Tuesday, March 13, 2007

Yahudi

Ramai yang mungkin tak tau atau ramai yang tau tapi buat-buat tak tau. Tapi sejarah tetap sejarah. Diubah atau diolah bagi cantik macamana pun ianya tetap akan dirungkai jua akhirnya. Tanggungjawab kita adalah untuk menjadikan sejarah sebagai satu pengajaran dalam hidup. Kalau yang buruk tu, seeloknya dihindari dari diulangi diri sendiri atau anak cucu cicit piut ciut cute kita.

Adakah anda tahu di kalangan kita mungkin ada Melayu Yahudi? Mungkin juga ada. Saya bukan membuat andaian untuk suka-suka. Andaian saya berdasarkan maklumat dan fakta yang sememangnya tidak boleh disangkal mana-mana pihak.

Beberapa tahun dulu ada seorang rakan sekerja pergi ke Pulau Pinang untuk membuat liputan berita. Apabila pulang ke Kuala Lumpur, selain menulis berita berkenaan tugasannya, dia turut menulis sebuah berita rencana mengenai tanah perkuburan itu. Saya sendiri terkejut kerana selama ini saya sendiri tidak tahu perkuburan bangsa berkenaan ujud di negara "Islam" ini. Apatah lagi tidak pernah saya mempelajari akan keujudan bangsa ini di Malaya ketika di bangku sekolah dari Darjah 1 hingga Tingkatan 6 atas, membawa kepada pengajian tinggi di Tingkat 13 Menara atas bukit itu.

Memang saya tahu bangsa barat sudah lama ada di tanah air ini sejak beratus tahun dulu tapi sungguh tak terlintas di hati dan minda yang bangsa itu termasuk dalam kelompok-kelompok yang datang ke sini mencuri "harta" negara ini.

Ya. Perkuburan Yahudi sememangnya ujud. Ianya terletak di Jalan Jahudi, di Pulau Pinang. Namun kini, jalan berkenaan ditukar kepada Jalan Zainal Abidin. Kenapa? Andaian saya mungkin pihak berkuasa hendak menutup keujudan perkuburan berkenaan. Cuba untuk mengubah sejarah? Wallahualam ...




Selain perkuburan Yahudi, synagogue (rumah ibadat) orang Yahudi pun ada di Jalan Nagore, Georgetown tapi dah ditutup pada tahun 1976, 4 tahun selepas aku dilahirkan. :-D

Dari pembacaan aku, orang Yahudi yang pertama datang ke Georgetown bernama Ezekiel Menassah. Ezekial berhijrah dari Baghdad pada tahun 1895. Dialah satu-satunya penganut Yahudi di Pulau Pinang selama 30 tahun tapi lepas Perang Dunia Pertama, ramai orang Yahudi masuk berhijrah ke Georgetown.

Bila Perang Dunia Kedua meletus, kebanyakkan orang Yahudi ni lari ke Singapura. Mana yang tak lari, terus menetap di Georgetown dan dipaksa memakai lilitan merah dan putih di lengan bagi tujuan pengenalan terutamannya masa penaklukan Jepun.

Tentera Jepun sebenarnya syak kat orang Yahudi ni. Jepun suspek komuniti Yahudi ni pengintip sebab tu orang Yahudi kena pakai lilitan tu.

Tahun 1963, ada sekitar 20 keluarga Yahudi di Georgetown, tapi sekarang jumlah komuniti Yahudi di Georgetown dianggarkan seramai 100 orang yang kebanyakannya berketurunan Parsi dan Russia. Keturunan Yahudi di Pulau Pinang berkomunikasi dalam bahasa Melayu, English, Arab, Hebrew dan Parsi.


Tahukah anda? Bangsa Yahudi adalah makhluk Allah yang diberi kepintaran akal berbanding bangsa lain. Selain itu mereka rajin dan sangat suka membaca. Itu mungkin penyebab kenapa sikap mereka menjadi angkuh, riak dan sombong. Kalau tidak takan mereka yakin merekalah bangsa terpilih dan menganggap bangsa mereka lebih tinggi dari bangsa-bangsa lain di dunia ni.

Tapi bangsa ni bersatu-padu semata-mata untuk dapatkan "hak" mereka. Kita orang Islam?? Dah nak abih dirodok Al-Aqsa masih lagi berdiam diri. sighhh ....

Untuk dikongsi bersama maklumat yang aku jumpa ketika berjalan-jalan di alam maya. Benar atau tidak fakta-fakta ini sukar untuk dijelaskan. Tapi kita perlu ambilnya sebagai iktibar dan perlengkapkan diri untuk counter balik Zionis yang jahat. Bukan semua yahudi adalah zionis dan bukan semua zionis itu yahudi. Kita disarankan supaya berhati-hati selalu. Al-maklumlah...

1) The cell phone was developed in Israel by Israelis working in the Israeli branch of Motorola, which has its largest development center in Israel.

2) Most of the Windows NT and XP operating systems were developed by Microsoft-Israel. The Pentium MMX Chip technology was designed in Israel at Intel. Both the Pentium-4 microprocessor and the Centrino processor were entirely designed, developed and produced in Israel. The Pentium microprocessor in your computer was most likely made in Israel. (Kita sebagai orang Islam wajib guna alat ciptaan yahudi ini untuk sebarkan dakwah, bukan sekadar bersuka-suka demi hiburan)

3) Voice mail technology was developed in Israel.

4) Both Microsoft and Cisco built their only R&D facilities outside the US in Israel.The technology for the AOL Instant Messenger ICQ was developed in 1996 by four young Israelis.

5) Israel has the fourth largest air force in the world (after the U.S., Russia and China). In addition to a large variety of other aircraft, Israel's air force has an aerial arsenal of over 250 F-16's. This is the largest fleet of F-16 aircraft outside of the U. S.

6) Israel has the highest percentage in the world of home computers per capita.

7) Israel has the highest ratio of university degrees to the population in the world.

8) Israel produces more scientific papers per capita than any other nation by a large margin - 109 per 10,000 people --as well as one of the highest per capita rates of patents filed.

9) Israel has the highest average living standards in the Middle East. The per capita income in 2000 was over $17,500, exceeding that of the UK.

10) On a per capita basis, Israel has the largest number of biotech startups.

11) Twenty-four per cent of Israel's workforce holds university degrees, ranking third in the industrialized world, after the United States and Holland and 12 per cent hold advanced degrees.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

25 comments:

INDERA KENCANA said...

Salam berbalas kunjungan,

Saya juga pernah memikirkan persoalan yang sama sebelum ini. Tidak adakah komuniti Yahudi yang pernah berdiam di Bumi Malaya ini. Setelah Izinni memberikan fakta serta gambar itu, separuh dari persoalan itu terjawab.

Ianya bermula setelah saya membaca di akhbar terdapat satu puak Yahudi yang terpisah atau "hilang" setelah penaklukan Babylon. Akhirnya puak yang hilang itu disahkan terdampar di Banjaran Himalaya yang jaraknya terlalu hampir dengan Nusantara.

izinni said...

selamat bertandang indera :)

Bangsa Yahudi ada dimana-mana. Lumrah mereka tidak lebih suka bersikap low profile, mungkin kerana mereka tahu kehadiran mereka tidak digemari bangsa lain.

Salah satu sebab yahudi pulau pinang berpindah ke singapura adalah kerana mereka gusar akan sikap anti-yahudi rakyat malaya diwaktu itu, terutama orang Islam disebabkan kemasukan Yahudi secara haram ke palestine.

bagaimana dengan separuh dari persoalan tu? mungkin kita boleh sama-sama berbincang dan cari jawapannya.

Iman Mawaddah said...

Ya..memang pernah terbaca berkenaan ini dalam email yang diforwardkan oleh seorang rakan. Mereka memang bangsa yang cerdik dan punyai semangat perjuangan perkauman yang sangat teguh. Mereka juga terkenal sebagai bangsa yang punyai hati yang sangat2 busuk. Dan mereka berikrar akan perangi Islam sampai bila2. Saya fikir kesan sejarah Yahudi patut dimusnahkan kerana tiada apa yang menarik untuk disimpan. Tetapi mungkin kerana menjaga muhibbah atau mungin juga gentar dengan bangsa itu adalah lebih baik menukar nama untuk merahsiakan kewujudan bangsa itu di bumi kita. Baik sungguh orang kita kan?

13may said...

satu tulisan yg menarik....

dan gambar di bawah tu pun menarik gak:D

Pa'chik said...

mereka tutup rumah ibadat tu pasal tahu aku nak lahir tahun tu, ngehngeh..

menurut jangkaan, yahudi akan mencapai kegemilangan mereka dalam 2000 belas-belas sampai dua puluh lebih. mengikut pirasat orang la. aku lupa baca kat mana.

hayad said...

takotnyerrr baca komen pa'chik--> yahudi akan mencapai kegemilangan mereka dalam 2000 belas-belas sampai dua puluh lebih.

kingbinjai said...

aku sentiasa percaya

banggugar said...

salam,
yahudi juga sebenarnya mempercai agama yang benar adalah ISLAM, sikap mereka sememangnya sangat teruk, nabi Allah pernah mereka bunuh, apatah lagi suruhanNYA yg maha esa, lagilah dibuat tak endah.

(",)

banggugar said...

izinni,
sya add link awk dlm blog sya.
slam ukhwah.

(",)

izinni said...

iman,
itulah "kelebihan" yang Allah beri pada mereka. Allah pula beri "kelebihan" kebaikan pada orang kita. :) Kita terlampau baik sampai orang pijak kepala pun kita senyum lagi.

may,
terima kasih. dok eyeing makanan aku je ek? ehehehhee

izinni said...

pa'chik,
kalau tak tutup macamana agaknya ek?
rasanya ketika dan saat ni pun kegemilangan kaum tu dah terserlah. Adakah hang bermaksud, kegemilangan tu apabila mereka akhirnya dapat kuasai keseluruhan palestin dan tanah al-aqsa?

dayah,
memang takut tapi apa tindakan pro-aktif kita?

izinni said...

king,
kena percaya. dah tertulis pun. :)

salam bertandang bang_gugar,
err apa yang gegar tu ek? ekekekek
bukan setakat yahudi, kristian dan penganut agama lain pun kebanyakannya percaya ISLAM agama sebenar tapi ego dan nafsu manusia lebih besar dari akal. :)

insyaAllah akan berbalas tandang ke rumah saudara :)

zwitterion said...

peranan kita sbg umat Islam...

Azhar Ahmad said...

Dikatakan, Yahudi diserata duni mengutuk Israel. katanyalah. Tapi saya berpegang dengan al-Quran(atau hadis?) yang mengeaskan, bangsa Yahudi tidak boleh dipercayai. Wallahualam....

APapun, tak tahan gambar makanan tuH!

achik said...

oh baru tau diorg penah bertapak kat sini...

salam tumpang baca :)

Pa'chik said...

itulah. kemuncak kegemilangan mereka. seperti yang dijanjikan kepada mereka dulu. Lepas tu, datang pulak si mata satu. dan makhluk-makhluk yang tertanam di perut bumi tu.

ia sebenarnya kiraan yang dibuat oleh seseorang. tak ingat aku baca kat mana. pernah aku pos kat satu forum, tapi pasal celakanya moderator, dia siap tutop thread tu. mereka tak suka orang bicara pasal Islam. mengumpat artis takpe.

khairyn said...

Pernah juga baca yang Israel main tarik tali dengan Palastine sebab nak panjangkan kesengsaraan Palestinians dan pecah belahkan umat Islam.

Sebab? Sebab mereka percaya, kalau mereka menang, pasti kemuncak perang Islam-Kaffir akan berlaku dan akhirnya Islam menang. Bila Islam menang, dunia Kiamat. Wallahuaklam.

Azlan ke yang tulis pasal Yahudi kat Penang tu?

izinni said...

zwit,
ya. peranan dan TINDAKAN.

nor,
dah kurang ke sakit tu?
saya percaya yang kita sebagai umat islam boleh berkawan dengan yahudi kalau mereka tak memerangi kita tapi perlu sentiasa berwaspada dan was-was kerana mereka ni pandai tipu daya. mereka guna teknologi untuk lalaikan kita dengan hiburan, sukan dan sebagainya. cuma kita je yang tak nak sedar.

dah sakit macam tu kena jaga makan. pedas a big NO NO!

izinni said...

selamat datang ke rumah saya achik :)
tumpang baca boleh, tumpang borak pun boleh :)

pa'chik,
forum mana yang ko join tu? memang celakanya terserlah!

khairyn,
ha'ah. azlan yang berpatah arang ngan aku tu la yang buat story tu .. hehehhehe

Pa'chik said...

weh, bila israel main tarik tali ngan palestin? tak bergaduh ke?
apa ra, tengah perang pun sempat buat sukaneka lagi.

izinni said...

uiikss ... ko tak pernah nampak, mana ko tau. :P hehhehe

khairyn said...

aku sembelih jugak si pa'chik ni. Banyak sungguh auta.

ya ya aku memang kejam macam zionist. but then again, i'm a blogger, i'm a liar.

lantak situ.

Pa'chik said...

wah.. nasib baik ko dapat belajar kat skotlen, kalau tidak, mati la aku.. haha...

Unknown said...

Salam,

Menarik info ini.

Terima kasih keran letak foto. Nanti kalau saya ke Tanjung, boleh pergi tengok...

Anonymous said...

pendedahan yg menarik..mereka bangsa yang tidak dijanjikan apa2 oleh Allah, tapi mereka lah yang kuat berusaha menakluk dunia..kita?

p/s: terima kasih bertandang ke laman baru nak bertatih saya :)