Monday, March 05, 2007

Shin Chan

Kisah ni terjadi di perayaan tahun baru cina baru-baru ni ...

Pagi Ahad tu, semua dah berkumpul di rumah kakak sulung di putra heights. Ramai. Kami berkumpul sebelum bergerak ke Melaka. Kami nak menghantar rombongan meminang seorang gadis untuk adik lelaki tunggal. Along baru terima ahli baru dalam keluarganya. 11 tahun menanti, akhirnya dikurniakan cahayamata lelaki Imran Qayyum. Dianugerahkan kepadanya sehari selepas dilahirkan. Berseri-seri wajah Along. Semua mengerumun Imran yang wajahnya saling tak tumpah abang ipar. Itulah kebesaran Allah. Walaupun bukan darah daging, Imran jelas dilahirkan untuk Along dan suaminya.

Dalam keadaan semua berkerumun melihat Imran, aku terdetik. "hmmm ... tiada siapa yang kerumun anak-anak aku masa mereka lahir. Ada yang tak datang pun menjenguk." Isyyy ... syaitan dah mai dah nak menanam benih cemburu. Sah-sah, mereka ada sebab nak berkonvoi ke Melaka. Kebetulan je Imran ada sekali.

Kenapa aku cemburu? Rasanya sindrom anak kedua ni memang susah nak hilang dan mungkin tidak akan hilang. hehehhehe ... Along memang sentiasa dilebihkan dan dia sendiri suka dilebihkan. Kalau ada yang tak bertandang ke rumahnya, dia mula akan mengomel. Sedangkan aku lebih pada pasrah dan redha. Adik yang bongsu, sah-sah la sentiasa dapat perhatian kan. Pastu, anak lelaki sorang .. sudah tentu ditatang walau buat salah macamana pun.

Aku? hmmm ... sampai sekarang susah nak dekatkan diri dengan mak ayah, adik beradik. Aku lebih suka sendiri. Bawa diri mungkin. Mak pernah cakap dia sebenarnya lebih risaukan aku sebab aku tak bercakap apa yang ada dikepala dan dihati. Suka menyimpan segalanya. Dia tak tau apa yang aku suka dan tak suka. Aku sakit pun mak tak tau. Sampai aku nak bersalin pun kalau boleh aku tak nak mak tau sebab aku tak suka susahkan sesiapa.

Aku sendiri tak faham kenapa aku selalu ingat aku ni menyusahkan orang lain. Sebab tu secara otomatik aku menyisihkan diri, tak mahu sesiapa tahu susah senang hidup aku. Walau aku tak makan, walau tenat sakit aku, aku tak akan bagitau sesiapa dalam keluarga. Sampai suami aku dah tak tau nak buat macamana. hehehehe .. so dia la kena jaga aku .. hahahahaha

Hmmm berbalik pada hari itu. Sedang semua sibuk dengan si kecil Imran, aku terpandang si genit Elya Qaisara. Memang besar namanya sampai tak terbawa. Menangis sepanjang 3 bulan pertama lahir ke dunia. Mak kata namanya berat. Maunya tak berat ... Qaisara sahaja bermaksud "Permaisuri". Aduhhh ... mentanglah papanya Tuah! hehehhehe ...

Mataku asyik melihat Sara. Macam pernah ku lihat seraut wajah itu, tapi ingat-ingat lupa di mana. Bukan wajah Adik atau suaminya yang terlintas di kepala tetapi wajah seorang kanak-kanak. Tapi masih tercari-cari siapakah kanak-kanak itu. Kelam, berkabut ingatan aku. Fikir punya fikir ... akhirnya 'ting!!" aku dah ingat.

"Dik ... muka Sara macam Shin Chan la .. ha ah la dik sejibik Shin Chan!" dengan selamba aku bercakap. Semua mata ke arah aku. Baru perasan yang suaraku agak kuat masa memberi komen tu. Kemudian mereka pandang Sara .. bantai ketawa! Aku pun gelak. hahahahhaha .. memang lawak. Berdekah-dekah aku ketawa sampai mengalir air mata. hehehehhe

"Teruk la angah ni." Adik aku cakap tapi dia ketawa gak.

"Muka Shin Chan ada, muka Oshin pun ada gak." Mak pulak tambah komen. kekekekke dia ketawa sama.

Aku pandang adik ipar aku si Tuah ... baru risau takut dia kecik hati cakap anak dia yang sorang muka katun .. Shin Chan yang nakal tapi kelakar pulak tu .. kalau Ako Chan ada gak cantiknya.

Rupanya dia pun gelak sama. Adehh legaaaa ...

Masa nak keluar menuju ke kereta, adik lelaki aku cakap "Ngah, sebenarnya i*** dah lama perasan tapi malas nak cakap!" hahahahhaha kami sambung gelak lagi.

Sampai sekarang kalau tengok Shin Chan aku mesti ingat Sara. Kalau jumpa Sara secoit rasa tu aku mesti gelak. Jahat ibu nih kan. ekekekekke ...

Kesimpulannya .. akhirnya aku menjadi tumpuan juga .. errr walaupun sekejap cuma!hahahhahahahah ... lepas ni jadi invisible balik :-P

10 comments:

zwitterion said...

hehe..mujur ayahnya tak hangin.Tapi kalau hangin pun, tetap akan jadi tumpuan jugak...heheh.

kingbinjai said...

muka anak saya pun ada iras sin chan

Pa'chik said...

kamu macam bangsa no 2 yang selalu bising mereka dipinggirkan KERAjaan Buking Neraka tu.

takpe macam sincan, jangan macam sepanbob skuwerpen je. Buruk.. haha..

Pa'chik said...

er.. khairyn, kawan kamu ni dulu malas nak tulis blog ni, la ni, punya la rajin hapdet ye.. haha..

zwitterion said...

pa'chik,
sepanbob skuwerpen tak besalah..kesian dia kena kutuk...huhu

Azhar Ahmad said...

gambar yang last tu membuatkan perut saya berkeroncong lah! Apapun, mungkin terkenan Shin Chan kotttt...

khairyn said...

salam Izinni,

kau. Mencari publisiti murahan. hahahaha

Ya Pa'chik. Dia sudah gatal tangan. Tengah seronok bersembang. Di sini pun saya dikelilingi juga oleh bangsa No2 tu. Argh! Memanglah tak .... hilang di dunia.

Pa'chik said...

zwit, aku tau hang datang sini, tu yang kutuk sepanbob skuwerpen tu... hehehe..hehehe..

Iman Mawaddah said...

Mak aii berpinar mata..sekali klik ke sini..berderet-deret entri hehe..tu dia..bila wartawan dapat keyboard..hancuss hahaha

izinni said...

zwit,
ayahnya tak hangin sebab anak saya cakap, "Muka Sara macam Shin Chan, muka Paksu macam yang nyanyi lagu sonata." hehehehe

king mangifera caesia,
adib tak macam shin chan pun. :)

pa'chik,
hmmm .. mungkin ada sekelumit darah bangsa tu dalam diri aku gamaknya. mana ada melayu yang tulen sekarang ni. :)
Rajin? .. tunggula time aku tak rajin nanti. :)

zwit,
sepanbob memang tak salah ... yang salah tetap patrick! hehehehe

nor azhar,
saya alukan keroncong diperut itu. hehehhe ...
hmm teori yang menarik. saya rasa mungkin ada kebenarannya sebab adik saya ni kaki katun. kalau tengok shin chan terkekek-kekek dia ketawa mengalahkan budak.

ryn-ryn,
publisiti murahan? aku bukan mawi atau ina. hehehhe ... 10 tahun sekali apa salahnya.

iman,
mata berpinar? cepat gi jumpa doktor mata .. kalau hancus keyboard ni ... tak dapat nak menaip dah .. so kalau lepas ni takde entry maknanya keyboard ni dah hancur. ehek ehek ehek ehek.