Sunday, March 04, 2007

Jawab

Pa'chik said di Iman Mawaddah.
dua reporter tu? haha.. mereka dah sibuk dengan kerja harian, memang tak jalan punya bisnes. Sorang nak jaga sepital, sorang lagi nak kena pantau pekerja bawahan yang tak berwibawa.. hahaha...

Tergerak nak menjawab. Tak menjawab tak boleh. Musti jawab!! hehehhehe

Sesungguhnya tugas sebagai wartawan memang memerlukan kesabaran dan mesti tahu macamana tak ingat masa. Sabar perlu kerana berjumpa pelbagai jenis manusia setiap hari. Ada masa kena garang, ada masa kena mesra, ada masa kena tegas, ada masa kena manis. Tapi itu semua habis di situ sahaja. Dapat apa yang nak, STOP!! Hubungan diluar waktu kerja tidak digalakkan didalam kamus saya... walaupun orang itu seorang wanita. Sesungguhnya saya seorang wartawan yang anti-sosial. Segala jenis keramaian saya tidak akan kunjungi kecuali perlu sahaja. Lebih-lebih lagi diwaktu malam memang takde la.

Sebelum bernikah .. ada jugak layan kawan-kawan sampai malam tapi setakat makan nasi lemak lauk kari dekat depan ofis je atau layan nasi kandar kat lorong belakang central market. Lepas dah nikah ... otomatik saya hadkan semua tu. Sendiri mau ingat la kan.

Tapi ... dah resmi seorang wartawan, kami mesti on stand-by selalu walaupun waktu cuti. Mana tau ada yang terletup, terbakar, terjatuh, teruntuh dan berbagai-bagai ter lagi. Kalau tak, korang semua tak tau apa yang berlaku di luar sana. hehehhee ...

Bekerja lewat malam? hmmmm .. antara pengalaman yang tak boleh dilupa sampai bila-bila. Ikut polis buat serbuan di kelab-kelab malam, disko, pub dan sebagainya adalah rutin. Memang seronok. Lagi sekali itu semua untuk seorang wartawan wanita yang belum berkawin. Yang dah kawin selalunya tidak digalakkan melainkan dia sendiri yang rela.

Itu kisah dulu ketika bertugas di mainstream media. Sekarang lebih tersusun hidup saya sebagai wartawan. Paling lambat jam 6 petang saya dah keluar ofis menuju ke rumah untuk mengulit intan-intan dirumah. Walaupun kena pantau anak-anak tiri yang kurang wibawa ... pasrah je laaa .. hehehhe .. dah tanggungjawab, nak buat macamana kan. I think they just can't accept the fact that they have to take orders from a woman. hehehhee
Dalam pada sibuk tu ... kepala perlu sentiasa on full alert. Membaca is a must.

hmmmm bila laaa dapat jadi Home Minister balik nih?!?!?


3 comments:

Pa'chik said...

jauh nya jawab komen tu.

izinni said...

abih ... kalau jawab kat kotak si iman .. tak muat kang! ehhehehe ...

Iman Mawaddah said...

hehehe..saje nak kasi orang masuk blog dia la tu