Sunday, March 18, 2007

Nak Ibu

Cuti seminggu berakhir hari ini. Esok Muhammad Irfan, Zinnirah dan Syabil Iman akan ke sekolah semula. Nisaa' Az-Zahraa seperti biasa akan ke rumah Kak As.

Seperti biasa, Ahad adalah hari sibuk sedunia. Check buku, check pencil box, check semuanya. Sebelum semuanya "dihalau" masuk tido tadi, aku buat quick quiz dengan Muhammad Irfan dan Zinnirah. Esok depa nak ujian. Esok ujian Feqah, BM1 dan BM2. Alhamdulillah semua soalan lisan yang aku bagi depa boleh jawab. Doa aku esok depa boleh jawab dengan tenang, terutama Zinnirah. Ini kali pertama dalam hidup dia berhadapan dengan sesuatu yang bergelar "ujian". Di tadika dulu takde ujian, lebih pada appraisal je.

Anyway, kisah ni lebih kepada si Bintang Imanku, Syabil Iman. He's my baby boy walaupun Syabil Iman marah kalau aku cakap dia baby aku. Abih nak buat macamana!? Muka dia dari baby sampai sekarang dah nak masuk 5 tahun bulan 7 nanti, masih sama je. Mata tu, hidung tu, mulut tu, raut muka tu, rambut tu. Tak berubah.

Sebelum tido, aku mintak tolong Muhammad Irfan bantu Syabil Iman check barang-barang sekolah dan juga homework. Syabil Iman terkebil-kebil.

"Homework Syabil tak siap lagi. Susah. Syabil tak pandai."

Aku dah menyirap, tapi sabar jugak. Sebelum tu hari-hari aku tanya dia dah siap homework dan setiap kali dia kata dah siap. SALAH aku juga tak periksa sendiri. Sighhh ...

"Ok takpe. Siapkan sekarang, pastu tido."

Syabil Iman pun buat. Muka sedih. Mata berair .. antara mengantuk dan nak menangis. Aku pujuk. Aku duduk sebelah dia temankan buat homework. Akhirnya siap. Senyum Syabil Iman.
Dia salam, cium tangan aku.

"Ibu. Syabil nak tido dengan ibu boleh?"

"Kenapa?"

"Syabil rindu ibu. Syabil sebenarnya nak ibu. Ibu asyik kerja balik lambat. Syabil nak ibu."

"Hmmm ... ibu terpaksa kerja. Ibu dah explain pada Syabil dulu kan."

"Syabil tau tapi Syabil nak ibu jugak. Syabil nak ibu jadi teacher Syabil macam dulu."

"Ibu pun nak macam tu jugak. Syabil sabar ya. Lain kali ibu cuba balik cepat."

"Ok. Tapi ibu ingat tau. Syabil rindu dan sayang ibu banyak-banyak."

"Ok. Ibu tau. Ibu ingat selalu."

Syabil Iman masuk biliknya. Sebelum dia panjat katil dua tingkat tu dia peluk aku erat. Dia cium pipi kanan, pipi kiri, hidung, dahi, dagu, mata kanan, mata kiri, telinga kanan, telinga kiri dan akhir sekali ciumannya singgah ke bibir. Itulah ciuman istimewa Syabil Iman khas untuk aku seorang. Ayah dia pun tak merasa ciuman semantap tu.

Aku balas pelukan dan aku kucup dahinya. Aku usap ubun kepalanya. Aku bacakan Al-Fatihah, 3 Qul dan Al-Insyirah. Tak sampai 2 minit dia terlelap. Penat. maklumlah petang tadi pegi demo di summit dengan ayah dan kakak.

Aku? Mencurah air mata, sepertimana 5 bulan dulu ketika aku mula bertugas semula selepas 2 tahun "bersara" dari bidang kewartawanan. 2 tahun dirumah menggelek anak, menguruskan rumahtangga. 2 tahun yang sangat membahagiakan walaupun poketku tak bahagia tapi tak mengapa. 2 tahun aku bersama Syabil Iman. Kemana sahaja kami berdua. Bila aku mengandungkan Nisaa' Az-Zahraa, kami bersama bertiga. Dialah sahabat paling rapat. Peneman setia.

Bila aku terpaksa bekerja semula, Nisaa' Az-Zahraa baru 5 bulan. Terpaksa aku lepaskan dia dan Syabil Iman ke rumah pengasuh di USJ. Pengasuh yang sama mengasuh Muhammad Irfan dan Zinnirah dulu.

Hari pertama aku bekerja, hatiku bagai dicarik-carik. Aku menangis masa tinggalkan Nisaa' Az-Zahraa dan Syabil Iman di rumah Kak As. Kak As kata anak tak nangis, ibunya pulak menangis. Syabil Iman control nangis sebab dia dah nangis awal-awal di rumah tak nak lepaskan aku bekerja. Puas dipujuk, akhirnya sebungkus nasi lemak tak bersambal dengan telur mata kerbau sebiji berjaya menambat hatinya.

Hati aku berat sangat. Aku memandu sepanjang lebuhraya persekutuan dengan linangan air mata. Teresak-esak aku menangis sebab terpaksa tinggalkan anak-anak. Aduhhh .. bila teringat balik .. sebak hati ni. Suami suruh aku sabar. Ya. Aku sabar.

3 bulan pertama aku bekerja semula, memang payah. Bukan kerja yang payah tapi payah meninggalkan anak terutama Syabil Iman. Dia akan menangis tiap pagi dan setiap kali dia kata, "Syabil nak ibu."

Malam ini aku dengar lagi permintaan itu. "Syabil nak ibu."

Aku menangis lagi .......




Nota kecik-kenot: aku nak ponteng kerja la esok. buleh tak gamaknya?

8 comments:

Pa'chik said...

ish, kau buat cerita macam ni, bikin aku hiba saja..

bab ponteng tu... takpe, jangan risau, aku tak marah... haha..

CikguAndey said...

kak, aku suka entry ni. Ada sesuatu yang menyedarkan aku. Termenung sekejap lepas baca.

Azhar Ahmad said...

Hummm bila seorang anak kecil berkata, oa tidak akan mengikut akalnya kerana tak terjangkau. Tetapi dia mengikut perasaannya, nuraninya, dan jiwanya. Paling mudah, ia ikhlas dari hati......

zwitterion said...

agaknya Syabil Iman sengaja tak siapkan homework supaya ibunya boleh temankan dia kot..
bahagianya menjadi ibu..:).teringatnya mak saya.

13may said...

datang menghulur tisu lagi....

jgn nangis naaa....

hahha:P

kingbinjai said...

boleh. kalau bbos kau tanya cakap kingbinjai suh. apa apa hal suh dia emel aku.

izinni said...

pa'chik,
aku pun hiba gak.
btw, aku tak jadi ponteng. keje melambak kat ofis tapi aku akan balik cepat hari ni, insyaAllah.
err ko tak marah ek? kalau ko marah pun aku pedulik apa!? aku kan boss! ahahahha :-P

payakubor,
aku selalu terfikir, seorang ayah tak berperasaan macam ni ke?
uiks .. keyboard yang tu terbakar ke? gi siram ngan air cepat!

azhar,
macam suami aku cakap, anak2 ni takde kepentingan.. depa akan cakap apa sahaja tapi cukup menyentuh hati.

zwit,
cepat2 jadi isteri .. pastu boleh jadi ibu :) .. tapi aku risau sangat ko muntah time akad nikah sebab nervous! hahahaha

may,
tisu tak cukup .. hingus semua .. abis hancur!
weiii padam la api kat keyboard hang tu!

king,
aku boss sekarang ni! hehhehe ....

zwitterion said...

aikk dah tukar wajah