dan ibu atau sengaja tidak mahu mendengar kata.
Kasihan? Simpati? Dah boleh bini dan mak orang ... masih tak boleh nak pikir apa yang betul dan apa yang salah???
Ingat, dengan salahkan mak bapak, boleh dijadikan lesen untuk keluar dari agama?
Ingat, dengan tidak ambil periksa agama ISLAM boleh lepas?
Aku hangin betui dengan mak pak budak pompuan tu! Sokong anak buat macam tu? Adehhh ....


Nota kecik-kenot: Aku bersyukur sebab dua orang hakim tu masih lagi waras. Sementelah hakim yang decide nak tolak permohonan budak pompuan tu hakim india. bagus.

Wednesday, March 28, 2007

Changkat Jering

Sepanjang hidup aku dibesarkan di bandar bernama Petaling Jaya. Rumah sewaan ayah dan mak disebuah lorang Jalan 7, Sungei Way. Suasana di dunia kecil itu tak ubah seperti kampung. Maklumlah majoriti yang menyewa disitu asal dari kampung juga. Mereka berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki dan akhirnya berumahtangga dan membina keluarga.

Namun, 2 tahun terawal hidup aku berada di kampung. Rumah Opah dan Tok Wan. Aku ingat lagi, mak dan ayah datang menjenguk aku dan kakak sebulan sekali, tiap hujung bulan. Bahagia sangat kalau mak dan ayah datang. Bila mak dan ayah nak balik, aku yang paling dulu menangis. Maklumlah aku masa tu anak "bongsu", belum ada adik.

Duduk di kampung ada seronok, ada tak seronoknya. Yang seronok banyak gak. Nanti aku cerita. Yang tak seronok ialah kakak lebih disayangi oleh orang-orang dalam rumah tu. hehehhe ... kan ke aku pernah cerita aku ni anak yang selalu dipinggir. Aku pun tak tau kenapa tapi yang pasti aku pernah yakin yang aku ni anak angkat mak dan ayah.

Di kampung banyak gak pantang larangnya. Yang paling aku ingat sampai sekarang, bila nak lalu tepi hutan kena mintak izin .. isyyy bida'ah tul. Tapi itulah yang atok nenek opah tok wan oyang kita ngajor. Kalau tak nanti kena tegur, kata depa.

Aku: Boleh tak kita tegur balik kalau kena tegur?
Opah: Isyyy kamu nih!
Aku: Salah ke?
Opah: Hang ni banyak tanya. Cuba duduk diam-diam. (Aku selalu kena marah sebab banyak tanya)

Kampung aku ada 2. Satu kampung belah ayah di Trong, Changkat Jering, Taiping Perak. (Sampai sekarang aku tak pernah jumpa pokok jering pun atau aku yang tau rupa pokok jering! hahahaha)


Tak tau kat mana Changkat Jering? Alaaa .. dekat dengan rumah Jins Shamsudin tuu ... kata rakyat jelata Changkat Jering pada sesiapa yang tak tau kat mana kampung ayah aku ni. Macam la satu Malaya tahu Jins Shamsudin tu orang Changkat Jering! Agaknya sebab tu salah satu siri filem "Esok" Jins ni berlokasi di Changkat Jering. Filem tu "Tiada Esok Bagimu."


Kalau tak pun depa akan cakap, "Alaaa ... yang tayang kat citer wayang Noorkumalasari berlakon tu. Si Mahyon Ismail jadi maknya."

Macamlah dalam wayang tu ada terpampang nama Changkat Jering. Setakat tayang Pekan Ahad adalah. (Laksa kat Pekan Ahad power tau. Atok sedara aku yang jual, so boleh makan free tiap hari Ahad.)



Errr kalau korang nak tau, time Noorkumalasari dok nangis-nangis merayu kat mak dia yang dia tu anak mak dia tu ... aku ada main-main kat laman rumah watak mak tu. hehehhe (Selingan: kalau nak dengar kisah Noor sekarang, gi sini www.damaitv.com)

Kampung lagi satu di Lenggeng, Negeri Sembilan. kampung mak ni. Kampung ni jarang-jarang kami balik.

Aku sebenarnya pernah duduk dengan opah dalam 2 tahun. Mak dengan ayah bekerja di PJ, jadi tiada siapa yang boleh ngasuh aku dan kakak. Ya. Aku pernah bersekolah di Taiping. Nama sekolah tu Treacher's Methodist Girls School (TGMS), Jalan Lumba Kuda, Taiping. Tua sekolah ni. Ditubuhkan pada 1889 oleh mubaligh-mubaligh kristian methodist. Setahun sahaja aku bersekolah di situ. Darjah 1 pada tahun 1979. Jadi ingatan aku pada saat-saat bersekolah disana tidak begitu terkesan di belakang minda aku ni. Hanya beberapa perkara yang aku ingat.



Peristiwa seorang rakan yang dirasuk ketika berada dalam tandas dan sejak itu sesiapa yang nak ke tandas diwajibkan berteman sebab kawasan sekolah tu, terutama dekat tandas dikatakan keras.

Sekolah ni dekat jugak dengan sekolah King Edward. heheheheh ... sekolah lelaki ya. Jadi, walaupun masih kecik-kenot tapi perasaan malu dah bercambah. Kalau ada budak-budak sekolah King Edward yang usik-usik, tersipu-sipu malu. Sebab tu boleh relate jugak dengan cerita "Mukhsin" tu. (Eerrrr sebenornya aku tak nengok lagi! hehhehe) Tapi idak ler sampai naik beskal sekeliling kampung sama-sama.



Nama budak King Edwards yang aku suka nengok dan dia pun suka nengok aku tu .. nama dia Shahidan. hahahhaha .. Wah! Aku masih ingat nama itu ya. Errr bukan Shahidan Kassim tu ek! Shahidan ni cumel je. Selalu pakcik, makcik sepupu aku ngusik aku dengan shahidan ni. Bila ingat balik, budus mereka itu. Budak darjah 1 dah diusha-usha jadi boipren, girlpren. Bila aku jumpa semula Shahidan bila kami dah muda remaja, sememang dia cumel. Aku lagi tinggi dari dia. hahahaha ... potong kukus betui!

Oh ok! Berbalik pada noltagia di Treacher's Methodist.

Pernah satu ketika aku mendapat markah 100 untuk ujian ilmu hisab. Kembang kempis hidung. Tersipu-sipu bila dipuji kawan tapi akhirnya sejenak cuma kekembangan itu. Rupanya markah aku dalam 60+ sahaja. Cikgu tersalah semak. Bayangkan perasaan seorang kanak-kanak yang belum pun genap berusia 7 tahun (maklumlah lahir ujung tahun :D) bila diejek kawan-kawan. Chis!!!

Trauma aku dengan subjek ilmu hisab ni sampai sekarang ... sampai setiap kali ujian matematik aku tak pernah harap dapat lebih dari 60 markah! hhahahahaha .. Malah aku selalu yakin aku gagal setiap ujian matematik aku hingga aku pelik bila keputusan SPM aku mengesahkan aku lulus kertas matematik, sampai aku jumpa Puan Julia guru maths sebab tak percaya. Dia pun tak percaya! hahahahahhahampeh!

Yang paling tidak aku lupa ialah seorang guru. Dia guru kelas ku. Sampai sekarang aku pasti tidak akan lupa namanya walaupun kenangan wajah dan lubang hidungnya sememang sudah terpadam dimemori dibelakang minda ini.

Namanya Mrs Quek. Mudah kan? Macam bunyi-bunyian itik ...

Aku dan kakak pernah juga ketinggalan van yang bertanggungjawab menghantar dan menjemput kami pergi dan pulang sekolah. Aku ke tandas. Kakak menemankan. Pakcik (bukan pa'chik ek!) bas terlupa akan kami. Duduklah kami berdua di atas beg kotak bersegi bercorak kekotak berwarna merah bergaris hitam dan putih. Kami menunggu sehingga Maghrib. Tak berganjak langsung dari tempat kami menunggu. Nak terkucil pun kami tahan. Risau ditinggal sekali lagi kalau pakcik patah balik mencari kami.

Akhirnya sebuah kereta peronda pulis menghampiri dan bertanya kenapa kami masih disitu. Kakak penakut. Terkunci rapat mulutnya. Padahal dialah wira becok lebih-lebih lagi kalau nak marah aku.

Aku: "Tunggu pakcik. Pakcik dah pegi."
Pak Pulis: "Rumah kat mana?"
Aku: "Kat Changkat Jering. Dekat rumah Jins Shamsudin (betapa bangganya orang Changkat Jering dengan Jins Shamsudin nih!)
Pak Pulis: Dah nak malam. Jom pakcik hantar balik.
Aku: Ok. Nanti tunjuk jalan. (konfiden! huhuhuhuhu)

Memang aku tunjuk jalan balik ke rumah Opah pada pak pulisi. Kakak aku? Duduk dediam nangis! Aku bangga gila sebab dapat naik kereta polis. Aku hormat depa. Sekarang? Hormat aku makin pudar. Jangan harap aku nak bagi anak-anak aku naik kereta polis .. melainkan mereka ditangkap kerana berbuat perkara yang betul demi agama dan negara.

Itulah antara kenangan aku ketika bersekolah di Taiping. Masuk Darjah 2, aku sudah berada di Petaling Jaya. Kembali bersama mak dan ayah. Aku sekolah kat Sekolah Anak Setan pulak! Oopssss Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah 2, Petaling Jaya (SKSAS). Akan aku ceritakan kisah aku di sekolah ni satu hari nanti bila benak di belakang minda ini terurai :D

OH ya! Satu lagi kisah yang masih terpahat di kepala ini ketika aku bernetap di Changkat Jering dekat rumah Jins Shamsudin, bersama Opah dan arwah Tok Wan.

Aku pernah dikejar lembu. Ya. Betul. Masa tu aku ke tadika dekat surau Jalan Air Kuning. Uniform tadika aku berwarna merah menyala. Balik dari sekolah aku akan lalu denai tepi-tepi hutan kecik dan belukar serta belakang rumah orang. Kampung dulu-dulu mana ada jalan yang bertar. Denailah sistem jalanraya yang paling mudah. Tak perlu bayar tol pun! :p

Kebetulan satu hari seekor lembu jantan sedang asyik meragut rumput di tepi belukar dekat dengan kubur. Entah kenapa aku pun asyik memerhatikan lembu itu makan tengahari rumput-rumput subur berkhasiat.


Tetiba lembu tu menoleh dan matanya singgah manja ke arah saya yang tengah melengu memerhati binatang besar sasa itu santap.
Terus lembu itu merengus. Aku tak tau apa makna rengusan tu. Masih lagi sedap bersandar bawah pohon manggis bersenang-lenang.
Kaki kanan lembut itu menguis. Wah! Mahu menarikah dia?
Rengusan lembu itu semakin kuat. Barulah rasa risau dan takut bersarang dihati. Hati kata "LARI!" tapi minda kata "NANTI." Siapa menang?

Tentulah hati menang. Aku lari sekuat hati macam pelesit. Tak jijak tanah wooo! Jarak dari "Crime Scene" sehingga umah Opah ada lah dalam 1km. Aku berlari, si lembu mengejar. Aku nangis, lembu rengus. Tak terasa jauhnya larian Olimpik itu. Sampai rumah, aku masuk tutup pintu, intai balik tingkap. Eh! Lembu dah takde. Aku tak tahu setakat mana lembu itu berhenti mengejar. Yang pasti sejak itu Wan Chu (anak no-9 opah, adik bongsu ayah. ayah anak sulung) wajib menjemput aku balik dari tadika. Kalau Wan Chu lambat, aku takan berganjak dari tadika.

Kawan baik aku ialah Intan. Dia suka sangat makan nestum. Tak nak makan nasi. Aku cakap dia baby. Ye lah, baby je suka makan nestum. Aku rindu Intan. Kami terputus hubungan sampai sekarang. Pernah terserempak dengan Intan masa bersekolah di Menara tingkat 13. Dia ambil jurusan accountancy kalau tak silap. Kurus je orangnya. Mana taknya dia suka makan nestum! hehehehe.

Masa aku jumpa dia tu aku tanya dia makan nestum lagi ke ... Intan kata kekadang ada gak! Adehhhh!! Sekarang aku tak tau dimana Intan. Kalau tanya Wan Chu mungkin dia tahu kot. Dah berkeluarga agaknya.
Kenangan semasa di Changkat Jering - panjat pokok manggis, mandi di anak sungai sebelah umah Opah, main selut kat bendang, berlari-lari di batas sawah, tunggu durian jatuh di kebun buah Tok Wan, main congkak tanah, buat anting-anting guna anak buah kelapa, berbatu seremban, tengok opah buat cendok dengan laksa guna sejenis alat dari kayu pastu jual cendol yang opah buat masa bulan puasa - isyyyy banyak sungguh ... memang boleh buat aku tersenyum sendiri.



Nota kecik-kenot : Aku tengah tersengih sengsorang depan pc nih! :D

Tuesday, March 27, 2007

Iklan

Ada perkara yang berlegar di kepala aku tapi agak berat topiknya, jadi aku abaikan dulu.

Dalam perjalanan ke pejabat sehari-hari, radiolah peneman setia penghibur hati. Selain lagu-lagu yang berkumandang, tidak sah kalau tiada selitan iklan demi iklan yang adakalanya menganggu keseronokan mendengar radio. Ada iklan yang OK, ada jugak iklan yang KO. Ada 2 buah iklan yang begitu menarik perhatian aku. Mesej serta maksud tersirat iklan yang dua ini sering buat aku sengih sendiri. Pada yang pernah dengar butir-butir dialog iklan-iklan tu, pasti boleh cam produk apakah yang cuba dipasarkan. Apa pula yang cuba diterapkan dalam pemikiran orang-orang yang mendengar iklan-iklan ini?

IKLAN 1
Perempuan : "Minggu Pertama"
Lelaki: "Wahhh! Cantiknya isteri abang."

Perempuan: "Minggu Kedua"
Lelaki: "Wahh! Besarnya kereta baru isteri abang."

Perempuan: "Minggu Ketiga"
Lelaki: "Wah! Seronoknya percutian kita di luar negara .. sayanggg."

Perempuan: Hidup akan lebih mewah bila menjadi agen kosmetik bla bla bla .....

Lelaki: "WAHHH! Indahnya rumah baru kita sayanggggg."

IKLAN 2
Cik Nah: "Zulkifli .. Zulkifli ... Zulkifli"

Cik Mon: "Eh! Bukan ke nama suami awak Hashim?"

Cik Nah: "Ya, Cik Mon. Tapi saya tak bolehlah kalau tak ada Zulkifli, Cik Mon."

Cik Mon: "Isyy .. Biar betul Cik Nab. Cik Hashim tak marah ke?"

Cik Nah: "Tak adalah. Cik Hashim la yang kenalkan saya dengan Zulkifli, Cik Mon."

haaa lebih kurang gitulah dialog-dialog iklan yang aku dengar. Macam-macam orang buat untuk lariskan barang ....



Nota kecik-kenot: Aku "suka" iklan Jomheboh yang baru .. ramai makhluk terkinja-kinja termasuk pak haji muda yang zaujahnya cantik bertudung litup :D

Monday, March 26, 2007

Aneh

Manusia ni makhluk Allah yang aneh. Aneh dari segi tingkah-laku, aneh dari segi pemikiran, aneh dalam segala segi.
Semalam aku baca sebuah akhbar kecil sisipan akhbar besar. Akhbar sisipan itu berbicara tentang dunia hiburan. Seperti biasa, kolum wartawan gossip menjadi tumpuan. Ya. Saya juga nak tau kegilaan dan kepelikan terbaru yang terhasil di dunia sebelah sana. Sungguh menarik kepelikan yang saya baca semalam.

1) Ianya berkait kisah seorang pengacara popular sebuah saluran televisyen swasta yang heboh dengan perkampungan dimana SEMUA .. ya! SEMUA pengacara wanitanya ayu bertudung selama 3 hari. Oppsss .. berbalik pada kisah pengacara wanita itu. pengacara itu baru mendapat segulung ijazah. Alhamdulillah .. baguslah. Makin bertambah manusia berijazah di Malaya sekarang. Begitu gumbira di hati pengacara itu. Akibat kegumbiraan tidak terhingga, sekembali dari menerima gulungan ijazah itu .. terus dia ke bilik. Ya. Bilik tidur. Bukan bilik jamban. Dirungkai satu persatu pakaian di badan. Lurutlah baju, kain, seluar dalam, baju dalam. Jadilah dia seperti seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia.

Dengan megah dan bangganya, dia pun bergambar dengan gulungan ijazah itu dalam keadaan BOGEL! Ya .. itulah mahasiswa negara. Makin aneh kelakuan mereka.

Pagi tadi ketika memandu ke tempat kerja terdengar berita ringkas di radio. Menteri Belia dan Sukan mempunyai idea baru bagaimana hendak mengurangkan statistik penganggur berijazah di Malaya. Susah hati rupanya dia ya. Maklumlah negara bernilai trillion ringgit tiba-tiba ramai penganggur yang berijazah.

2) Terdapat hampir 60,000 penganggur terhormat di Malaya ni, kata menteri perempuan bertubuh sasa itu. Jadi, dia menyarankan agar penganggur-penganggur ini "Pandang ASEAN". Bukan "Pandang ke Timur."

Cik Menteri tu kata, eloklah sekiranya mereka-mereka itu merantau mencari peluang pekerjaan di negara-negara ASEAN.

Hmmmm sedangkan rakyat negara ASEAN pun ke Malaya mencari pekerjaan ... Aneh bukan?

Jumaat lalu, sebuah portal web berita mengisahkan penemuan siasatan "Hari Ahad yang Berdarah" a.k.a "Bloody Sunday." Panel siasatan setuju yang pihak yang ada kuasa itu telah menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan kekerasan melampau ke atas rakyat Malaya yang turun ke jalan beramai-ramai membantah perintah memanda menteri.

3) Panel siasatan SUHAKAM kata sah polis menggunakan kekerasan melampau. Panel juga bersetuju bahawa rakyat malaya tak perlukan permit untuk berhimpun secara aman di bumi malaya ini. Perintah supaya mendapatkan permit sebelum berhimpun adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaya sendiri.

Semalam polis sambut "Hari Polis" ... ke 200 ya? Sudah bangka rupanya. Temanya cantik sekali "PDRM Ke Arah Terbilang di Dunia". Bagaimana pula dengan terbilang di mata rakyat Malaya? Ya. Betul. Bukan semua polis salah guna kuasa. Majoriti baik dan betul-betul berkhidmat kepada rakyat. Tapi disebabkan pembunuh Altantuya, si kaki pukul demonstrator, si sekutu pemaju, si makan rasuah dan segelintir lagi merosakkan keseluruhan sistem.

Betullah kata orang tua, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga." Aneh sungguh!

Itu belum lagi kisah seorang putera raja yang membelasah sang kekasih yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang pegawai polis. Akhirnya pegawai polis itu dihantar ke Sarawak dengan kadar serta-merta. WAH!! Sarawak jadi sarang "orang jahat"! Betul-betul aneh!

Di saluran tv yang satu lagi. Oh! bukan saluran televisyen swasta atau milik rakyat malaya itu. Siaran tv ini hanya boleh diikuti di laman maya. Ya. Dunia tanpa sempadan ini. Aku tertarik dengan kenyataan Ketua pemuda parti warna hijau itu. OH ya! kenyataannya bukan satu keanehan

4) Sudah tiba masanya Pemuda dan Muslimat turun mendekati dan menghulurkan salam kemanusiaan kepada "makhluk" disekitar Chow Kit dan lorong-lorong haji taib. (Kasihan Arwah Haji Taib .. namanya dikaitkan dengan maksiat .. aku masih mencari siapa gerangan Haji Taib ini hingga namanya disemadi didaerah itu.)

Kata Ketua itu, jika mereka tidak mendekati "makhluk-makhluk" itu, siapa lagi? Hendak diharapkan makhluk yang sukakan keris yang dihunus? Makhluk itu lebih rela menggadai nyawa terjun di kutub utara.

Ketua itu kata tidak salah menyapa memberi salam. Tunjukkan rasa kemanusiaan, bukan kejian dan pandangan hina kerana mereka itu semua hambaNya juga.

Bagus gesaan ketua itu, walaupun seorang pemimpin wanitanya baru sahaja kehilangan nafas dikejar mat pit baru-baru ini. Harap tidak melunturkan niat baik untuk berdakwah.

Oh ya! Semalam televisyen yang ada 4 saluran itu buat undian lagi. Kali ni tentang program anak-anak remaja yang mahu diajar berperang dan berinteraksi sesama kaum. Harapan aku semoga makhluk Malaya yang suka bergesel antara lelaki dan perempuan demi memperjuangkan kesamaan jantina tidak akan menentang.

5) Ketua negara nombor Ithnain yang dikatakan tak sebulu dengan ketua nombor Wahid. (Betul la tu .. memang bulu-bulu mereka tidak sama!)

Ketua nombor Ithnain itu sedang berkira-kira untuk mengkaji saranan untuk memisahkan peserta PLKN perempuan dan lelaki. Keputusan undian menyatakan 54% setuju dan selebihnya tidak setuju.

Aku? Setuju la. Anak perempuan aku ada 2. Kalau ditakdirkan depa masuk PLKN tu aku nak depa selamat dari mata-mata dan tangan-tangan makhluk yang tak betul.



Nota kecik-kenot: Makhluk Malaya semakin aneh ...antaranya keanehan manusia yang lepas kencing atau berak tak reti nak flush!! Pastu tong sampah sah2 ada dalam setiap cubicle tandas tapi masih buah tisu dalam mangkuk jamban! BONGONG!

Friday, March 23, 2007

Realiti yang Gila

"SILA JELASKAN BIL TERTUNGGAK ASTRO ANDA DENGAN KADAR SEGERA. HUBUNGI 1 800 *** *** UNTUK PENYAMBUNGAN KHIDMAT ASTRO ANDA DI MUSIM AKADEMI FANTASIA KE-5 INI."

Itulah mesej penuh mesra dan sopan dari syarikat milik seorang manusia yang diiktiraf salah seorang manusia terkaya di Malaysia dan Asia, ditujukan khas buat salah seorang rakyat Malaysia yang sudah tidak mampu lagi untuk
membayar tunggakan bil siaran televisyen satelit yang dilanggannya.

Begitu "hantu"nya rancangan hiburan yang memaparkan realiti manusia tanah melayu dan borneo yang kemaruk hiburan nyanyian dan jeritan teruja. Masakan tidak? Sejurus diterimanya layangan ingatan itu, manusia yang tidak mampu itu lekas-lekas mengeluarkan simpanan hari kecemasan semata-mata untuk memastikan dia tidak tertinggal walau sesaat pun isi kandungan rancangan itu.

Sampai sekarang aku tak faham apa yang seronok sangat rancangan ni. Dari musim yang pertama hingga musim terkini aku tidak mengikuti. Adalah sekali beberapa tahun dulu, aku bertanya pada seorang sahabat akan peri pentingnya rancangan itu.

Dia menontonnya. Malah adakalanya turut bercerita tentang watak-watak manusia yang menyertainya. Dia juga kata dia agak kagum dengan kebolehan watak-watak itu yang perlu berlatih menyanyi, menghafal lirik, belajar menari serta turut sama menjadi penyanyi iringan ketika watak lain menyanyi. Kata dia, susah nak buat semua itu dalam masa seminggu cuma. Apatah lagi kesemua watak-watak itu dikurung di dalam sebuah rumah tanpa boleh berhubungan dengan sesiapa pun di luar "alam realiti" mereka.

Satu hari kami singgah ke rumahnya di waktu makan tengahari kerana bosan di pejabat. Dia pun buka saluran yang memaparkan diari watak-watak dalam rancangan yang rupanya menjadi kegilaan seantero malaya ketika itu dan juga kini.

Menontonlah aku. Macam-macam soalan yang tanya dan macam-macam jawapan yang aku dengar. Tapi ianya tidak cukup memahamkan aku tentang kegilaan itu. Itulah sekali aku menonton. Selepas itu aku abaikan "kepentingan" rancangan berkenaan. Sekali sekala ada juga seorang rakan yang memasang kuat rakaman nyanyian watak-watak di dalam rancangan itu yang dimuat turun ke dalam komputernya, sambil memberi ulasan samada watak itu menyanyi lebih bagus berbanding penyanyi yang asal.

Tiba satu musim dimana makhluk bernama "Mawi" menjadi kehisteriaan manusia malaya. Aku pelik sekali lagi. "Lorrrr sapa pulak manusia itu?"

Rupanya watak makhluk "Mawi" itu amatlah popular. Siapa yang tidak kenal akan dia. Anak kecil dalam buaian dan nenek yang makin nyanyok pun kenal akan dia. Semua akhbar-akhbar orang melayu memuji-mujinya. Cuma aku je yang tidak tahu siapakah makhluk itu. Ya. Dirumah aku tiada khidmat siaran berbayar itu.

Akhirnya aku tahu juga gerangan makhluk itu. Kini sedang sibuk belajar berlakon pula makhluk itu dengan Mrs. Sifu.

Kini, histeria yang sama berulang lagi. Dari pembacaan, aku tahu yang kononnya, kisah seorang watak yang terbaru sedang heboh diperkata. Beraksi lucah, orang kata. Nauzubilllah.

Bilalah tiba masanya aku akan faham akan kegilaan ini? Aku tak tahu dan aku tak mahu faham.


Nota kecik-kenot: aku suka nengok "Agrotek" dan "Agrojurnal", sebab setiap kali aku nonton terbayang pelbagai jenis lauk dan masakan yang boleh dihasilkan dari produk-produk yang dipaparkan. huhuhuhuhu ...

Thursday, March 22, 2007

Aisya


Siti Aisya Syazreen Shahidan. Indah sungguh nama itu.


Anak kecil berusia 3 tahun ini menderita sejenis sindrom yang amat jarang dihidapi manusia. Aisya menderita Sindrom Fraser. Anak kecil ini tiada kelopak mata, jari jemarinya bercantum, tidak boleh mendengar, tiada buah pinggang.


Ketika Aisya lahir, ibunya Norhayati Yahya begitu terkesan melihat keadaan anaknya sebegitu, apatah lagi anaknya yang sulung juga lahir mengidap penyakit yang sama namun dipanggil Ilahi 45 minit selepas dilahirkan.


Seminggu lamanya Hayati trauma. Seminggu lamanya ibu muda itu tidak mampu memandang Aisya.


“Doktor selalu cakap anak saya okay, tapi sesudah lahir, memang dunia kami KO. Hancur segalanya bila melihat anak kami macam ini."


Alhamdulillah doktor dan kakitangan hospital Ipoh begitu memahami keadaan Hayati. Hayati diberi sebuah bilik untuk bersama Aisya. Aisya pula dipakaikan topeng mata agar mata-mata yang melihat tidak mula bertanya itu dan ini akan keadaan anak kecil itu pada si ibu yang tertekan jiwa dan perasaannya. Jadi sesiapa yang memandang Aisya menyangka si kecil itu ada jaundice.


Selepas seminggu, atas sokongan dan semangat yang tidak henti-henti diberi oleh suami Shahidan Yang Ghazali serta keluarga, Hayati sembuh dari traumanya. Sejak itu Aisya menjadi pengarang jantung, buah hatinya.


Pada usianya 3 bulan, Aisya mengalami masalah pernafasan. Anak kecil itu terpaksa dibedah atau usianya tidak panjang. Berat hati, Hayati dan Shahidan merelakan pembedahan dibuat demi memastikan kelangsungan hidup Aisya. Demi anak mereka. Tetapi adakalanya Hayati kesal dengan keputusan itu.


“Kami ingat, masuk tiub, habis masalah Aisya. Tapi, kadang-kala, bila kami nampak dia menderita, memang kami rasa bersalah dia sakit kerana pilihan kami.” Aisya akan menarik tiub tiap kali dia marah atau tidak selesa.


Tumpuan yang diberi kepada Aisya membuatkan anak lelaki Hayati, Mohd Syazwan yang kini berusia 6 tahun merasa dirinya tidak disayangi.


“Kalau saya sakit, mak jaga tak macam mak jaga adik?” tanya Syazwan ingin tahu.
“Macam tu mak sayang adik, macam tulah mak sayang abang,” pujuk si ibu meyakinkan.


Walau kekadang rasa tersisih, Syazwan begitu sayang akan adiknya Aisya. Tidak pernah disalahkan si adik. Tidak cemburu dia akan perhatian yang dikecapi Aisya. Akan dikucup dahi si adik, akan dibelai rambut adik yang seorang. Kasih-sayang seorang abang tidak ternilai harganya walau bagaimana pun keadaan si adik. Syazwan yang kecil tahu adiknya sakit.


Syazwan sering mengadu pada ibu dan ayah, "Tak adil betul. Kenapa adik tak boleh main macam budak lain? Abang dapat makan aiskrim tapi adik tak boleh." Anak kecil sebesar Syazwan erti keadilan.


Keadaan Aisya yang sedemikian rupa menyukarkan Aisya untuk makan seperti anak-anak lain. Makanannya perlu dikisar dan disalurkan melalui tiub yang menerusi hidungnya.


Prihatin dan kasih sayang Shahidan pada anak kecilnya tidak pernah berbelah bahagi. Tidak pernah merungut si ayah dalam membantu menjaga Aisya. Malah jika rumah bersepah atau makanan tidak sedia terhidang kala pulang dari kerja, Shahidan tidak pernah marahkan isterinya. Dia tahu Aisya perlu perhatian 100 peratus dari ibunya.


“Paling best musim bola. Masa tu, 24 jam lah dia buai Aisya," cerita Hayati akan pengorbanan suami.


Permintaan Hayati tidak banyak. Dia cuma mahu Aisya sihat dan gembira walaupun hanya sekali dalam sebulan. “Sekali sebulan dah happy lah saya.”


Begitulah kasih dan pengorbanan seorang ibu dan ayah untuk anaknya. Tiada batasan, tiada penyesalan. Redha dengan ketentuan Ilahi.


Pada yang sudi sudi membantu meringankan beban keluarga ini. Dalam sebulan RM400-RM500 diperlukan untuk kos perubatan Aisya. Kini, keluarga itu diduga Allah, Shahidan hilang pekerjaannya dan sedang mencari pekerjaan tetap.


45, Persiaran Putra 5,Bandar Baru Putra,31400 Ipoh, Perak
Shahidan's phone: 017-5586069; Hayati's phone: 017-5746317.


Nota kecik-kenot: Fraser Syndrome, also known as Cryptophthalmos-Syndactyly Syndrome, is an autosomal (non sex-linked) recessive genetic disorder. “Cryptophthalmos” is the complete fusion of eyelids, and “syndactyly” is the partial webbing of fingers and/or toes; a more rare form of this syndrome also presents with kidney complications and blockage of the trachea, among other problems. A recessive genetic disorder occurs if there are two copies of a defective gene present. (Sources: webmd.com and biobasics.gc.ca.)
Fraser Syndrome is so rare that it occurs only in 0.043:10 000 of births (or 4.43 births among a million). Indeed, only one doctor in Ipoh Hospital’s Paediatric Department had heard of the syndrome when Aisya was born.


Nota kecik-kenot lagi: Jutaan ringgit dihabiskan semata-mata untuk membiayai sekumpulan manusia untuk terjun di hujung dunia, namun ada anak2 yang sakit menderita, tidak ke sekolah, tidak makan..... dan manusia-manusia inilah juga yang diberi kuasa demi kuasa oleh manusia lain yang leka dan bersikap tidak peduli, yang menyangka hanya manusia itu yang mampu menyelamatkan manusia lain sedangkan Allah-lah yang paling berkuasa atas segalanya.

Wednesday, March 21, 2007

Bebola

Aku ada entri lain nak ditaipkan malam ni tapi atas permintaan orang JAUH nun, aku dulukan yang ini. Entri sepatutnya aku malas la nak buat malam ni! hehehhehe

Isi ikan dikisar dengan garam secukup rasa dan sedikit ais err salji pun buleh. Ikan yang terbaik ikan yang kurang tulang macam tenggiri atau mana-mana species adik beradik mackarel. Kembung boleh juga. Yang selalu beli tu guna ikan parang. Ikan salmon aku tak pasti tapi boleh cuba. Satu hari nanti aku nak cuba jugak.

Boleh tambah lada sulah, lada hitam mengikut kesukaan. Campurkan tepung jagung atau tepung kanji sikit. Masukkan ketulan bebola ikan kedalam sup/kuah yang sedang mendidih. Kalau pandai buat cekodok pisang bulat-bulat, macam tu lah nak jadikan fishball tu bulat. Kalau tak reti, buatlah bentuk apa pun. Masuk dalam mulut, kunyah hancur jugak!

Bila kesemua bebola dah terapung, maknanya dah masak.

Cara yang sama boleh diusahakan untuk membuat bebola AYAM dan daging.



Nota kecik-kenot: Bebola-bebola buatan sendiri lazimnya tidak kenyal seperti yang dibeli dikedai kerana nisbah daging ikan, ayam atau daging lebih dari tepung.

Tuesday, March 20, 2007

Tolor

Bila baca entry Pa'chik pasal bola golf, terus teringat kisah yang agak lucu antara aku dan Syabil Iman beberapa bulan dulu. Kalau aku teringat mesti aku senyum sorang.

Petang tu aku tengah masak di dapur untuk makan malam. Masak daging kicap lada hitam, sambal tumbuk ikan bilis, tumis bayam, sup kentang, ikan selar kuning goreng. Syabil Iman dalam bilik air. Tengah yak-yak (berak ler tu!)

Tiba-tiba aku dengar dia menjerit panggil aku. Panik aku sat. Terus terfikir jatuh ke dia dalam lubang tandas tu sebab Syabil Iman ni "budak kampung". Guna tandas tak reti nak duduk, mesti dipanjatnya tandas duduk tu, nak bercangkung juga. Puas aku ngajor.

Aku berlari anak ke bilik air dengan perut boyot macam busut.

"Ngapa tu?" Terus aku jenguk dalam bilik air. Masa tu dia dah abis yak-yak! Dah basuh pun.

"Ibu, jom gi kinik." Syabil Iman suka ke klinik. Pada dia klinik adalah salah satu tempat yang paling cool dalam dunia. Ada toys, gelongsor, buaian. Pastu mesti dapat vitamin C. Kalau doktor tak bagi dia selamba je mintak. Siap mintak untuk abang dengan kakak lagi.

"Kenapa pulak? Syabil jatuh ke?"
"Takde lah. Kalau jatuh Syabil nangis la. Ni ha .. kat bawah uci Syabil ni sakit kot." Penuh yakin dia buat dianogsis.

Untuk pengetahuan korang, anak2 aku panggil zakar tu "UCI"! hehehehehe ...
"Sakit macam mana?" Sambil pakaikan seluar, aku belek gak ler uci Syabil Iman nak pastikan betul-betul. Maklumlah Uci kan "nyawa" lelaki. Aku nak anak lelaki aku tiada cacat celanya.

Syabil Iman pegang bahagian berkantung dibawah ucinya dan tunjuk pada aku.

"Ni haa .. kat sini ada benda bulat-bulat. Syabil basuh berak tadi Syabil rasalah."

Aku pelik, benda bulat-bulat apa pulak. Aku pun tengok bahagian yang Syabil Iman tunjuk.

"Yang ni?" aku pegang bahagian yang dia tunjuk.

"Haaa yang tu la! Buylat-bulat tu ada dua la bu." Risau muka Syabil Iman. Berkerut dahi dia.

"Ooooo itu bukan sakit. Itu telur."

"Haa? Uci pun ada tolor?"

"Ya."

Terus dia belek kantung dibawah uci dia. Penuh fascination.

"hahahahahhahahaha. Syabil ingat ayam je ada tolor. Uci pun ada tolor. ahahahahhaha" Terkekek dia gelak. Aku pun gelak sama.

Bila abang dan kakak balik dia beria-ia bercerita tentang penemuan barunya itu. Dengan ayah pun dia cerita. Teruja dia ada "tolor"! ;-)



Nota kecik-kenot: Aduuhhhh kenapa masih terasa syahdu hati ni? Apa yang tak kena sebenarnya ni? Aku sendiri tak faham? PMS ke aku ni? hehehhehe ..

Kemaruk

Ame ni nureta hoho wa
Namida no nioi ga shita
Yasashii manazashi no
Tabibito

Shizuka ni hibiite iru
Natsukashii ongaku
Omoidasenai kioku
Samayou

Yume wa tabidatsu no chiisana tsubasa de
Omoi no kienai basho made
Futari de
Tooi umi o sora o koete

Kurai yoru no naka de
Watashi o terashiteru
Yasashii manazashi no
Anata ni
Aitai




There's a traveler
With a gentle gaze
Whose cheek, wet with rain
Smelled of tears

Nostalgic music
Echoes in the silence
My forgotten memories
Wander about

"Dreaming" is flying away on tiny wings
The two of us going together
To a place where my memories won't disappear
Crossing the distant sea, the sky

Shine on me
In the dark of night
And you, with your
Gentle gaze
I miss you so...



Nota kecik-kenot: Aku kemaruk benor lagu katun ni sekarang. Mungkin antara penyebab melankolik syahdu syahdan yang kronik sejak dua menjak ni. hhehhehe

Monday, March 19, 2007

21 tahun

Tahun 1993, hujung bulan November aku genap 21 tahun. huhuhuhuhu ... aku tidak bermaksud nak war-warkan tarikh aku keluar dari perut mak ke dunia ini. Tapi jika ada yang nak wish nanti .. aku terima je. hehhehee

Bertahun aku tunggu usia aku naik 21 tahun. Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku untuk jadi seorang gadis berusia 21 tahun. Banyak significantnya bila dah berusia 21 tahun ni. Kita dikatakan mendapat kunci kebebasan bila sudah mencapai usia itu. Tetapi dalam Islam, seorang perempuan selagi belum berkahwin belum bebas sepenuhnya kerana ayah masih bertanggungjawab ke atas dirinya.

Teruja aku jadi "budak" 21 tahun ni. Masa tu aku masih di Menara atas bukit tu belajar cara-cara nak jadi wartawan. Punyalah banyak kredit hours - 28 paling maksimum.

Kenapa aku tiba-tiba berkisah tentang usia 21 tahun ni? Aku nak bagitau aku dah daftar sebagai pengundi masa aku 21 tahun. Korang dah?? Kalau belum maknanya korang belum "akil baligh". Setiap kali pilihanraya aku mengundi. Aku berbangga dapat berbaris mengundi dan menconteng pangkah di atas kertas undi tu.

Tahun 1994 dan 1997, aku mengundi kawasan Shah Alam. Tup, tup tahun 2004 pusat mengundi aku ditukar ke USJ dengan izin tanpa rela aku. Malaun!! Shilaka!! Pepandai je tukar bellybutton tempat aku mengundi. Walaupun mudah untuk aku sebab aku duduk USJ tapi aku tak puas hati. Mana depa tahu aku duduk kat USJ sedangkan kad yang kenal aku terang tanpa bersuluh beralamat di Shah Alam? Semua surat-menyurat aku beralamat di Shah Alam.

Aku tak puas hati sampai sekarang. Aku tanya pegawai pilihanraya masa nak buang undi 2004, dia tak boleh nak jawab. Hampeh!!

Kali akhir aku check, aku masih di bellybutton yang sama. Tapi aku kena check lagi tiap-tiap hari.

Sementara itu .... tahukah anda? Dalam sehari 1,600 hingga 2,000 manusia lelaki dan perempuan di tanah malaysia ni genap 21 tahun, tapi korang, korang, korang dan korang antara yang "malu" untuk mendaftar sebagai pengundi.

Pastu bila ada yang tak kena kat negara ni, korang, korang, korang dan koranglah yang banyak melatah, komplen macam nak rak!! Padahal mengundi pun tak! Aku mengundi jadi aku rasa aku berhak nak komplen! huhuhuhuhu ...

Terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya berkata setakat Ogos 2006, 70 peratus, atau 3.1 juta daripada 4.5 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi, tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi, adalah orang Melayu. Korang, korang, korang dan korang termasuk dalam statistik tu ke?

Yang menariknya, sehingga akhir 2006, lebih 550,000 daripada 3.2 juta ahli umno di seluruh negara, masih belum mendaftar diri sebagai pengundi. hahahahhaha

Sekarang barulah depa terkebil-kebil nak suruh ahli mendaftar. Errrr yang nak terjun kat kutub tu dah mendaftar ke belum?

Korang, korang, korang dan korang dah daftar??



Nota kecik-kenot: Kalau ditakdirkan aku meninggal sebelum anak-anak aku capai 21 tahun, aku buat wasiat especially pasal tu.

Cat

Dah nak masuk sebulan aku ada rumah kat alam maya ni. Aku dah bosan dengan susun atur, perabot dan cat rumah aku ni. Jadi aku cat warna baru. Warna kegemaran Muhammad Irfan. Mana tau tak lama lagi aku akan tukar cat baru lagi. Bertuah suami aku sebab aku tak pernah bosan dengan apa yang dah ada kat rumah kitaorang. Kalau tak jenuh dia nak melayan .. hahahahhaa ...




Nota kecik-kenot: Aku teringin nak makan mee rebus power laaa ...

Sunday, March 18, 2007

Nak Ibu

Cuti seminggu berakhir hari ini. Esok Muhammad Irfan, Zinnirah dan Syabil Iman akan ke sekolah semula. Nisaa' Az-Zahraa seperti biasa akan ke rumah Kak As.

Seperti biasa, Ahad adalah hari sibuk sedunia. Check buku, check pencil box, check semuanya. Sebelum semuanya "dihalau" masuk tido tadi, aku buat quick quiz dengan Muhammad Irfan dan Zinnirah. Esok depa nak ujian. Esok ujian Feqah, BM1 dan BM2. Alhamdulillah semua soalan lisan yang aku bagi depa boleh jawab. Doa aku esok depa boleh jawab dengan tenang, terutama Zinnirah. Ini kali pertama dalam hidup dia berhadapan dengan sesuatu yang bergelar "ujian". Di tadika dulu takde ujian, lebih pada appraisal je.

Anyway, kisah ni lebih kepada si Bintang Imanku, Syabil Iman. He's my baby boy walaupun Syabil Iman marah kalau aku cakap dia baby aku. Abih nak buat macamana!? Muka dia dari baby sampai sekarang dah nak masuk 5 tahun bulan 7 nanti, masih sama je. Mata tu, hidung tu, mulut tu, raut muka tu, rambut tu. Tak berubah.

Sebelum tido, aku mintak tolong Muhammad Irfan bantu Syabil Iman check barang-barang sekolah dan juga homework. Syabil Iman terkebil-kebil.

"Homework Syabil tak siap lagi. Susah. Syabil tak pandai."

Aku dah menyirap, tapi sabar jugak. Sebelum tu hari-hari aku tanya dia dah siap homework dan setiap kali dia kata dah siap. SALAH aku juga tak periksa sendiri. Sighhh ...

"Ok takpe. Siapkan sekarang, pastu tido."

Syabil Iman pun buat. Muka sedih. Mata berair .. antara mengantuk dan nak menangis. Aku pujuk. Aku duduk sebelah dia temankan buat homework. Akhirnya siap. Senyum Syabil Iman.
Dia salam, cium tangan aku.

"Ibu. Syabil nak tido dengan ibu boleh?"

"Kenapa?"

"Syabil rindu ibu. Syabil sebenarnya nak ibu. Ibu asyik kerja balik lambat. Syabil nak ibu."

"Hmmm ... ibu terpaksa kerja. Ibu dah explain pada Syabil dulu kan."

"Syabil tau tapi Syabil nak ibu jugak. Syabil nak ibu jadi teacher Syabil macam dulu."

"Ibu pun nak macam tu jugak. Syabil sabar ya. Lain kali ibu cuba balik cepat."

"Ok. Tapi ibu ingat tau. Syabil rindu dan sayang ibu banyak-banyak."

"Ok. Ibu tau. Ibu ingat selalu."

Syabil Iman masuk biliknya. Sebelum dia panjat katil dua tingkat tu dia peluk aku erat. Dia cium pipi kanan, pipi kiri, hidung, dahi, dagu, mata kanan, mata kiri, telinga kanan, telinga kiri dan akhir sekali ciumannya singgah ke bibir. Itulah ciuman istimewa Syabil Iman khas untuk aku seorang. Ayah dia pun tak merasa ciuman semantap tu.

Aku balas pelukan dan aku kucup dahinya. Aku usap ubun kepalanya. Aku bacakan Al-Fatihah, 3 Qul dan Al-Insyirah. Tak sampai 2 minit dia terlelap. Penat. maklumlah petang tadi pegi demo di summit dengan ayah dan kakak.

Aku? Mencurah air mata, sepertimana 5 bulan dulu ketika aku mula bertugas semula selepas 2 tahun "bersara" dari bidang kewartawanan. 2 tahun dirumah menggelek anak, menguruskan rumahtangga. 2 tahun yang sangat membahagiakan walaupun poketku tak bahagia tapi tak mengapa. 2 tahun aku bersama Syabil Iman. Kemana sahaja kami berdua. Bila aku mengandungkan Nisaa' Az-Zahraa, kami bersama bertiga. Dialah sahabat paling rapat. Peneman setia.

Bila aku terpaksa bekerja semula, Nisaa' Az-Zahraa baru 5 bulan. Terpaksa aku lepaskan dia dan Syabil Iman ke rumah pengasuh di USJ. Pengasuh yang sama mengasuh Muhammad Irfan dan Zinnirah dulu.

Hari pertama aku bekerja, hatiku bagai dicarik-carik. Aku menangis masa tinggalkan Nisaa' Az-Zahraa dan Syabil Iman di rumah Kak As. Kak As kata anak tak nangis, ibunya pulak menangis. Syabil Iman control nangis sebab dia dah nangis awal-awal di rumah tak nak lepaskan aku bekerja. Puas dipujuk, akhirnya sebungkus nasi lemak tak bersambal dengan telur mata kerbau sebiji berjaya menambat hatinya.

Hati aku berat sangat. Aku memandu sepanjang lebuhraya persekutuan dengan linangan air mata. Teresak-esak aku menangis sebab terpaksa tinggalkan anak-anak. Aduhhh .. bila teringat balik .. sebak hati ni. Suami suruh aku sabar. Ya. Aku sabar.

3 bulan pertama aku bekerja semula, memang payah. Bukan kerja yang payah tapi payah meninggalkan anak terutama Syabil Iman. Dia akan menangis tiap pagi dan setiap kali dia kata, "Syabil nak ibu."

Malam ini aku dengar lagi permintaan itu. "Syabil nak ibu."

Aku menangis lagi .......




Nota kecik-kenot: aku nak ponteng kerja la esok. buleh tak gamaknya?

Friday, March 16, 2007

Setia

Di jambatan itu. Lalu lalang manusia. Dekat sungguh dengan bangunan-bangunan besar dan moden. Terik mentari tidak menghalang manusia meneruskan kehidupan.

Di situ ada seorang ibu duduk bersila. Seorang anak kecil berlari-lari riang tanpa berlapik kaki kecilnya. Seorang gadis kecil duduk bersimpuh tidak jauh dari ibu dan adik kecil itu. Di depannya ada kole kecil. Ada mangkuk kecil di depan si ibu.

Sejenak kemudian, mendung pun tiba. Guruh bagaikan halilintar memecah kesibukan kota. Rintik hujan mula turun. Seketika namun. Curahan hujan membasahi bumi. Lebat. Adik kecil berlari mencari si ibu. Takut pada bunyi guruh. Takut dibasahi hujan. Gadis kecil masih duduk tidak berganjak. Makin mengecil simpuhnya. Tempias hujan mengenai gadis itu. Tunduk kepalanya.

Si ibu turut basah disimbah hujan. Anak kecil tadi menangis. Kesejukan pastinya. Mengerekot badannya didalam ribaan si ibu. Si ibu menggunakan selendang menutupi anak itu dari disimbahi hujan.
Mereka tidak berganjak. Mereka setia di situ. Kole dan mangkuk ada butir-butir kepingan bulat tidak seberapa.

Hujan berhenti. Orang masih lalu lalang. Ada yang memandang. Ada yang tidak mengerling pun. Ada juga yang melontar sisa baki sekadar syarat. Selebihnya berlalu seakan tidak sedar akan keujudan mereka.

Si anak kecil tertidur di pangkuan ibu. Nyenyak lelapnya. Si ibu mengelap titisan air di wajah anak itu. Basah baju mereka. Si gadis kecil .. tetap tidak bergerak. Masih diposisi yang sama. Sesekali mengerling ke arah si ibu dan anak kecil itu. Matanya tiada sinar. Wajahnya tiada riak. Kelam, suram.

Di sayup senja kedengaran suara memuji kebesaranNya ....

Thursday, March 15, 2007

DeoxyriboNucleic Acid

am joining the fray .. huhuhuhu ...




PERSONALITY:

Moods: Dreamer

You're a bit of a romantic and like to get back to basic. The expanse of the wilderness is inspiring and you like landscapes that make you feel calm. When it comes to art, you appreciate natural beauty. You take time to soak up the nature favouring the coastline and countryside to the city galleries. As for the music, it's the sountrack of your world. An open road - your favourite tracks - cliches are there to be enjoyed! Your choice of treat reveals an indulgent side to you. A real food lover, you like to have all of your cake.

Fun : Conqueror (Waaaaaaa.....!)

You're a bit of a workaholic. You can't help pushing yourself to the limit and can't find that off switch. For kicks nothing beats an adrenalin rush. You like to take risks and push limits, you're confident and brave - life is for living. When it comes to holidays, there is no stopping you once you've got the taste of adventure ... It's a chance to explore activities that you don't have the time for in day-to-day life. What grosses you out? You favor the natural look and can't stand a pumped and plumped, plastic appearance.

Habits: Junky Monkey

Even if you have a healthy approach of life, you still have your vices and a craving hunger drives your needs! So, you'll supersize it, you love convenience and that taste ....
Clean and pure ... your choice of drinks shows that on the whole you care about your health and make sure you're putting the right stuff in. As for home, you favour a cosy, home spun look .. you dig the D.I.Y vibe big time! (errr ye ke me into DIY big time? hehhehe)

Love : Home Soul

You're a real home soul. You care deeply about family life and all that comes with it, the love of a child very special. When you think of freedom - nature takes over. Getting back, out into the wilderness is a big draw.

-------------------------------------------------------------------------------------
errrr kenapa macam banyak gak yang betui ek? hehehhehee

Keluar

Semalam saya pergi ke sekolah untuk masuk Talk-Show. Yang pertama cikgu ajar saya bagaimana ibu melahirkan kita.

Ibu melahirkan kita

1 bulan = kita sudah ada mata, otak dan kepala kita besar tetapi badan kecil kerana Allah s.w.t memproses otak kita, baru Allah s.w.t mencipta kepala kita. Ibu saya berkata sebelum buat kena fikir. Allah s.w.t beri kita akal untuk berfikir.

2 bulan = Sama saja masa 1 bulan. Tetapi jari tangan kita sudah ada 5 daripada yang sebelumnya.

3 bulan = Mata kita sudah ada benda yang berwarna putih itu dan kita ada telinga.

4 bulan = Kita semakin kuat dan kita boleh bergerak sana-sini.

5 bulan = Kita sudah ada tali pusat yang disambung dengan placenta. Tali pusat kitalah yang bagi kita makanan dan oksigen.

6 bulan = Sama saja yang di atas.

7 bulan = Kita sudah boleh keluar tetapi badan kita masih lemah. Ada yang bayi dilahirkan semasa 7 bulan macam saya. Saya dilahirkan 7 bulan kerana badan saya kuat sebab itu saya boleh keluar.

8 bulan = Kita bertambah kuat kerana semasa 9 bulan kita sudah boleh keluar.

9 bulan = Kita sudah boleh keluar.

------------------------------------------------------------------------------------
Itu "blog" Muhammad Irfan yang ditulis dalam buku contengannya. Itu pemahaman dia tentang bagaimana seorang ibu melahirkan seorang anak. Pastu aku tanya Muhammad Irfan ...

"Abang tulis kita sudah boleh keluar. Keluar kat mana?"

"Dalam video Fan tengok baby kuar lepas doktor potong perut. Tapi cikgu cakap kalau tak potong pun boleh keluar jugak."

Dia diam.

"Kenapa diam?"

"Fan malu nak cakap kat ibu."

"Cakap je la. Kita sama-sama belajar."

"Cikgu cakap baby boleh keluar ikut faraj atau vagina. Kat mana tu bu?"

"Oooooo .. faraj atau vagina tu ada di kemaluan seorang perempuan. Tapi orang lelaki tak boleh tengok."

"Ooooo .. yang kat tempat kencing ke?"

"Ya."

Muhammad Irfan nampak berpuas hati dengan jawapan aku .. setakat ini. :-)

... "Fan keluar kat faraj ibu?"

"Ya."

"Mesti sakit kan?"

"Ya. Tapi kejap je."

"Kenapa?"

"Sebab tengok irfan dah keluar, sakit semua hilang."

"Ooooo ... kesian ibu."

"Kenapa?"

"Sakit sebab nak keluarkan irfan."


Aku senyum.

Disclaimer: Maaf. Sedang editing entri ni masa kalian melampirkan komen.

Tuesday, March 13, 2007

Yahudi

Ramai yang mungkin tak tau atau ramai yang tau tapi buat-buat tak tau. Tapi sejarah tetap sejarah. Diubah atau diolah bagi cantik macamana pun ianya tetap akan dirungkai jua akhirnya. Tanggungjawab kita adalah untuk menjadikan sejarah sebagai satu pengajaran dalam hidup. Kalau yang buruk tu, seeloknya dihindari dari diulangi diri sendiri atau anak cucu cicit piut ciut cute kita.

Adakah anda tahu di kalangan kita mungkin ada Melayu Yahudi? Mungkin juga ada. Saya bukan membuat andaian untuk suka-suka. Andaian saya berdasarkan maklumat dan fakta yang sememangnya tidak boleh disangkal mana-mana pihak.

Beberapa tahun dulu ada seorang rakan sekerja pergi ke Pulau Pinang untuk membuat liputan berita. Apabila pulang ke Kuala Lumpur, selain menulis berita berkenaan tugasannya, dia turut menulis sebuah berita rencana mengenai tanah perkuburan itu. Saya sendiri terkejut kerana selama ini saya sendiri tidak tahu perkuburan bangsa berkenaan ujud di negara "Islam" ini. Apatah lagi tidak pernah saya mempelajari akan keujudan bangsa ini di Malaya ketika di bangku sekolah dari Darjah 1 hingga Tingkatan 6 atas, membawa kepada pengajian tinggi di Tingkat 13 Menara atas bukit itu.

Memang saya tahu bangsa barat sudah lama ada di tanah air ini sejak beratus tahun dulu tapi sungguh tak terlintas di hati dan minda yang bangsa itu termasuk dalam kelompok-kelompok yang datang ke sini mencuri "harta" negara ini.

Ya. Perkuburan Yahudi sememangnya ujud. Ianya terletak di Jalan Jahudi, di Pulau Pinang. Namun kini, jalan berkenaan ditukar kepada Jalan Zainal Abidin. Kenapa? Andaian saya mungkin pihak berkuasa hendak menutup keujudan perkuburan berkenaan. Cuba untuk mengubah sejarah? Wallahualam ...




Selain perkuburan Yahudi, synagogue (rumah ibadat) orang Yahudi pun ada di Jalan Nagore, Georgetown tapi dah ditutup pada tahun 1976, 4 tahun selepas aku dilahirkan. :-D

Dari pembacaan aku, orang Yahudi yang pertama datang ke Georgetown bernama Ezekiel Menassah. Ezekial berhijrah dari Baghdad pada tahun 1895. Dialah satu-satunya penganut Yahudi di Pulau Pinang selama 30 tahun tapi lepas Perang Dunia Pertama, ramai orang Yahudi masuk berhijrah ke Georgetown.

Bila Perang Dunia Kedua meletus, kebanyakkan orang Yahudi ni lari ke Singapura. Mana yang tak lari, terus menetap di Georgetown dan dipaksa memakai lilitan merah dan putih di lengan bagi tujuan pengenalan terutamannya masa penaklukan Jepun.

Tentera Jepun sebenarnya syak kat orang Yahudi ni. Jepun suspek komuniti Yahudi ni pengintip sebab tu orang Yahudi kena pakai lilitan tu.

Tahun 1963, ada sekitar 20 keluarga Yahudi di Georgetown, tapi sekarang jumlah komuniti Yahudi di Georgetown dianggarkan seramai 100 orang yang kebanyakannya berketurunan Parsi dan Russia. Keturunan Yahudi di Pulau Pinang berkomunikasi dalam bahasa Melayu, English, Arab, Hebrew dan Parsi.


Tahukah anda? Bangsa Yahudi adalah makhluk Allah yang diberi kepintaran akal berbanding bangsa lain. Selain itu mereka rajin dan sangat suka membaca. Itu mungkin penyebab kenapa sikap mereka menjadi angkuh, riak dan sombong. Kalau tidak takan mereka yakin merekalah bangsa terpilih dan menganggap bangsa mereka lebih tinggi dari bangsa-bangsa lain di dunia ni.

Tapi bangsa ni bersatu-padu semata-mata untuk dapatkan "hak" mereka. Kita orang Islam?? Dah nak abih dirodok Al-Aqsa masih lagi berdiam diri. sighhh ....

Untuk dikongsi bersama maklumat yang aku jumpa ketika berjalan-jalan di alam maya. Benar atau tidak fakta-fakta ini sukar untuk dijelaskan. Tapi kita perlu ambilnya sebagai iktibar dan perlengkapkan diri untuk counter balik Zionis yang jahat. Bukan semua yahudi adalah zionis dan bukan semua zionis itu yahudi. Kita disarankan supaya berhati-hati selalu. Al-maklumlah...

1) The cell phone was developed in Israel by Israelis working in the Israeli branch of Motorola, which has its largest development center in Israel.

2) Most of the Windows NT and XP operating systems were developed by Microsoft-Israel. The Pentium MMX Chip technology was designed in Israel at Intel. Both the Pentium-4 microprocessor and the Centrino processor were entirely designed, developed and produced in Israel. The Pentium microprocessor in your computer was most likely made in Israel. (Kita sebagai orang Islam wajib guna alat ciptaan yahudi ini untuk sebarkan dakwah, bukan sekadar bersuka-suka demi hiburan)

3) Voice mail technology was developed in Israel.

4) Both Microsoft and Cisco built their only R&D facilities outside the US in Israel.The technology for the AOL Instant Messenger ICQ was developed in 1996 by four young Israelis.

5) Israel has the fourth largest air force in the world (after the U.S., Russia and China). In addition to a large variety of other aircraft, Israel's air force has an aerial arsenal of over 250 F-16's. This is the largest fleet of F-16 aircraft outside of the U. S.

6) Israel has the highest percentage in the world of home computers per capita.

7) Israel has the highest ratio of university degrees to the population in the world.

8) Israel produces more scientific papers per capita than any other nation by a large margin - 109 per 10,000 people --as well as one of the highest per capita rates of patents filed.

9) Israel has the highest average living standards in the Middle East. The per capita income in 2000 was over $17,500, exceeding that of the UK.

10) On a per capita basis, Israel has the largest number of biotech startups.

11) Twenty-four per cent of Israel's workforce holds university degrees, ranking third in the industrialized world, after the United States and Holland and 12 per cent hold advanced degrees.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------