Monday, March 19, 2007

21 tahun

Tahun 1993, hujung bulan November aku genap 21 tahun. huhuhuhuhu ... aku tidak bermaksud nak war-warkan tarikh aku keluar dari perut mak ke dunia ini. Tapi jika ada yang nak wish nanti .. aku terima je. hehhehee

Bertahun aku tunggu usia aku naik 21 tahun. Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku untuk jadi seorang gadis berusia 21 tahun. Banyak significantnya bila dah berusia 21 tahun ni. Kita dikatakan mendapat kunci kebebasan bila sudah mencapai usia itu. Tetapi dalam Islam, seorang perempuan selagi belum berkahwin belum bebas sepenuhnya kerana ayah masih bertanggungjawab ke atas dirinya.

Teruja aku jadi "budak" 21 tahun ni. Masa tu aku masih di Menara atas bukit tu belajar cara-cara nak jadi wartawan. Punyalah banyak kredit hours - 28 paling maksimum.

Kenapa aku tiba-tiba berkisah tentang usia 21 tahun ni? Aku nak bagitau aku dah daftar sebagai pengundi masa aku 21 tahun. Korang dah?? Kalau belum maknanya korang belum "akil baligh". Setiap kali pilihanraya aku mengundi. Aku berbangga dapat berbaris mengundi dan menconteng pangkah di atas kertas undi tu.

Tahun 1994 dan 1997, aku mengundi kawasan Shah Alam. Tup, tup tahun 2004 pusat mengundi aku ditukar ke USJ dengan izin tanpa rela aku. Malaun!! Shilaka!! Pepandai je tukar bellybutton tempat aku mengundi. Walaupun mudah untuk aku sebab aku duduk USJ tapi aku tak puas hati. Mana depa tahu aku duduk kat USJ sedangkan kad yang kenal aku terang tanpa bersuluh beralamat di Shah Alam? Semua surat-menyurat aku beralamat di Shah Alam.

Aku tak puas hati sampai sekarang. Aku tanya pegawai pilihanraya masa nak buang undi 2004, dia tak boleh nak jawab. Hampeh!!

Kali akhir aku check, aku masih di bellybutton yang sama. Tapi aku kena check lagi tiap-tiap hari.

Sementara itu .... tahukah anda? Dalam sehari 1,600 hingga 2,000 manusia lelaki dan perempuan di tanah malaysia ni genap 21 tahun, tapi korang, korang, korang dan korang antara yang "malu" untuk mendaftar sebagai pengundi.

Pastu bila ada yang tak kena kat negara ni, korang, korang, korang dan koranglah yang banyak melatah, komplen macam nak rak!! Padahal mengundi pun tak! Aku mengundi jadi aku rasa aku berhak nak komplen! huhuhuhuhu ...

Terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya berkata setakat Ogos 2006, 70 peratus, atau 3.1 juta daripada 4.5 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi, tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi, adalah orang Melayu. Korang, korang, korang dan korang termasuk dalam statistik tu ke?

Yang menariknya, sehingga akhir 2006, lebih 550,000 daripada 3.2 juta ahli umno di seluruh negara, masih belum mendaftar diri sebagai pengundi. hahahahhaha

Sekarang barulah depa terkebil-kebil nak suruh ahli mendaftar. Errrr yang nak terjun kat kutub tu dah mendaftar ke belum?

Korang, korang, korang dan korang dah daftar??



Nota kecik-kenot: Kalau ditakdirkan aku meninggal sebelum anak-anak aku capai 21 tahun, aku buat wasiat especially pasal tu.

23 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Masa 21 tahun saya pun masih di U..

Dah mendaftar dan dan pernah merasa memangkah sekali. :D

Itulah di negara orang sanggup berbunuh nak keluar mengundi, di Malaya ini anak-anak muda macam buat tak tau jer kan...

Unknown said...

Marilah mari...kita mengundi.. Tunaikanlah kewajiban pada negara...

Pa'chik said...

lor.. kau tukar latar backhand kau ni pulak.

aku pulak memang dihantar jauh dari kampung, tak pasal kena mengundi di kawasan Takiyudin, sepatutnya kawasan Rohani

INDERA KENCANA said...

Masa Izinni menyambut usia 21 tahun itu, saya juga sedang sibuk merayau ke sana dan ke mari di Menara di atas bukit itu mengusik pelajar wanita yang belajar ilmu kewartawanan atau pelajar wanita yang belajar ilmu trengkas.

izinni said...

BP,
Seronok kan perangai bila dapat mengundi ni. macam nak menikah! hahahaha

jiwa,
kewajipan yang selalu diendahkan.

pa'chik,
uikss .. tara buleh ka? tara suka ka? hehehhe
errr .. ko nak yang pompuan je! huhuhuhu

izinni said...

indera,
hehehhehe ... akhirnya siapa yang kamu dapat? yang belajar nak jadi wartawan, PR, adv, publishing atau si berbaju kurung sentiasa? hehehe

zwitterion said...

tanggungjawab

13may said...

wah! sedap:)

Azhar Ahmad said...

Percayalah, walaupun umur sudah menjangkau 45 tahun sekalipun, mak ngan abah akan tetap pandang kita sebagai anak kecil....

Pa'chik said...

seronok taim malam sebelum pru. macam baru nak merdeka, tapi, malam esoknya, tidak jugak. masih lagi dijajah rupanya.

tengok la yang akan datang ni.

Kemat said...

Dah daftar. Tapi belum berkesempatan mengundi. Tahun 2004, dah boelh emngundi tapi tersangkut kat Sarawak masa hari pengundian. Harap2 kali nie sempat.

khairyn said...

aku daftar awaaaaaallllllll

tapi tak pernah merasa undi, sebab?

1995 - jadi runner

1999 - jaga kawasan cheras yang aku kena undi nnuuuunnn jawuh di Kerinchi ahaks!

2004 - terlelap sama-sama kat dewan apatahnamanya di JB sampai 3am.

Bila nak undi lagi? aku nak buat undi pos plak sekarang. hahaha..
Izinni, aku terpaksa lompat pagar la sekarang. Nak duit dan munnnngggggggkkkkkkkiiiiiiinnnnnn akan diberikan jawatan dalam kelab tu. Ko marah aku tak?? hahaha

Pa'chik said...

oit oit, elok-elok lompat pagar tu, kang bertukar tuan kang, hahaha...

tapi kan.. ahh tak payah la...

izinni said...

hehehhe ... aku boleh mengundi time 1997 tu sebab time tu aku mabuk. ada alasan amik MC tuang cover election. hahahaha
2004? yusri actually bagi aku OFF on that day. hahahahaha

errr ko nak lompat ek? hehhehe suka hati ko laaa ... free country beb! ekekekkek .. abah ko tak cakap apa, apa plak lagi aku nih!

btw ... pagi tadi aku singgah mutiara, makan mee sup utara tuh! SORANG! heehheheheh

izinni said...

chit! cara pa'chik pujuk tu tak romantika di sekotlen betui! :P

izinni said...

azhar,
sebab tu kamu masih pakai pampers! hehehhehe

izinni said...

zwit,
dah laksana ke? :)

May,
asik dok analisa pasal lelaki ngan pompuan je .. dah daftar ke?

kemat,
seronok tau mengundi.

pa'chik sekali lagi,
errr tengok je buat apa?!

CikguAndey said...

Tahun 1999 paling meriah. Tahun tu aku masih belum boleh mengundi. Umur ngam-ngam. Tapi memang seronok tak terkata. Umur tengah naik, mulut takde insurans. Bertekak depan pusat mengundi. Dah penat pergi minum ramai-ramai. Tak kira parti, last2 minum semeja. Tapi masih bertekak. Bestnya!!!

Pa'chik said...

ha.. mana ada, aku bagi amaran saja. haha...

aku memang dah dari besar kotak kasut lagi tak suka nak ke seberang sana tu. bukan diajar sesapa, cuma gerak hati sendiri.

kingbinjai said...

semua itu kerana macam kes kau lah. elok elok daftar kat ampang tiba tiba kena mengundi di subang. apa kejadahnya?! sebab itu orang malas. bukan tak prihatin. MALAS melayan kerenah KERAjaan tu!

Unknown said...

2004 dah bleh mengundi.. masa tu umo aku 23 taun

akirasuri said...

tak daftar lagi. ha ha ha.

izinni said...

uikss budak sekolah nih! GI CEPAT daftar. hambat kang! hehehhe