Thursday, March 08, 2007

Selamat Hari Wanita

Aasiyah, isteri Fir’aun, imannya di sisi Allah subur di sebalik bayang seorang yang berkata “Akulah Tuhan kamu, yang Maha Tinggi!” Apabila khabar tentang keislaman Aasiyah sampai ke pengetahuan Fir’aun, dia memukul Aasiyah di samping menyuruh pengawalnya menyiksa Aasiyah.

Mereka mengheretnya di bawah terik matahari, mengikat tangan dan kakinya, dan memukulnya berulang-ulang kali. Kepada siapakah Aasiyah mengembalikan dirinya? Dia kembali kepada Allah!

Dia berdoa:

“Yaa Tuhanku, binakanlah untukku sebuah rumah bersama-samaMu di syurga dan selamatkanlahku daripada Fir’aun dan amalannya, dan selamatkanlahku daripada golongan yang zalim.”

Adalah diceritakan bahawa ketika Aasiyah berkata sedemikian, langit dibukakan untuknya dan dia melihat rumahnya di Jannah. Dia tersenyum. Pengawal yang melihat keadaannya terkejut – dia diseksa, dan masih boleh tersenyum? Dalam kekecewaan, Fir’aun mengarahkan untuk dibawakan batu besar dan dihempaskan ke atas Aasiyah, agar dia mati dihempapnya.

Namun, Allah mengambil nyawanya sebelum batu tersebut dibawakan, dan sesungguhnya dia terukir sebagai contoh kepada semua orang beriman, lelaki dan perempuan, sehingga akhir zaman.

Ketika Rasulullah s.a.w berdiri di banjaran Arafah dan menyampaikan ucapan selamat tinggal, baginda berkata kepada ummah:

“Layanilah wanita dengan sebaik mungkin!”.

Sementara sejarah mencatatkan bahawa di Eropah, pada tahun yang sama Islam mengetengahkan didikan ini, pendakyah Kristian berdebat sama ada wanita adalah manusia atau binatang. Golongan pendakyah ini merupakan nenek moyang golongan kafir yang mahu "membebaskan kita sekarang."

Sabda Rasulullah setiap ibu, anak dan isteri Muslimah, bahawa:

“Jika seorang wanita memelihara solat lima waktunya, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara dirinya daripada zina dan mentaati suaminya, akan dikatakan kepadanya, ‘ dari mana-mana pintu yang kamu suka, masuklah ke dalam Jannah!”

9 comments:

zwitterion said...

selamat hari wanita untuk kamu..

kingbinjai said...

cerita yang menginsafkan

izinni said...

at the back of my mind ....

kenapa makhluk Allah bernama wanita ini sering mempertikai kesusahan diri sedangkan mereka tahu itu semua ujian Allah bagi menguji sejauh mana keimanan mereka. Selalu juga merungut, padahal mereka tahu syurga telah dijanjikan kepada mereka.

hmmm alahaii ... itulah wanita. saya pun wanita juga .. banyak sungguh kelemahan saya.

akirasuri said...

yeay!
syukur saya adalah perempuan :D
selamat hari wanita kak ;)

khairyn said...

eh!

Happy lady's day kat ko hahahaha
.. err dan aku juga. Kita lah ladies!

bab mentaati lelaki tu... harus difikirkan lelaki bagaimanakah yang WAJIB ditaati??

Iman Mawaddah said...

Aasiyah antara 7 wanita pertama yang melangkah ke syurga...selamat hari wanita..untuk akak ikan keli

Pa'chik said...

mudahnya untuk wanita menjadi ahli sorga kan?

tapi, mereka lebih suka ikut cara orang moden, cara orang kuffar,
tapi pandai pulak marah bila ada ustaz yang bangkitkan isu, wanita lebih ramai jadik ahli nuraka.

BaYu SenJa said...

SELAMAT HARI WANITA...
tanpa wanita, mana mungkin kami ada..
tapi, kalau lelaki juga tiada.. mana ada manusia sekarang ni :)

Terimakasih kepada kaum hawa... kerana pengorbanan yang terlalu besar dicurahkan, mana mungkin lelaki dapat membalas jasa mu...
TabahMu seringkali mendamaikan jiwa kami..
Tambahkan kekuatan untuk terus bersabar.........hehe

izinni said...

suri,
ya, Alhamdulillah kita dijadikan sebagai wanita. hargainya dengan cuba menjadi yang terbaik. InsyaAllah. :)

khairyn,
Yo! Sista. Happy Lady's day to you too. Kat luar negara orang pompuan dia berarak demo minta wanita dan kanak2 jangan dizalimi. pompuan mesia? kebanyakannya berarak ke shopping complex. hehhehee

iman,
InsyaAllah. Doa-doa agar kita juga terpilih ke sana jua. :)

pakcik,
hehehehe pompuan kan emosi. suka menegur silap orang tapi bila ditegur silap sendiri aduhhh tertusuk hatinya. Tu yang kuat melawan tu!! So, cara menegur kena betui ... kalau tak makin bengkok la tulang rusuk tu. :)

bayu,
terima kasih juga pada kaum Adam. Teruskan menjadi pelindung wanita, bukan menggunakan wanita untuk kepentingan sendiri. Sayangi dan fahami sepertimana lelaki mahu wanita fahami mereka.
Ingat ... seorang lelaki boleh lahir dari rahim wanita yang tidak bersuami seperti Mariam a.s
Wanita itu ibu, isteri, adik dan kakak kita. :)